Tuesday, August 7, 2018

Lombok Pt 2 - Tanjung Aan, Bukit Merese dan Pantai Kuta

Dari Kampung tradisi Sasak Ronie bawa kami ke Pantai Tanjung Aan yang berada di bahagian Selatan Pulau Lombok. Pantai Tanjung Aan ini diletakkan sebagai salah satu daripada sepuluh pantai tercantik di Indonesia oleh TripAdvisor. Tapi lokasinya agak jauh dan masih kurang kemudahan tempat penginapan.

Suasana tenang di Pantai Tanjung Aan.

Bila sampai di sini, Wawan ajak kami naik ke atas Bukit Merese dulu. Cuaca amat panas pada hari itu dan angin pun sangatlah kencang. Pada mulanya macam tak yakin boleh naik sampai ke atas kerana kaki pun baru saja baik dari terseliuh. Tapi angin pantai yang kuat dan membawa banyak oksigen itu yang membuatkan terasa ringan je untuk sampai ke atas. Dalam sepuluh minit kita dan boleh sampai di bahagian paling tinggi bukit ini.. 

Banyak tebing curam kat atas tu dan tak ada langsung pokok besar untuk berteduh. Bila angin kencang datang rasa macam cuak juga walaupun memang tak mungkin akan diterbangkan angin kerana terlebih berat. Masa kami ke sini sudah lama tidak hujan jadi rumput-rumput di bukit ini kering dan mati. 

Panas yakamat waktu ini.

Berbaloi naik ke atas kerana pemandangan yang cantik.


Pantai Tanjung Aan dari atas.

Sudut yang lain.



Ombak yang agak kuat di sini.


Angin yang kencang.






Bukit yang gondol pada musim panas.

Lebih cantik bila berumput (cilok kat Google)

Lepas sampai di bawah barulah singgah sekejap kat pantainya. Tak boleh berlama sangat di sini kerana hotel penginapan kami agak jauh dari sini iaitu di Senggigi. Mulanya rasa macam nak ambil bot untuk ke Batu Payung tapi mcam tak sempat sebab ada satu pantai lagi yang kami nak singgah.




Bot untuk ke Batu Payung.


Pantai seterusnya... Pantai Kuta Lombok. Dinamakan sebagai The Mandalika Kuta untuk menambahkan nilai komersil dan supaya orang tidak terkeliru dengan Pantai Kuta di Bali. Pantai ini di majukan secara besar-besaran dengan belanja yang agak besar oleh pemerintah Indonesia. Banyak hotel berbintang sedang dibina di sepanjang pantai ini.



Bukit-bukit menambahkan lagi kecantikan pemandangan di pantai ini.

Tak tahu apa fungsi bangunan ini.

Masjid yang baru siap dibina juga termasuk dalam pelan pembangunan kawasan ini. Mulanya nak bersolat jamak di sini tapi Ronie kata boleh sampai ke hotel sebelum maghrib. Masa ini sedang azan asar. 

Masjid Nurul Bilad mempunyai senibina yang sangat berbeza dengan masjid lain di Lombok.

Semilir Inn, hotel penginapan kami di Senggigi. 

10 comments:

  1. itu la. kuta dah sama macam kat bali..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang di Lombok lebih selesa rasanya sebab orang tidak ramai sangat...

      Delete
  2. cantik Masjid Nurul Bilad..moden..
    berbaloi naik bkt tu..view mmg awesome..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau bukan musim kering lebih ohsem pemandangannya...

      Delete
  3. cantiknya laut, rasa tenang tengok air laut biru. hehehe by the way saya follow sini sebab tak sabar nak tengok update seterusnya dan saya suka cara awak menulis. kalau sudi meh lah singgah blog saya. saya followers ke 468

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang banyak pantai yang cantik di Lombok... sila terjah nanti...

      Delete
  4. Allah izin tempat2 nature di Indonesia ni lawa2.. tengoklaaa view tu mengancam tapi part nak mendaki tu eheheeee bercinta la sikit =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukit tu tak tinggi mana... boleh ikut pace sendiri... Banyak tempat yang cantik kat sana tapi jika ada gempa agak menakutkan juga... nasib baik masa tu weols dah balik...

      Delete
  5. Kat lombok pon ada kuta ya... unik la masjid tu... lain bentuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah... macam baru nak popular pantai Kuta Lombok tu...

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...