Monday, July 2, 2018

Siem Reap Pt 5 - Tasik Tonle Sap | Lotus Farm

Dari Madrasah Ar Rafe'ah kami bergerak ke jeti Tasik Tonle Sap. Lokasinya tidak jauh lebih kurang sepuluh minit perjalanan. Jalan ke sini agak berhabuk kerana ada sebahagiannya yang masih belum bertar lagi. Nasib baik cuaca pada hari itu agak baik tapi tak tahulah macam mana kalau hujan. 

Memang dari mula lagi kami tidak bercadang untuk mengikuti trip untuk ke Tasik Tonle Sap. Ada terbaca beberapa pengalaman pengunjung ke sana yang mengatakan tak ada apa yang menarik di sana kecuali melihat kehidupan penduduk di sekitar pinggir tasik. Lagipun sungainya agak cetek dan keruh mungkin sebab sudah lama tak hujan.



Jalan menuju ke sini yang belum bertar lagi.

Kawasan jeti terletak di salah satu muara sungai yang mengalir terus ke dalam tasik. 

Cukuplah kita berfoto saja di sini. 

Banyak bot yang tidak beroperasi.



Antara jeti lain di sini.

Mungkin bukan waktu puncak pelancong ke sini.

Sebelum balik ke Siem Reap kami berhenti di satu kawasan ladang teratai yang agak luas. Kebetulan lokasinya terletak di jalan yang sama. Sedikit bayaran masuk di kenakan iaitu cuma UD$1 untuk dua orang. Tak ada sesiapa yang menjaga di laluan masuknya cuma ada sekeping notis diletakkan bersama bekas duit. Jadi bayarlah sepatutnya atas dasar kepercayaan yang diberikan.

Bunga matahari menyambut kedatangan kami.





Ada beberapa peringkat pertumbuhan pokok bunga teratai di sini. Yang lebih muda berdaun lebih kecil berbanding yang telah lama ditanam. Di sini terdapat dua warna bunga teratai iaitu merah jambu dan putih. Bunga yang dituai biasanya yang masih belum berkembang bagi tujuan keagamaan diaorang.

Banyak pondok disediakan untuk berteduh. Waktu kami ke sini cuaca memang panas sangat. Tapi kena berhati-hati kerana ada yang dah agak uzur keadaannya.
















Mari kita menyakat cik Bunga ini sebelum balik.


Makan di restoran yang lain lagi untuk tengah hari ini.

Makanan yang ringkas tapi sedap.

18 comments:

  1. tempatnya cantik. tapi sayang pondok2 nya pun mcm tak terurus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu... kenalah buat pembaikan supaya ramai pengunjung singgah...

      Delete
  2. Taman teratainya cantik sekali dan bunga mataharinya cantik sekali ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila kunjungi Siem Reap... ada banyak lagi tempat menarik di sana...

      Delete
  3. air Tonle Sap tu mmg nampak keruh...lawa bunga teratai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau musim hujan dan airnya tinggi mungkin lain keadaannya...

      Delete
  4. terima kasih sebab share .boleh jadi rujukan.

    ReplyDelete
  5. boleh dijadikan rujukan. Selamat hari raya. maaf zahir dan batin.

    ReplyDelete
  6. salam. boleh saya tau bulan berapa saudara pergi?

    ReplyDelete
  7. okay tempat macam Lotus Farm CT sukaaaa =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi jangan pergi waktu tengah hari... panas yakamat...

      Delete
  8. Sejuk mata memandang bunga-bunga dan kehijauan daun-daunnya. Bunga matahari tu ada kuacinya ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi di situ tersangatlah panasnya walaupun kawasan berair... Bunga mataharinya cuma sepokok dua je NA... tapi bunganya besar memang cukup untuk jadi sebungkus kuaci...

      Delete
  9. Assalamualaikum wbt..saya nak tanya klu ETA di Siem Rep around 4pm, sempat tak nak ke Tonle Sap hari yg sama? Jauh x dari hotel kawasan Pub House tu? Thank you in advance ☺️

    ReplyDelete
  10. Rasanya macam tak sempat... tapi kalau cuma nak ke jeti macam saya mungkin ok..
    Hotel tak jauh dari pub area tapi taklah bising sangat macam di Patong Phuket...

    ReplyDelete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...