Tuesday, February 13, 2018

Sapporo Pt 1 - Trip dingin beku

Suhu terendah  semasa kami di Sapporo ialah -11 darjah Celcius. Memang sudah kami jangkakan. Jadi persediaan yang bersesuaian adalah sangat penting untuk menghadapi keadaan suhu serendah itu. Kepada pengembara yang sudah biasa dengan keadaan itu mungkin takde hal bagi mereka. Tapi kami yang kali pertama kenalah buat persiapan secukupnya.

Matahari terbenam agak awal pada musim sejuk.

Antara pesediaan yang perlu untuk menghadapi cuaca sejuk :
 Long john
 Winter coat
 Muffler
 Losyen pelembap
 Lip balm
 Sarung tangan
 Serkup kepala
 Hot pad
 Kasut yang sesuai
 Ubat-ubatan

Semua benda di atas kami bawa dan amat berguna tapi long john tu kami tak pakai kerana rasa kurang selesa dan terasa agak sukar untuk bernafas. Alhamdulillah kami dapat bertahan dengan seluar jean dan winter coat yang dibawa. Untunglah kerana lemak yang tebal merupakan satu kelebihan dalam situasi seperti itu.

Untuk menggunakan kenderaan awam di Sapporo kami sudah siap-siap beli kad SUICA secara online DI SINI. Kenapa menggunakan kad SUICA dan bukan SAPICA yang biasa digunakan di Sapporo? Sebab selepas Sapporo kami akan ke Tokyo dan kad SUICA boleh di refund di sana. Jika menggunakan kad SAPICA kita terpaksa refund kad di Sapporo dan terpaksa beli yang baru di Tokyo nanti. Setiap kad yang dibeli hanya boleh di refund di mana ianya dikeluarkan saja. Lagipun setiap kad yang di refund akan dikenakan caj sebanyak 220 yen dari nilai depositnya sebanyak 500 yen. Banyak juga tu kalau ada empat kad.

Tapi nasib tidak begitu baik kerana salah seorang ahli jemaah kami telah kehilangan kadnya pada hari pertama lagi. Jadi dia terpaksa gunakan tunai saja untuk hari-hari berikutnya di Sapporo. Malas nak beli yang baru. Setiap kali lepas berbelanja semua duit syiling kami longgokkan pada dia.

Untuk kemudahan internet pula kami booking pocket wifi dari Wiyo di aras dua Klia2. Harga agak berpatutan iaitu cuma USD5 sehari. Boleh dikongsikan untuk maksima sepuluh orang dengan data tanpa had. Liputannya di Sapporo dan Tokyo sangat bagus walau ceruk mana kita pergi. Kepada yang berminat boleh buat tempahan DI SINI.


Sapporo akhirnya kami sampai juga.

Penerbangan ke Sapporo berlepas pada jam 11.45 malam. Kebanyakan penerbangan Air Asia X berlepas pada tengah malam dan awal pagi. Sampai di Chitose International Airport pada jam 8.30 pagi. Penumpang nampak seakan penuh dan ramai kumpulan remaja ada dalam penerbangan ini. Banyak duit anak-anak muda sekarang ni.

Selepas dua jam penerbangan makanan di sediakan. Terasa macam bersahur pulak. Jadi kami tidaklah kelaparan sangat masa sampai di Sapporo macam cik CT kita tu... hehe

Awan karpet ke... tak payah nak panjat-panjat gunung bagai...

Salji memutih berhampiran lapangan terbang.

Alhamdulillah selamat mendarat.

Di laluan aerobridge ini sudah mula terasa kesejukannya.

Urusan di imigresen dan kastam agak lancar walaupun ada dua penerbangan yang sampai hampir serentak. Borang pendaratannya pun agak ringkas. Tak sampai satu jam semuanya selesai termasuk mengambil bagasi. Masa di kastam diaorang tak tanya apa pun makanan yang kita bawa. Cuma serahkan borang pengisytiharan dan terus berlalu.

Menuju ke terminal domestik kerana stesyen kereta api cuma ada di sana. Jaraknya lebih kurang 300 meter dari terminal antarabangsa.

Antara kedai yang ada di sepanjang laluan ke terminal domestik. Pokemon masih popular di sana.

Sampai di terminal domestik. Keadaan di sini lebih meriah berbanding di terminal antarabangsa.

Dari terminal domestik kami ambil kereta api semi ekspres yang cuma berhenti di stesyen tertentu saja. Tak perlu reserve seat kerana orang tak berapa ramai pagi tu. Tambangnya 1070 yen.

Sesaja keluar dari stesyen Sapporo sebelum menyambung perjalanan dengan subway.

Di Sapporo ni cuma ada tiga laluan subway iaitu Namboku line, Toho line dan Tozai line. Taklah berserabut sangat laluannya macam di Tokyo. Tapi stesyen bawah tanahnya sangatlah besar dan dihubungkan terus dengan beberapa buah pusat membeli-belah. Kami ambil Namboku line untuk ke penginapan berhampiran Nakajima Koen.

Laluan subway di Sapporo.

JR Sapporo station.

Bangunan ESTA. Di bahagian bawahnya ada stesyen bas ekspres.

Top up kad SUICA dulu.

Mesin yang sangat mudah digunakan.

Keluar dari pintu 2 stesyen Nakajima koen.

Salji yang sangat tebal di luar stesyen. Jenuh mengheret beg.

Sampai di hotel masih belum boleh check in lagi kerana di sini waktu check in nya agak lambat iaitu pada jam tiga petang. Kami tinggalkan beg dahulu dan bawa sedikit makanan untuk bekalan ke Mount Moiwa.

