Pagi ini hujan dan bertambah-tambahlah sejuknya. Walaupun hujan, rancangan untuk ke Tasik Kawaguchi mesti diteruskan kerana tiket bas sudah pun dibeli lebih awal. Harapan untuk melihat Gunung Fuji pada waktu ini memang sangat tipis sekali.
Keluar agak awal hari ini kerana bas yang kami ambil bergerak pada jam 7.00 pagi. Tujuannya supaya kami dapat balik dan sampai di bilik sebelum hari gelap. Perjalanan mengambil masa lebih kurang dua jam. Tiket bas untuk ke Tasik Kawaguchi boleh ditempah DI SINI. Harga tiket 1750 yen sehala.
Stesyen bas ekspres berada di tingkat empat bangunan ini.
Lokasi bangunan bas ekspres di Shinjuku.
Ruang menunggu.
Bas sampai pada waktunya. Pengumuman dibuat dalam nihongo jadi kena rajin bertanya.
Willer express juga berpusat di sini.
Bas tak penuh.
Stesyen Kawaguchiko.
Salji pun tebal di sini. Nasiblah...
Ada beberapa pakej laluan bas yang boleh di ambil dari stesyen Kawaguchiko ini. Kami pilih laluan merah yang berharga 1300 yen seorang. Laluannya tidak begitu panjang berbanding laluan biru dan hijau yang mengambil masa yang lebih lama. Banyak tempat-tempat menarik di sepanjang perjalanan. Kita boleh turun di mana-mana dan naik semula dengan menunjukkan tiket yang dibeli.
Keseluruhannya ada 22 perhentian untuk laluan merah ini. Masa itu salji tengah tebal jadi kami cuma turun di perhentian terakhir. Jika cuaca cerah tempat ini adalah lokasi terbaik untuk meihat gunung Fuji. Kalau kita rasa nak singgah banyak tempat dan tak mahu terkejar-kejar lebih baik menginap di sini.
Laluan bas merah dan hijau
Tempat menunggu bas di luar stesyen.
Tempat perhentian terakhir, Kawaguchiko Natural Living Center.
Gunung Fuji memang tak nampak langsung. Jadi diaorang awal-awal dah siapkan modelnya. Itu pun ramai yang nak berfoto di situ.
Yang nampak cuma bukit-bukit brhampiran.
Beku pokok-pokok ni.
Kedai cenderamata dan cafe.
Lama kami di sini kerana pemandangannya cantik. Lagi pun kami memang tidak bercadang singgah di mana-mana lagi. Musim sejuk ni bas pun tak berapa banyak. Terpaksa tunggu giliran sebab basnya kecil. Tapi nasib baik kerana dua buah bas datang hampir serentak.
Bas comel stail retro.
Dalam perjalanan balik ke Shinjuku.
Kami ambil bas perjalanan balik ke Shinjuku pada jam dua petang dan dianggarkan boleh sampai sebelum jam empat petang. Alhamdulilah walaupun keadaan jalan bersalji tapi semuanya berjalan lancar.
adoiii mesti sejuk sesangat ni
ReplyDeleteWalau sejuk masih boleh bertahan asalkan tak ada angin...
DeleteCantik...view tumbuhan warna coklat di tepi tasik...
ReplyDeletenaik bas lagi mudah, dulu pi naik keretapi...
Musim lain pun cantik juga kot... memang naik bas lebih senang sebab terus sampai di lokasi...
DeleteMesti sejukkkkk... Seronok baca & tqs for sharing..
ReplyDeleteBest sejuk ni... saya suka...
Deletecantik!!! memutih semuanya
ReplyDeleteMemang tak sangka salji masih tebal di sana... tapi Gunung Fuji menyoroklah pulak...
Deletetempat yang saya suka..nice place.
ReplyDeleteTempat sejuk2 ni memang best en Din...
DeleteCantik memang cantik kan pemandangan kalau ada snow ni. tapi sejuk beku tu yang tak tahan tu.
ReplyDeleteSebenarnya kita boleh bertahan keadaan sejuk tu sebab tak berangin... janji kena pakai pakaian yang bersesuaian..
Deletebila lah nak merasa pegang salji
ReplyDeletehehehe
seronok tengok
tak nampak pun tak apa
janji dah sampai sana
hehehe
Kecewa juga sebab tujuan utama ke sana memang nak tengok Fujisan... tak sangka pulak salji setebal itu...
DeleteSeronoknya tengok salji 😍😍
ReplyDeleteLebih seronok jika mengalaminya sendiri...
DeleteWah...salji memutih...seronok betol golek2... Saya hari tu x sampai kawaguchiko... hari pulak mendong...memang x nmpkla dari gotemba sang fuji
ReplyDeleteKita salah musim nak tengok Fujisan...
Deleteseronoknyaa PLM jumpa salji lagi disitu tapi sayang Fujinya malu malu nak keluar. itu tanda kena pergi lagi tu ehehe.. kalau nak bermalam di situ kena naik bas express yg mula2 PLM naik jugak ke ?
ReplyDeleteKenam mengulang agaknya ni... haah bas yang sama cuma kadang2 warnanya berlainan... kena dengar pengumuman...
DeleteCantiknya pemandangan salji...macam tengok filem.
ReplyDeleteTapi misi yang kecewa sebab Gunng Fuji menyorok waktu ini...
Delete