Bila teringatkan gempa bumi yang melanda Pulau Lombok pada 28 Julai lalu terasa agak menggerunkan sebab kami sampai juga ke kawasan yang terjejas iaitu di sekitar Tanah Tinggi Sembalun dan Gunung Rijani. Takziah kepada penduduk yang terlibat khususnya warga yang terkorban termasuk seorang rakyat Malaysia.
Penerbangan dari Klia2 agak terlewat sikit tapi sampai di Lombok International Airport mengikut masanya. Mungkin pilot merempit untuk kejar masa, sebab pernah terjadi dua tiga kali sebelum ini walaupun lambat berlepas tetap sampai mengikut masa.
Ruang legar Lombok International Airport
Kawasan ketibaan penerbangan antarabangsa dan imigresen. Sediakan tiket penerbangan balik sebab diaorang nak tengok.
Di LIA kami di sambut oleh Ronie dan Wawan yang menjadi pemandu kami di sana. Mulanya kami berhubung dengan Wawan tapi nampaknya dia kurang sihat jadi hari seterusnya Ronie yang membawa kami berjalan dan berjumpa semula dengan Wawan pada hari terakhir. Apa yang nak saya katakan ialah tentang perkhidmatan mereka yang bagus dan boleh bertolak ansur.
Untuk menghubungi mereka jika sesiapa perlukan supir di Lombok:
Wawan : +62 819 0775 5901
Ronie : +62 818 0544 6477
Ronie yang informatif dan rajin melayan kerenah kami.
Kenderaan yang digunakan untuk kami bertiga. Semasa ke Sembalun tukar kepada Avanza.
Dari lapangan terbang kami minta Ronie singgah di mana-mana restoran untuk makan tengah hari. Masa tu pun dah hampir jam satu tengah hari waktu Lombok. Malaysia dan Lombok berada dalam zon masa yang sama.
Rumah makan dapur Sasak.
Ayam Taliwang di sini adalah yang paling sedap dari tempat-tempat lain yang kami makan.
Lepas makan kami bergerak ke destinasi pertama iaitu Kampung Tradisi Sasak. Kami ke sini dulu kerana lokasinya berada di bahagian selatan airport sedangkan tempat penginapan kami berada di bahagan utara kota Mataram. Jadi Ronie kata kita cover bahagian ini dahulu kerana lokasi pada hari berikutnya agak jauh dari sini.
Sade Village, kampung tradisi suku Sasak. Panas yakamat masa ini.
Menurut Ronie suku Sasak merupakan kelompok majoriti penduduk Pulau Lombok. Bahasa seharian yang digunakan adalah bahasa Sasak di samping bahasa Indonesia. Menurut Ronie asal nama Sasak ialah dari kata Sak-sak yang bermaksud sampan. Sedangkan Lombok pula bermakna lurus, bukan lada atau cabai seperti dalam bahasa Jawa.
Ada seorang jurupandu yang membawa kami ke setiap lorong yang ada dalam kampung ini.
Rumah-rumah orang Sasak. Atapnya diperbuat dari daun lalang kering yang diletak berlapis-lapis supaya tidak ditembusi air hujan dan untuk mendapatkan rasa yang nyaman dari sinaran panas matahari.
Bangunan tinggi dibelakang dipanggil Lumbung Padi aitu tempat menyimpan hasil tanaman dan tuaian. Ada banyak bangunan baru yang mengekalkan bentuk ini pada bangunan yang dibina tapi tidak lagi menggunakan lalang sebagai atapnya.
Pintu masuk ke bahagian atas rumah.
Ada juga masjid dalam kawasan ini.
Kedai-kedai jualan cenderamata.
Kopi yang diproses secara tradisi untuk jualan.
Antara kemahiran orang Sasak ialah menenun kain.
Terbeli juga sehelai dua.
Halus buatannya tapi harga di sini agak mahal.
Tak sampai dua jam kita dah boleh habis melawat semua kawasan di sini.
Pilot pun merempit..hihi
ReplyDeleteMemang lewat dalam setengah jam gitu... tapi sampai on time pulak...
Deletecantik kain tenunan..nmpk mcm ala-ala corak songket..
ReplyDeleteMemang cantik tapi kat stu harganya agak mahal... kalau nak murah boleh beli di Pantai Tanjung Aan... ada ramai penjual jalanan di situ...
Deletecantik juga kawasan perumahan orang2 Sasak tu sangat classic hehe.. tapi nampak panaih sungguh harinya kan.. sunburn jadinya..
ReplyDeleteTapi rasanya kurang selesa kerana kecil dan kalau terbakar memang tak dapek nak nolong dah..,
DeleteTeringat idea saya ajak kawan² gi Lombok. Dekat² date gempa tu juga. Allahu akbar mujur x jadi sebab memasing xdapat cuti.
ReplyDeleteSuka lah tengok kampung Sasak tu. Bumbung diorang unik sangat. Saya kena gi musim x panas merelit rasanya ni.
Saya pun nasib baik gempa tu terjadi bukan masa saya di sana... Alhamdulilah...
DeleteKat sana mana ada musim tak panas Bie kecuali musim hujan... tapi kalau masa musim panas pemandangan lebih cantik sebab langit cerah...
assalam hi..boleh dapatkan itinerary tak? azninadhirah@gmail.com .tq :)
ReplyDeleteOK done...
DeleteMenarik juga kampung Sasak ni,
ReplyDeleteAyam Taliwang tu makanan tradisi Lombok. Sodap!
Tap saiznya kecil sangat... saya syak burung puyuh ni sebenarnya...
Delete