Friday, December 28, 2018

Guilin Pt 2 - Elephant Trunk Hill | Sun and Moon Pagodas | Central Square | Zhengyang Pedestrian Street

Boleh dikatakan setiap pagi adalah waktu hujan di Guilin. Menjelang jam sepuluh pagi barulah agak reda sedikit. Memang malas rasanya nak keluar bila hujan ni. Tapi kalau tunggu lama-lama tak ke mana jadinya. Mulanya ingat nak beli payung tapi alhamdulilah pekerja hotel bagi pinjamkan dua payung sepanjang tempoh di sana. 

Hujan renyai yang memanjang setiap pagi.

Dulu masa ke China masalah komunikasi memanglah macam ayam dengan itik. Tapi sekarang dah agak mudah. Kita boleh guna Google Translate saja. Walaupun cuma komunikasi bisu tapi cepat saja diaorang faham. Untuk memudahkan urusan kita boleh bookmark saja di Chrome. Jadi taklah terkial-kial nanti. Sebab itu kami suka menyewa mobile wifi sebab boleh dapat guna internet walau di mana. Kalau guna simcard kadang-kadang tersangkut juga. Itu cara kamilah tapi lain orang lain pula caranya.


Ada tulisan dan suara sekali.

Tempat pertama kami nak pergi hari ini ialah Elephant Trunk Hill. Jarak dari hotel lebih kurang satu kilometer. Tak terasa jauhnya kerana kami ambil langkah sendiri berjalan santai-santai. Kaunter tiket dan pintu masuk ke kawasan pemandangannya berada di Jalan Binjiang yang menghadap Sungai Lijiang.

Tangga masuknya terletak di sebelah kanan.

Elephant Trunk Hill is the symbol of the city of Guilin. It got its name because it looks like an elephant drinking water. The round opening that would be under the elephant’s trunk is known as Water-Moon Cave because at night the reflection of the moon can be seen through the arch and it looks as if it is under the water and floating on the surface of the water at the same time. Elephant Trunk Hill and Water-Moon Cave are located at the confluence of the Taohua River and the Lijiang River.

Tiketnya 55 yuan.


Sebenarnya Elephant Trunk Hill ini terletak di seberang sungai. Cuma dari kawasan ini pemandangannya agak lebih jelas. Ada jambatan yang menghubungkan kedua-dua bahagian. Boleh juga kalau mahu mendaki bukitnya tapi kami pandang dari jauh sajalah sebab banyak tangga yang kena daki lagipun agak licin kerana baru lepas hujan. 



Boleh juga berfoto dengan burung cormorant di atas rakit buluh dengan dikenakan sedikit bayaran. Burung cormorant ini di gunakan oleh nelayan untuk menangkap ikan di kawasan sungai yang berair cetek. 

Kita menempel ajelah.

Pemandangan yang lebih jelas.

Jambatan untuk ke kawasan bukit.

Jambatan untuk ke pulau kecil di taman ini.


Kurang faham apa relevannya aksi itu di kawasan ini.

Kecil saja bukitnya.

Agak panjang juga kawasan taman tepi sungai ini dari hujung ke hujung. Nampak pun macam dah tak ada apa yang menarik lagi. Dari sini kami bergerak ke Sun and Moon pagodas yang terletak kira-kira 500m dari sini. Pagoda ini juga dikenali sebagai sebagai pagoda emas dan perak.

Sebenarnya tasik ini bersambung dengan sungai kecil tapi terletak di kawasan paling hujung jadi airnya agak tenang.

Sun and moon pagodas yang terletak di tepi Tasik Shan.

Hujan lagi masa sampai di sini.

Tak lama kami di sini. Seterusnya kami ke Guilin Central Square. Kawasan di atasnya merupakan satu kawasan dataran kosong. Mungkin digunakan untuk sesuatu acara tertentu. Manakala bahagian bawahnya merupakan pusat membeli-belah.


Located near to Zhongshan Road and Zhengyang walking street, Guilin Central Square is a multi-functional city square, called as the large living room of Guilin. Every weekend and holiday night, there are colorful cultural performances on the square. It is the largest underground shopping centre in Guilin.


Vistors can bargain clothing, tasty snacks and enjoy the lively atmosphere of crowds in Guilin Central Square. There are many popular local specialties you can not miss such as Shatian Pomelo, chestnut, Yuanzhi bean curd rolls, chilli sauce and beancurd. The city-block of paved concrete with a few street lights has numerous delicious food stalls to the west and stairs down to the underground markets placed at each corner of the square.  

Struktur berbentuk piramid ialah pintu masuknya.

Ada banyak pulak bunga di akhir musim gugur di sini.

Sedar tak sedar sampai waktu petang kami meronda. Jadi tempat terakhir kami singgah hari ini ialah Zhengyang pedestrian street. 

Mercutanda di sini.


Di permulaan jalan ini ada banyak terdapat kedai yang menjual barangan cenderamata. Harga di sini agak murah dan masih boleh ditawar lagi, 


Orang tak berapa ramai malam tu mungkin sebab hujan.


Banyak juga kedai barangan berjenama di sini.

Balik dari Zhengyang pedestrian street sempat singgah lagi di tepi Tasik Shan kerana laluan yang sama untuk balik ke hotel. Pemandangan pada waktu malam lebih cantik berbanding siang.


Pagoda emas dan perak lebih terserlah pada waktu malam.

12 comments:

  1. Replies
    1. Kalau orang yang pro ambil gambar... tentu lebih cun...

      Delete
  2. Ala i might be an ignorant sebab first time tahu pasal Guilin ni.. Takpa we learn something new everyday kan. Sun and moon pagoda tu lawaaa.. Insta worthy sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak ke China saya cadangkan pergi Beijing dulu Doc...

      Delete
  3. Elephant tu yang bentuk batu berlobang tu ke ? hihi aksi tak relevan tu nak menarik perhatian semata2 PLM..

    banyak ke borong souvenirs PLM ? ehem ehem eeeheeeem eheeeem hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah CT... tapi langsung tak macam gajah pun...
      Ke

      Delete
  4. lama tak jenguk blog member2 jalan jalan ni.ke guilin rupanya

    ReplyDelete
  5. Musim hujan ka time p ni? Cntik pagoda tu mlm2.. menyerlah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hujan setiap hari.,. Pagoda tu terpaksa pergi dua kali.. sibbaik dekat..

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...