Selepas tinggalkan beg di hotel kitaorang keluar semula. Destinasinya ialah Mount Moiwa. Cuaca pun agak baik hari ini. Kedudukan hotel ini agak bagus juga kerana tdak jauh dari stesyen subway Nakajima Koen dan juga stesyen tram. Jadi kami menapak saja ke stesyen tram terdekat iaitu Honganji Higashi Mae yang terletak lebih kurang 400 meter dari hotel.
Kalau tak biasa, jalanlah perlahan-lahan macam penguin, Insya Allah selamat... hehe
Berhati-hati bila berjalan di jalan yang dipenuhi dengan salji kerana kita akan mudah tergelincir jika tidak beri tumpuan. Kalau boleh cari kasut yang tapaknya berbunga agak kasar sikit. Elakkan berjalan di jalan yang menyendeng kerana kemungkinan untuk tergelincir agak tinggi jika salji sudah agak mengeras. Jika menyeberang jalan di salji yang agak tebal, jangan pijak di kawasan yang dilalui tayar kenderaan kerana ada lapisan ais di situ.
Peta laluan tram.
Hanya ada satu saja laluan tram di Sapporo. Perjalanannya adalah sepusingan. Kita boleh naik dari mana-mana arah mengikut destinasi kita dan tambangnya adalah standard iaitu 200 yen. Naik ikut pintu belakang dan keluar ikut pintu depan. Boleh gunakan prepaid kad atau secara tunai untuk tambangnya. Jika bayar secara tunai pastikan bayaranya tepat kerana mesin bayarannya tidak akan keluarkan bakinya. Tapi jangan risau jika kita tak ada duit syiling kerana ada mesin tukar duit kertas disediakan. Tukar duit dahulu sebelum buat pembayaran. Pemandu tramnya sangat membantu.
Stesyen untuk ke Mount Moiwa ialah di Ropeway Iriguchi.
Salji tebal di mana-mana.
Tempat menunggu tram adalah di tengah-tengah jalan dan kenderaan lain akan lalu ikut bahagian tepi.
Tram di Sapporo atau dipanggil juga streetcar. Ada yang baru dan ada yang agak klasik.
Kedudukan hentian Ropeway Iriguchi dan tempat shuttle bus.
Mount Moiwa Shuttle Bus Stop.
Labih kurang lima minit saja perjalanan bas ke sini.
Harga tiket untuk ropeway ialah 1700 yen untuk perjalanan pergi balik. Ada dua jenis ropeway di sini. Peringkat pertama menggunakan kabin yang besar yang boleh memuatkan ramai penumpang berdiri. Yang kedua pula merupakan kenderaan yang bergerak menggunakan landasan. Dalam 20 minit kita dah boleh sampai di puncak.
Ropeway yang kedua jenis yang menggunakan landasan untuk sampai ke atas.
Bahagian puncak paling atas. Sejuk gila kat sini sebab berangin.
Pemandangan sebahagian bandar Sapporo dari atas.
Katanya pemandangan pada waktu malam lebih cantik.
Sapporo bandar kelima terbesar di Jepun dari segi saiz penduduk selepas Tokyo, Yokohama, Osaka dan Nagoya.
Puas main baling-baling salji dan berguling di sini.
Salji di sini memang sangat tebal tapi ringan dan halus macam tepung.
Ambil kau...
Hendak sangat...
Puas berjimba marilah kita turun.
Di bahagian atas Mount Moiwa ini ada kedai menjual barangan cenderamata tapi tak berapa berkenan selain harganya yang agak mahal. Kebanyakan berbentuk patung.
Balik semula ke perhentian tram dengan shuttle bas.
Tram dan kereta bergerak sebelah menyebelah.
Sampai di hotel dah boleh check in dan beg-beg pun sudah dimasukkan ke dalam bilik oleh pekerja hotel. Pelanggan hotel akan diberikan kod kunci pintu lobi untuk tujuan keselamatan dan memudahkan urusan keluar masuk jika tiada pekerja di kaunter check in.
