Wednesday, August 15, 2018

Lombok Pt 3 - Gili Nanggu, Gili Sudak dan Gili Kedis

Hari kedua Ronie bawa kami ke tiga Gili. Kalau ikut itinerari asal kami akan ke Pink Beach dan ada satu boat ride ke satu pulau. Tapi ombak agak tinggi di situ dan kalau naik bot memang kurang selesa. OR cepat-cepat cakap tak mahu pergi. Lokasinya juga agak jauh kerana terletak di bahagian Lombok Timur yang menghadap Pulau Sumbawa.

Jadi sebagai ganti Ronie cadangkan kami pergi ke tiga Gili di daerah Lembar yang terletak di Lombok Barat. Biasanya kalau ke sini aktiviti utama ialah mandi dan bersnorkeling. Tapi kami rasa macam dah malas pulak nak buat semua aktiviti itu. Cukuplah kita ambil angin laut yang segar dan sekadar main-main air. Yang penting pemandangannya memang sangat cantik. 

Kawasan Teluk Lembar di mana banyak feri antara pulau-pulau utama berlabuh di sini.

Pangkalan bot untuk ke Gili. 

Ada banyak pangkalan bot lain di sepanjang jalan di sini.

Banyak bot di pangkalan, sebab bukan hujung minggu. Layanan dari dua orang boat boy tu pun bagus.

Cuma kami bertiga.

Laut pun tenang jadi perjalanan pun agak smooth je.

Sampai di pulau pertama, Gili Nanggu.

Bot-bot di sini bersayap jadi memang agak setabil bila bergerak.

Banyak pulau lain yang cantik ada di sini.

Pokok rendang pun banyak di pulau ini.

Bot-bot di sini kebanyakannya di sewa secara persendirian dan akan menunggu penumpangnya untuk bergerak ke destinasi seterusnya. Botnya tidak berulang-alik macam di sesetengah pulau.

Cuaca pun cerah.

Pantai yang landai dan berpasir putih.


Sabar menanti.




Menebeng sambil ambil angin laut.


Kawasan untuk snorkeling.






Bergerak ke pulau kedua iaitu Gili Sudak.

Pokok-pokok kelapa pun nampak cantik di sini.


Sampai di Gili Sudak sedang elok masa untuk makan tengah hari. Ronie cadangkan makan di sini kerana di sini orang tidak begitu ramai. Lauknya pun agak ringkas maklumlah di pulau. Lauk yang berasaskan ayam memang tak ada. Jadi lauknya cuma ikan bakar, tahu dan tempe goreng serta pelecing kangkung. Pelecing kangkung mungkin antara juadah utama di Lombok kerana di mana-mana restoran yang kami makan mesti ada benda ini.


Makan di tepi pantai yang cantik macam ini... memang habis licin semuanya.


Pulau terakhir yang kami singgah ialah Gili Kedis. Pulau ini adalah pulau paling kecil sekali. Ianya seakan-akan beting pasir dengan sedikit batuan dan pokok kecil. Ramai yang cuma melepak di sini. Di pulau ini ada banyak tapak Sulaiman yang boleh ditangkap sebab tak jauh dari pantai. Lepas berfoto kenalah pulangkan baik sebab walaupun nampak keras macam batu benda ni perlu air untuk hidup. 







Sampai di pangkalan bot untuk balik ke Mataram.

Pelabuhan Lembar.

Feri antara pulau.

Dalam perjalanan balik ke hotel di Senggigi kami minta Ronie singgahkan kami di masjid yang terbesar di Mataram iaitu Masjid Hubbul Wathan. Kebetulan masa itu azan asar sedang berkumandang. Masjid ini agak baru dan tempat solatnya di bahagian paling atas. Ada disediakan escalator di bahagian kiri dan kanannya. Ada satu menara yang besar di bahagian hadapan masjid yang dibuka kepada pelawat untuk naik ke atas dengan sedikit bayaran.


Ruang solat yang luas.

Jidur besar ini sumbangan masyarakat Cina Muslim Pulau Lombok.

Menara utama.

Pemandangan dari atas menara utama.


Sebahagian dari Kota Mataram.

Sebelum sampai ke hotel kami singgah tapau makanan di sebuah restoran. Memang malas dah nak keluar lagi pada sebelah malamnya. Agak meletihkan juga perjalanan untuk hari ini jadi kami rasa nak berehat lebih pada malamnya.

13 comments:

  1. sand, sea, sun...cantik view...pelecing kangkung tu ulam ke.. cantik masjidnya..carpet merah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang banyak pulau dan pantai yang cantik kat sana... pelecing kangkung tu kangkung yang di celur makan dengan sambal... masjid kat sana memang cantik2 dan kreatif binaannya...

      Delete
  2. Cantik sungguh cuaca hari tu... awan memutih...Laut pon jernih.. seronok betul snorkeling..lama dah x snorkel..hehehe.. besar btl tapak sulaiman tu ya..? ehh tapak sulaiman kan..? makan tepi pantai memang sedap, perut pulak lapar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak pulau dan pantai yang cantik kat Lombok... tapi seminggu lebih kami balik gempa pulak kat sana...

      Delete
    2. Ooh... bru lg lah blik dr lombok ni

      Delete
  3. bot dia macam kat bali, cantik pulak gambar sebab langit cantik.. masjid pun cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat Philippine pun macam tu juga rasanya... alhamdulillah cuaca aritu sangat baik...

      Delete
  4. cantiknyaaaa permandangan kat sana PLM.. langit cerah tu lagi lawa. samala tak berkenan juga mandi2 laut dan snorkeling tapi kadang2 da pegi kat tempat yang memang kena buat semua2 tu buat jugala. hehehe.. redha la sunburn =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik... tak perlu ke Gili Trawangan pun OK... tapi bila teringatkan gempa tu ada rasa risau juga kalau nak mengulang,,.

      Delete
  5. Tengok Lombok, teringat gempa. Syukur gempa tak berlaku semasa Mie di sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah selepas dua minggu balik... gempa di sana. Hari ini gempa pula di Hokkaido...

      Delete
    2. Syukur, alhamdulillah.
      Betul tu. Anak saya baru balik dari Osaka. Alhamdulillah Allah melindunginya, lepas 4 hari balik baru ada typhoon di sana.

      Delete
    3. Selepas taufan di kawasan Kansai... gempa pula di pulau paling utara...

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...