Tuesday, July 24, 2018

Siem Reap Pt 7 - Sivatha Road

Hari ini adalah hari terakhri kami di Siem Reap. Flight baliknya pada jam 2.50 petang. Pagi ini pun dah tak ada apa-apa program jadi lepas sarapan kami meronda sekejap di sepanjang jalan Sivatha di mana terletaknya hotel penginapan kami. Jalan ini agak panjang dan merupakan salah satu jalan utama di Siem Reap.

Ada lebih kurang satu km juga kami berjalan hingga ke Lucky Mall. Satu-satunya Mall yang ada di Siem Reap. Kecil dan comel je mallnya tapi seratus peratus harga barang dalam mall ini adalah dalam USD.

Di jalan ini juga ada beberapa buah cawangan bank utama Malaysia.

Suasana pagi di Sivatha Road.

Kedai dan hotel di bahagian atasnya.

Lucky Mall.

Bahagian dalam Lucky Mall. Dapat menyambar satu plate yang cantik di sini. Souvenir untuk diri sendiri.

ATM Public Bank dan RHB Bank yang ada di mall ini.

Senapang air yang dijual sempena pesta air yang bakal menjelang.

CIMB Bank.


Maybank pun ada.

Public Bank.

KFC by JCorp anak syarikat Perbadanan Johor.

Harga minyak di Siem Reap agak mahal.

Kawasan night market yang lainnya.

Kawasan pasar malam di siang hari agak lengang.


Jam sebelas kami check out hotel dan terus ke restoran di dalam kawasan masjid An Nekmah. Nasir ambil kami di hotel. Sementara menunggu waktu zuhur kami makan dulu. Waktu zuhur pun agak awal di Siem Reap jadi boleh selesaikan dulu kewajipan sebelum ke airport. 

Sekolah agama yang ada dalam kawasan masjid. Pelajarnya ada lebih kurang 200 orang.

Layanan yang baik oleh Nasir, saudara seagama yang jauh dari bumi Malaysia.

Hingga berjumpa lagi.

Kaunter check in Siem Reap airport.

9 comments:

  1. senang le nak cucuk duit..ada 2 bank..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi kat sana kurang guna duit diaorang... tak taulah kalau mesim ATM tu boleh keluar USD..

      Delete
  2. Replies
    1. Rezeki dia mungkn banyak dengan orang Malaysia...

      Delete
  3. seronok PLM dah selesai satu lagi trip.. banyak pergi jalan2 ni PLM tahun ni hehe..
    plate makan ke plate yang ade kaki buat perhiasan tu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Trip2 mini je CT... tahun ni tinggal dua trip je lagi... Plate hiasan CT... memang buat koleksi..

      Delete
    2. banyak tu PLM lagi duaaa hehe CT ade plan je baru x pasti lagi. kalo x.. tahun depan la kot.

      Delete
  4. CIMB, Maybank, RHB, Public.. semua major bank ada. Agaknya ramai orang Malaysia kat sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bank2 tu semuanya joint venture rasanya... bank luar lainnya mungkin tak berminat masuk agaknya...

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...