Berehat sebentar di hotel dan keluar semula. Tak boleh nak berlengah-lengah sangat kerana pada jam lima petang keadaan sudah mula gelap.
tebal sungguh saljinya di Mount Moiwa...
ReplyDeleteMemang tebal saljinya mungkin sebab tak dipijak sangat...
Deletepengalaman teruja bila terjumpa salji...bagi yg pertama kali sudah tentu seronok
ReplyDeleteMemang ada sedikit kejakunan di situ... hehe
DeleteKasut jenis apa anak Mie pakai meranduk salji tebal? Salji masuk kasut tak?
ReplyDeleteSelamba je dia tak pakai glove :D
Kasut biasa je bang... tapi bukan jenis yang tembus air. Sekejap je dia tahan macam tu... sebab nak berfoto katanya...
Deleteseronoknya main salji!
ReplyDeletetapi risau gak nak berjalan takut tergelincir. tak biasa kan..
Kalau salji yang tengah tebal ok je Ujie... yang baki2 tu yang licin... kalau extra care takde masalah...
Deletebestnya salji yang tebal.
ReplyDeleteSalji tebal di mana-mana en Din... berbaloi walau kesejukan...
Deletecantiknyaaa mount moiwa ni x sempat pegi. plan nak pegi malam tapi snowing lebat sangat kami dedua takut. xdeee rezeki. kalo pegi malam view cntik tp rasanya siang pun puas hati kan main snow tebal tu..
ReplyDeleteKan CT kata nak mengulang lagi... bolehlah ke sana nanti... hehe. Kalau musim lain pun cantik juga rasanya...
Deletehamek kau.. hendak sangat hahahaha.. =P
ReplyDeleteSesekali merasa kita lenjan cukup-cukup...
Deletedari kecik teringin sangat nak buat ABC kalau jumpa salji... huhuhu
ReplyDeleteSalji kat Sapporo ni tak sesuai rasanya... sebab halus dan ringan macam tepung... kena air terus cair...
Deletetebalnya salji di sapporo.... seronok! X pnh ke sapporo lagi... blm ada rezeki. Brp darjah celcius waktu ni PLM?
ReplyDeleteNext trip boleh ke sana Fari... hujung tahun pun ok. Suhu terendah negatif 11C rasaya...
Deletealaaaa.. bestnya dapat men salji. nak jugak rasa salji ringan macam tepung. hik2
ReplyDeleteInsya Allah boleh sampai di sana satu hari nanti...
DeleteMenyesal saya tidak pergi Mount Moiwa. Dua kali pergi Hokkaido, tidak sempat jejak sini pula.
ReplyDeleteSayangnya DDT tak ke sana sebab lokasinya dekat sangat...
DeleteIngat zaman muda-muda pertama kali jumpa salji....mengamit memori betul bila tengok org main salji ni.
ReplyDeleteNext trip bolehlah ke sana bawa anak2 en Deen...
Deletesaya pergi dari hotel dekat 7 malam.omg sejuk sangat bila sampai sana.entah kenapa bnyak2 tempat saya rasa Mount Moiwa sgt lah sejuk.mungkin malam lepastu ditambah angin dia.bila buka glove rasa mcm tgn kena gigit binatang.hahaha..
ReplyDeleteOfkos lah malam lebih sejuk... tapi tetap seronok main salji...
ReplyDeleteHi! ,nak tanya Mt moiwa shuttle bus tu free kah atau ada byran tmbg?
ReplyDeleteFOC je cikross...
DeleteSalam mie..
ReplyDeletePerjalanan dr epot ke tempt hotel agak2 bp lama ye?
Hotel mie stay tu ssesuai x utk family
Perjalanan makan masa sejam lebih juga. Hotel tu sesuai untuk family... ada tempat memasak sekali dalam bilik...
Deleteada dalam itineary kami hujung jan 19 ni..harap semuanya dipermudahkan..takut gak tergolek kat salji tu..huhu
ReplyDeleteSelamat bercuti Ciku and family... InsyaAllah kalau cukup persediaan semuanya akan ok...
Delete