39 comments:

  1. Replies
    1. Taklah gunung sangat sebab tak tinggi mana pun Mount Moiwa tu...

      Delete
  2. woaaa da keluar da da keeeeluar da ceritanyaaa. excited nak baca lagi lagi.. macam walk down the memory lane pula baca entry PLM.. hihi.. logikla ceq lapaq PLM.. dari Kansai woo tak makan huwaaa hehe. stiap kali nak ke Nakanoshima mesti lalu Nakajima Koen.. suka bila dia sebut nama station tu Nakajima Koooooen hehehe..

    kad2 yang banyak jenis tu.. diorang mmg boleh guna dekat semua line JR kan ? tapi bila nak refund tu yang ikut kawasan tertentu kan ? CT guna sampai baki tingal 50 cent je so dia x potong 220Y tu.. dia pulangkan deposit je hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergh betul-betul kena lenjan kad tu... berbaloi2...

      Delete
  3. permandangan nak landing tuuu haaaih laa cantiknya. teringat2 ni macam mana PLM ? nak kena pergi lagi ke kalo cemni hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je pergi lagi CT tapi cari musim lainlah kot... berguling salji kat tempat lain pulak...

      Delete
  4. Best nya dapat jumpa salji.Bila nak bawak family tengok salji pun tak tahu la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuti sekolah bulan Disember nanti bolehlah pergi en Deen...

      Delete
  5. Bestnyer gi Sapporo...blh buat ais kacang or cendol terus kat sana..

    ehhh

    hahaha :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sesuai kerana teksturnya halus sangat macam tepung...

      Delete
  6. brapa hb ko kat sana weh. rasa macam nampak ko dlaam flight hari tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lain orang kot... flight saya 29/1 jam 11.45 mlm...

      Delete
  7. Teringin nak bawak anak2 sekali main salji di sapporo. Tak sabo nak baca entry seterusnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi dengan family memang best... lebih-lebih lagi dengan anak yang masih bersekolah tu...

      Delete
  8. wahh...mmg teringin nak ke Sapporo ni. Tak pernah ke tempat bersalji, kalau pergi mesti saya jakun! :D

    awal sungguh matahari terbenam..4.43pm. panjanglah sikit malamnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best Ujie... sesekali kita merasa satu musim yang berbeza... Siang yang pendek ni rugi juga sebab nak kena cepat balik ke hotel kejarkan waktu solat. Biasanya bila dah masuk bilik memang malas nak keluar lagi...

      Delete
  9. wahhhh
    ramai cakap best dekat sapporo nih
    minta2 lah Allah bg saya rezeki ke sini nanti
    amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi kena bertabahlah kerana tiada tempat yang tak bersajli kecuali dalam bangunan... Insya Allah satu hari sampailah tu...

      Delete
  10. Mie-san,
    Konichiwa....!!!
    Boleh share tak pengalaman suka duka menggunakan Wifi Wiyo. Berbaloi tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hait konnichiwa mo NA san... Dengan kos USD5 sehari dan dapat dikongsikan seramai empat orang rasanya sangat berbaloi. Liputannya pun cukup kuat di mana-mana. Memang saya rekomen untuk guna Wiyo pocket wifi bila ke Jepun... Tak ada kesah duka... hehe

      Delete
  11. Mie-san,
    Saya pernah berada di dalam cuaca sejuk -30 darjah celsius. Walaupun sejuk gedi tetapi syukur saya selamat. Tetapi, kalau suruh pergi lagi, rasanya sudah cukup buat saya. Hanya sekadar untuk menimba pengalaman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minus 30 darjah memang sejuk gila tu... Tapi best juga kalau dapat merasa musim salji macam tu tapi di tempat lain pulaklah rasanya...

      Delete
  12. dapat main snow mmg best, cuma kena pakai baju berlapis-lapis tu yg tk tahan..sejuk mencengkam sampai ke tulang..

    mudahnya line subway dia..cuma 3 je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau persediaan cukup takde hal nohas... Subway line kat Sapporo memang simple sangat...

      Delete
  13. Banyak juga tempat di jepun boleh kita kunjung rupanya. Tapi saya tokyo pun tak sampai lagi. Moga satu hari akan sampai juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat banyak Sis... cuma ongkos kat sana agak mahal... itu mungkin halangannya... Insya Allah satu hari nanti sampailah tu...

      Delete
  14. Wahh gi Sapporo...saya ritupun stay area Nakajima Koen. Mie stay hotel kat mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya macam dekat2 hotel yang Zila stay dulu...

      Delete
    2. eh baru perasan..photo mie yg 1st tu, belah kanan tu lah hotel saya stay tu...hehehe...mengamit kenangan betui...huhuhuhu

      Delete
    3. Best kan kawasan tu... aman damai tak banyak kenderaan...

      Delete
  15. Replies
    1. Kalau di Sapporo saja rasanya kad SAPICA dah cukup...

      Delete
  16. Kalau beli kad SUICA dkt Sapporo dan Osaka bole tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kad dikeluarkan mengikut region tapi boleh digunakan di region lain. Cuma untuk mendapatkan refund balik mesti dipulangkan di mana region kad itu dikelarkan...
      Macam ICOCA di Kansai region... SUICA di Tokyo dan sebagainya...

      Delete
    2. Kalau cuma nak pergi Sapporo beli saja SAPICA card di sana...

      Delete
  17. Replies
    1. Hotel Weekly Sapporo 2000 tak jauh dari stesyen subway Nakajima Koen...

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...