Tuesday, June 26, 2018

Siem Reap Pt 3 - Cambodian Cultural Village

Sebelah petangnya kami ke Cambodian Cultural Village. Tempat ini merupakan sebuah taman tema dan juga muzum etnik-etnik yang ada di negara Kemboja. Mula dibina pada tahun 2001 dan dibuka secara rasminya pada September tahun 2003. Terdapat tujuh kawasan yang mewakili 19 kumpulan etnik di dalam taman ini. Antara pertunjukan yang di adakan di sini ialah apsara dancing, tradisional wedding, permainan rakyat, akrobat dan lain-lain.

Waktu lawatannya dari jam 8.00 pagi hingga 6.30 petang untuk hari Isnin hingga Khamis dan 8.00 pagi hingga lapan malam untuk hari Jumaat hingga Ahad. Kawasannya memang sangat luas jadi jika kita berhajat nak pergi ke semua tempat kenalah datang awal pagi. Sesetengah acara hanya di adakan pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad saja bukan setiap hari.



Keluasannya 21 hektar.


Kincir air berhampiran pintu masuk kawasan ini.

Selepas masuk kawasan bertiket ada beberapa buah dewan yang mempamirkan budaya dan kehidupan masyarakat di sini. Antaranya ialah masyarakat Melayu Champa  yang berasal dari Vietnam. 








Disebabkan kami ke sini pada sebelah petang jadi cuma beberapa acara saja yang sempat kami tonton. Antaranya ialah The Immortal Life of Khmer Soul di mni theater, Khmer Wedding Ceremony di Millionaire House dan Tarian Magic Peacock di Kola Village.

Mini Theater.




Millionaire House.









Kola Village.


Sebelum keluar sempat singgah di Cham Village. 


Replika masjid.

Rumah orang Cham bertiang tinggi kerana kebanyakannya dibiia berhampiran sungai.


Pada keselurhannya agak berbaloi melawat tempat ini kerana ada banyak pertunjukan secara langsung yang boleh di tonton dan dihayati. Cuma cuaca yang agak kurang selesa membuatkan kita cepat penat dan mahu cepat keluar.

Untuk makan malam hari ini kami makan di KFC di Jalan Sivatha berhampiran hotel penginapan. KFC Cambodia diuruskan oleh QSR Brands Holdings sebuah anak syarkat Johor Corporation Malaysia dan mempunyai sijil halal dari JAKIM.

6 comments:

  1. Cultural Village mmg menarik...banyak cara hidup, budaya, dpt dilihat di sini..one-stop centre..

    marriage ceremony tu menarik..mat saleh tu pun join jg..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya Mat Salleh tu pengganti kepada PLM selepas PLM kata pilihlah Mat Salleh baru rare sikit. Sebenarnya ada peranannya iaitu menjadi bapa dan ibu kepada pengantin. Yang menjadi ibunya orang Malaysia...

      Lain kali kalau ada show macam tu kena duduk belakanglah jawabnya... dulu di Turki pun kena... hehe

      Delete
  2. Comelnya rumah mereka. Berapa keluasan rumah tu? Orang Melayu Champa tu masih boleh berbahasa Melayu ke?
    Baguslah KFC di situ ada halal Jakim,senang nak cari makan kalau selera kita tak sesuai dgn masakan tradisional sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rumahnya nampak ringkas sebab berbentuk empat segi saja tapi memang tak cukup luas. Kalau yang mampu mungkin saiznya lebih besar. Ramai yang dah tak boleh berbahasa Melayu kecuali yang pernah tinggal dan bekerja di Malaysia...

      Delete
  3. macam pegi tempat culture kat Sarawak tu lebih kurang. menarik sebab ada show dan iyalah kita dapat rasa dekat dengan masyarakat. banyak show walaupun dah petang. jalan tempat macam ni kena standby air banyak2. kena minum nak elak hydration ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berbaloi jugalah kalau ke sini. Masa PLM ke SR memang tengah waktu puncak panasnya kalau bulan Disember mungkn nyaman sikt...

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...