Tuesday, September 25, 2018

Lombok Pt 6 - Malimbu View dan Villa Hantu

Sampai di jeti speed boat di kawasan Teluk Nara kami di sambut oleh supir Wawan. Ronie melayan tetamu lain yang baru sampai. Hari ini adalah hari terakhir kami di Lombok. Penerbangan baliknya agak lewat petang jadi dapatlah singgah ke beberapa tempat sebelum ke lapangan terbang. Persinggahan pertama ialah di kawasan Malimbu Cliff yang terletak di Desa Malaka. Kawasan Desa Malaka adalah kawasan yang agak terjejas teruk semasa gempa bumi yang lalu. Gempa bumi berlaku selepas kira-kira dua minggu kami pulang ke Malaysia


Malimbu Cliff ini terletak di kawasan tanjung sempit yang menganjur ke laut. Pemandangan dari kawasan ini memang cantik. Berangin tapi agak panas kerana tak banyak pokok.







Tanjung sempit yang menganjur ke laut. Ada pantai cantik di kiri dan kanannya.

Kawasan paling hujung.






Selesai berjemur di Malimbu Cliff view Wawan bawa kami singgah di Villa Hantu yang jaraknya tidak begitu jauh dari sini. Villa Hantu merupakan bangunan bertingkat separuh siap yang terletak di Bukit Malimbu. Kedudukannya berada di satu selekoh tajam. Nama saja Villa Hantu tapi langsung tidak menyeramkan kerana pemandangan sekitarnya yang cantik. Mengikut Wawan, villa ini milik warga Australia tapi pemiiknya meninggal dunia sebelum pembinaan rumah ini siap. Villa ini menjadi tempat persinggahan popular pelancung yang balik dari Gili Trawangan. Juga merupakan lokasi terbaik untuk melihat sunset.

Pintu masuk ke Villa Hantu.


Pantai Setangi di bahagian kirinya.

Di kawasan kolam renang.


Banyak lukisan graffiti di dindng villa ini.

Lokasi yang strategik menghadap laut dan pemandangan Gunung Agung di Bali.


Villa tak berhantu terletak berdekatan.

Sebelum makan tengah hari Wawan bawa kami singgah di pasar raya oleh-oleh terkenal di kawasan Senggigi iaitu Sasaku Lombok. Macam-macam barang sovenirs ada di sini. Jadi kita laburkan semua wang rupiah yang berbaki di sini.

Bangunannya agak besar dan memanjang kebelakang.





Singgah makan tengah hari di rumah makan khas Lombok yang terletak di Tanjung Karang, Mataram. Banyak rumah makan konsep sebegini ada di Lombok. Siap ada surau sekali. Jadi boleh selesaikan kewajipan di sini dengan selesa. Suka dengan dekorasi dan makan cara lesehannya. Tapi pilihan makanannya tak banyak. Ayam taliwang dan kangkung pelecing wajib ada sebab kena dengan tekak kami.

Selesai makan terus ke airport.

Gaya makan 'Bule' yang tak biasa dengan makan cara lesehan.

Surya, rumah makan khas Lombok.

Selamat tinggal Lombok yang cantik. Semoga penduduknya tabah dalam menghadapi ujian dari yang Maha Esa.

14 comments:

  1. Wow! Cantik betul warna air laut dan langit di Lombok ye. Bila dah baca entri PLM ni, rasa teringin pulak nak hinggap ke Lombok. Patutlah ramai yang cakap Lombok ni lebih cantik dari Bali. Insyallah will put in my next travel bucketlist. Hehehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada PLM Lombok memang lebih menarik dari Bali. Pastu banyak pulak pulau-pulau kecil yang cantik. Nak cari makanan halal pun senang...

      Delete
  2. Malaka adik beradik Melaka?
    Cantik pantainya.
    Villa hantu kalau siap ...mesti cantik dan mewah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lupa pulak nak tanya asal nama tempat tu... mungkin ada kaitan...
      Tengok design rumah tu memang cantik... kalau siap tentu ohsem...

      Delete
  3. nampak cantik kalau tengok view villa 'tak berhantu' tu, hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik... tak tau sama ada terjejas atau tak masa gempa aritu...

      Delete
  4. cara lesehan tu, cara makan bersila ke? tak biasa dgr. 'bule' tau..hehe

    alhamdulillah sempat pegi sebelum gempa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cara lesehan ni macam cara makan orang Jepun... duduk di lantai tapi makan di meja. Bule tu gelaran orang Indonesia untuk orang kulit putih...

      Delete
  5. Detail.. .. Boleh jadi panduan ni. TQ TQ utk sharing bwrmanfaat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silalah ke Lombok bila keadaan sudah pulih nanti... ohsem baqhang...

      Delete
  6. Villa Hantu tu boleh tahan seram kalau malam rasanya. Ngan bunyi ombak bagai. Imagination runs wild bila tengok laut tengah malam. Tapi serius view dia lawa gila kalau pegi waktu siang. Damai je tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siang memang cantik tapi malam ada je orang projek ringan2 kat situ... hehe

      Delete
  7. cantik sungguh pemandangan dari Villa Hantu...tk sempat owner nak menikmati..

    ReplyDelete
  8. Itu pohon kelapanya tinggi amat yah....
    Coba kalo buat lomba panjat Pinang, eh, Panjat Kelapa ala agustusan.
    Seru kali yah...

    Salam dari saya
    www.sparklepush.com | Eat - Love - Pray and Traveling

    ReplyDelete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...