Monday, October 15, 2018

Pontianak Pt 2 - Tugu Khatulistiwa

Pontianak merupakan ibukota bagi wilayah Kalimantan Barat. Juga dikenali sebagai Kota Khatulistiwa (equator) kerana kedudukannya di atas garislintang kosong darjah. Mempunyai penduduk lebih tiga ratus ribu orang yang terdiri dari etnik terbesar iaitu Melayu, China, Dayak dan lain-lain etnik dari seluruh Indonsia terutamanya dari Jawa dan Madura.


Memang tak ada itinerari khusus untuk trip kali ini. Kami cuma ikut saja ke mana tempat yang supir cadangkan. Jadi pagi ini supir bawa kami ke Tugu Khatulistiwa yang merupakan tarikan paling utama bagi kota Pontianak. Sebenarnya banyak kawasan di dunia ini yang dilalui garisan Khatulistiwa ini tetapi istimewanya Pontianak kerana ianya melalui sebuah bandar besar.

Kota Pontianak terbahagi dua di bahagian iaitu utara dan selatan dengan dipisahkan oleh Sungai Kapuas yang agak lebar. Ada beberapa jambatan yang menghubungkan kedua-dua bahagian ini tapi jambatannya agak sempit. Ini menyebabkan kesesakan yang teruk terutama pada waktu pagi dan petang. Terdapat juga perkhidmaan feri untuk penumpang dan kenderaan bagi menyeberangi sungai ini.

Jam 5.30 pagi di bandar Pontianak sudah pun cerah tapi masih lagi sunyi sepi. Waktu subuh di sini pada waktu ini ialah pada jam 4.15 pagi.

Kesibukan di waktu pagi.

Jambatan Sungai Kapuas yang agak sempit.

Di Indonesia garis Khatulistiwa sangat identik dengan Kota Pontianak kerana di sinilah garis Khatulistiwa tepat membelah pusat kotanya. Jadi sebagai tanda ingatan sebuah tugu telah dibangunkan oleh pemerintah Belanda pada tahun 1928 dan ianya telah menjadi satu tarikan utama bagi yang berkunjung ke sini.
  
Tugu Khatulstiwa yang terletak di Khatulstiwa Park berhampiran tebing Sungai Kapuas di bahagian utara Kota Pontianak.

Ada satu lagi tugu yang lebih kecil dibahagian dalamnya.

Pelawat luar negara yang melintasi garisan Khatulistiwa di sini akan diberikan sijil khas.


Trip kami ke sini ialah pada 20 - 23hb September dan tak terfikir sama sekali yang matahari akan ada tepat di garisan Khaulistiwa pada 23hb iaitu pada hari kami balik ke Malaysia pada paginya. Rasa rugi juga kerana tak dapat merasai hari tanpa bayang di sana.

Menghampiri hari tanpa bayang ada di sediakan telur mentah untuk kita cuba menegakkannya. Memang payah tapi pekerja di situ dapat melakukannya. Tapi mengikut kajian sains fenomena telur berdiri pada hari tanpa bayang adalah mitos semata-mata. Ini sebenarnya boleh dilakukan pada bila-bila masa terpulang kepada kemahiran seseorang. Berlainan kesnya ketika gerhana matahari.

Telur berdiri.

Berjaya dilakukan oleh pekerja di sini.

Rekodkan nama di buku pelawat untuk mendapatkan sijil.

Daftar bilangan pelawat ke sini. Pelawat dari Malaysia paling ramai kerana kedudukannya yang hampir.

Foto di ruang galeri pameran.


Hari agak cerah tapi berawan, jadi bayang-bayang pun kurang jelas.

Ada semacam pesta yang akan disambut sempena hari tanpa bayang yang terjadi sebanyak dua kali setahun iaitu pada 21 Mac dan 23 September setiap tahun.





Tugu Khatulistiwa terletak berhampiran Sungai Kapuas.

11 comments:

  1. Wah ..menarik juga .tapi pontianak susahnya nak masuk dlm list jalan2 kami..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kurang menarik sebenarnya... yang penting dapat jalan-jalan...

      Delete
  2. Geography revisited...menarik gak, dapat sijil..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam lawatan sambil belajar pulak rasanya... sijil tu laku untuk KPI... hehe

      Delete
  3. Menarik. Untuk bagi telur berdiri cuma letakkan garam je kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kurang pasti NA... tapi diaorang tak guna garam pun...

      Delete
  4. Hmm keren pontianak (y)

    ReplyDelete
  5. wah..baru tau pasal info garisan khatulistiwa tu.
    walau nampak mcm takde apa2 kat sana, tapi rupaya itulah keunikannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang istimewa Ujie kerana Pontianak merupakan satu-satunya kota besar yang dilalui garisan Khatulistiwa di dunia ini...

      Delete
  6. kalau matahari tepat di atas garis khatulistiwa berarti panas banget ya suhunya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak terlalu panas seperti di gurun cuma dalam lingkungan 35 hingga 36 degree sahaja...

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...