Penerbangan pagi ini ke Tokyo ialah pada jam 9.30 pagi dengan Jetstar. Oleh kerana tak tahu macam mana keadaan pagi tu ktaorang awal-awal pagi lagi dah keluar. Kaunter hotel pun masih belum buka. Sampai di stesyen Nakajima Koen subway train pertama pun belum sampai lagi. Subway di sini mula bergerak pada jam enam pagi. Kereta api pertama yang sampai di Nakajima Koen ialah pada jam 6.15 pagi.
Top up SUICA Card dulu.
Selamat sampai di Terminal Domestik hampir jam lapan pagi.
Terminal domestiknya lebih besar berbanding terminal antarabangsa. Kaunter check in Jetstar dan Airasia domestik terletak paling hujung sekali. Apa yang bagusnya kaunter check in dan tempat menunggu terletak berdekatan tidak seperti di Klia2.
Airasia domestik belum ada flight ke Tokyo. Buat masa ini cuma ke Nagoya saja.
Menu dan majalah diletakkan di bahagian atas dan nampak lebih kemas.
Perjalanan dari Sapporo ke Narita mengambil masa sejam 45 minit saja dan flght berhenti di terminal 3. Selepas ambil bagasi mulanya agak kebingungan juga. Di sini ada kaunter jualan tiket kereta api tapi nak beli terasa cuak sebab tak pasti yang mana satu patut diambil. Lagipun stesyen kereta api cuma ada di terminal satu dan dua saja. Jadi dari terminal tiga kami menapak saja ke Termial 2 melalui laluan khas yang disediakan. Boleh juga kalau nak guna shuttle bus.
Kaunter Keisei Limited Express di Terminal 2. Kereta api paling murah untuk ke stesyen Ueno.
Tambangnya 1030 yen dan mengambil masa 71 minit untuk sampai di Ueno.
Stesyen Keisei Limited Express di Ueno. Kedudukanya berhampiran dengan stesyen JR Ueno Yamanote line.
Ameyoko shoping street di bawah landasan JR Yamanote line.
Sampai di Ueno masih lagi awal. Jadi kami ronda-ronda dulu di Ameyokocho kerana check in hanya bermula pada jam tiga petang. Beg besar kami simpan dalam locker di stesyen Keisei line. Gerimis pulak waktu tu. Ada banyak kedai menjual kebab di sini jadi kami makan kebab saja untuk tengah hari ini.
Orang tetap ramai walaupunn hujan.
Harga makanan di sini agak murah juga.
Lega sikit bila hujan dah reda.
Baru sampai dah menyoping.
Makanan laut ada juga dijual di sini.
Dari Ueno kami bergerak ke Takuya House di Shin Okubo iaitu satu stesyen selepas stesyen Shinjuku.
Tak sangka bilik yang kami sewa tak jauh dari Halal Mart.
Pintu merah... bilik penginapan kami di Takuya House untuk tiga malam di Tokyo. Guna kod saja yang diberi melalui email untuk membuka pintu.
thanks sharing your travel experience...banyak dapat info dan tips from you guys. Have a safe trip tp both of you.
ReplyDeleteCik Lat
Kami pergi sekeluarga... mak bapak duk belakang tabir je...
Deletebagus gak..guna kod, lebih mudah..ramai Muslim kot di kwsn ni, ada halal mart..
ReplyDeleteMemang mudah... tak perlu jumpa tuan rumah... yang penting jangan buat masalah. Kawasan tu nampak memang ramai foreigner...
DeleteTak fly direct ke Sapporo ? Lebih murah ke?
ReplyDeleteMasa pergi memang fly direct ke Sapporo cuma waktu balik kami singgah di Tokyo dulu en Din...
DeleteTIME NYOPPING YG BEST
ReplyDeletePenting tu... untuk terapi diri sambil bercuti...hehe
Deletesetuju sgt..hhihi
Deletejealous nya
ReplyDeletenanti ajak lah travel sekali
hehehe
Kami pun kena menabung kalau nak jalan2 ni... hehe
Deletelepas ni masuk list CT jugak Tokyo cuma bila nak sampai tak tahula. kena slow down sikit jalan2 ni ada banyak urusan peribadi nak diselesaikan. xpela meanwhile menabong dulu hehe..
ReplyDeleteDon't worry CT boleh punya... urusan apa tu... ehem2...
DeleteAssalam abg nk tau berape kos flight Sapporo ke tokyo terimakasih
ReplyDeleteWsalam... Tak ingat tukaran masa tu tapi saya bayar 24860 Yen untuk 4 orang termasuk bagasi 40 kg...
Deleteboleh x saya nak contact encik? saya ke sapporo bulan depan, tapi macam nak bergerak dari sapporo ke tokyo, tapi xtau cara
ReplyDeleteBoleh saja no hal... gunakan email di atas...
Delete