Balik dari Kawaguchiko kami berehat sekejap. Selepas selesai kewajipan dan makan malam kami keluar semula. Hari dah mulai gelap. Malam ini kami nak ke Shibuya yang terkenal dengan Shibuya Crossing nya. Stesyen Shibuya cuma terletak empat stesyen saja dari bilik penginapan kami di Shin-Okubo.
Hujan gerimis semasa kami sampai di Shibuya. Tapi orang tetap ramai. Pemandangan dari atas adalah lebih menarik. Jadi kami ambil foto dari jejambat yang menghubungkan Shibuya stesyen dengan kompleks beli-belah di seberang jalan. Tapi laluan tu bercermin pulak jadi foto pun macam kabur sikit. Guna pulak kamera handphone cap ayam.
Hujan gerimis semasa kami sampai di Shibuya. Tapi orang tetap ramai. Pemandangan dari atas adalah lebih menarik. Jadi kami ambil foto dari jejambat yang menghubungkan Shibuya stesyen dengan kompleks beli-belah di seberang jalan. Tapi laluan tu bercermin pulak jadi foto pun macam kabur sikit. Guna pulak kamera handphone cap ayam.
Suasana malam di Shibuya Crossing.
Suasana waktu siang (Foto cilok dari Google)
Shibuya
Crossing adalah laluan untuk melintas jalan antara yang paling sibuk di dunia. Ratusan
orang akan melintas jalan serentak dari lima arah. Ia adalah rutin yang diulang
setiap dua minit sekali dari siang hingga ke malam. Kesesakan akan mula
berkurangan menjelang lewat malam iaitu sehingga operasi kereta api akan
ditutup.
Bersedia untuk melintas.
Kenderaan berhenti dari semua arah.
Tugu anjing Hachiko terletak berhampiran pesimpangan ini.
Sempat juga menyibuk di sini.
Di Shibuya ni sebenarnya ada banyak juga pusat membeli-belah. Kami yang bajet ciput ni sekadar meronda-ronda sekejap di sini. Lagipun penat berjalan siang tadi masih terasa.
ramai sungguh kan.. kurang lebih macam jalan Istiqlal tu kan.
ReplyDeleteDi Taksim pun boleh tahan ramai juga... tapi bukan masa menyeberang jalan macam di Shibuya...
DeleteMemang suka berjalan di sini.
ReplyDeleteKalau waktu siang dan tak hujan memang best melepak di sini...
Deleteperghhhh
ReplyDeleteramai gila
dah macam baru keluar dari stadium lepas tengok bola
hahaha
Memang ramai yakamat orang kat situ... tapi suasana nyaman so no hal lah...
DeleteYa Allah... banyaknya manusia! Ni kena ikat ramai-ramai takut hilang he he heee.
ReplyDeleteMemang kena lebih berhati-hati terutama jika bawa anak-anak...
Deletememang ramai kat shibuya crossing tu..ciku n TL penah nyenyibuk lalu sesama depa ..kihkih
ReplyDeleteMemang patut kita menyibuk kat situ... takde diaorang kesah pun...
DeleteShibuya crossing ni mana pernahnya x padat umat...hahaha.. mungkin time raya die orang kot.... hehehe
ReplyDeleteMasa lepas tengah malam kot... tapi kalau tak sibuk tak jadi famous tempat tu...
Deletesyok jg..melintas ke sana-sini tanpa tujuan..hihi..been there, done that..
ReplyDeleteSyok kan nohas... lebih2 lagi udaranya nyaman... orang ramai pun tak rasa rimas...
Deleteramainya orang...meriah haaa
ReplyDeleteTersangat meriahnya...
Deletesalam ramadhan PLM.. lama menghilang ni rindu x hehehe.. CT pun pulun nak habiskan entry Jepun. haih..
ReplyDeleteSalam juga buat CT... bertapa kat mana agaknya tu... samalah PLM pun tersangat malasnya nak habiskan. Takpelah nanti sekali harung...
Deletetak pegi mana pun PLM saja duduk bawa diri hehe.. CT tinggal sikit lagi. nak habiskan cepat ini pun banyk yang lupa.
Deleteramainyaaa manusia adeh.. pening tengok manusia ramai cenggitu tapi dah sampai kena jugakla pegi ye dak.. bila pula nak sampai ke Tokyo hihi..
ReplyDeleteSeronok je sebenarnya sebab nyaman... kalau panas tak taulah camna...
DeleteTengok gambar terus my social anxiety creeps in.. huhu.. ramainya orang..
ReplyDeleteNext trip bolehlah ke Nippon Doc dan rasai sendiri suasana di sana...
DeleteRamainya...sesak sgt.
ReplyDeleteDari siang hingga ke malam tu...
DeleteTempat ni mmg mengkagumkan. Kawan2 akak dari negara2 lain sanggup beli secawan kopi Starbucks semata-mata utk tangkap gmbr ratusan orang melintas Shibuya Crossing dari tingkat atas outlet Starbucks. Tau-tau je lah, currency yen tu bukannya murah. Akak pula ambil gambar dgn memanjat platform tiang lampu isyarat je...nasib baik x kena saman...hehehe...
ReplyDeleteDari Starbuck memang lebih jelas pemandangannya. Kami cuma menebeng kat laluan tingkat atas... foto pun sendu je...
DeleteShibuya Crossing ni memang famous. Saya tengok dalam filem je Shibuya Crossing ni, filem tu namanya Lost in Translation. Disebabkan filem ini juga ramai nak ke sini sebab dah pernah tengok dalam filem.
ReplyDeletePadahal cuma empat orang melintas saja... cuma semacam ada kemeriahan kat situ...
Deletecool
ReplyDelete