3H2M di Cameron Highlands tapi tak dapat nak pergi banyak tempat kerana selepas Zuhur je hujan mulai turun dua hari berturut-turut. Lagipun ada si comel kecil yang ikut sama. Memang payah sikit nak menyinggah. Jadi kami pergi ke tempat-tempat biasa kesukaan kitaorang iaitu MARDI, Boh Tea Plantations dan Cameron Lavender di Tringkap. Tempat-tempat jualan sayur-sayuran dan ladang strawbery pun kami tak singgah kerana semuanya ada di pasar malam.
Tak jemu-jemu ke Cameron Highlands.
Penginapan kami di Apartment Woodz Golden Hills, Jalan Sungai Ruil berhampiran dengan tapak pasar malam baru. Lebih banyak melepak daripada berjalan-jalan.
Suhu terendah cuma 15 darjah Celcius. Suhu siang hari mencapai 27 darjah Celcius.
Pasar malam Brinchang, bersebelahan apartment saja.
Encik MKL mungkin suka buah ini.
Malaysia Agricultural Research and Development Institute.
Bangunan pejabat pentadbiran bersenibina Inggeris.
Sampai di Boh Tea Plantation rasanya macam agak awal tapi tempat letak kereta yang luas tu pun dah hampir penuh. Laluan masuk dari persimpangan jalan utama Cameron Highlands ke sini agak teruk dan sempit. Cuma jalan dalam kawasan ladang agak baik.
Cafe tergantung tarikan utama di sini.
Orang agak ramai pagi tu.
Aneka cheese cake. Nasi lemak cheese cake pun ada.
Mengeteh di sini walaupun baru lepas sarapan pagi.
Singgah ke kedai teh. Ada sesetengah teh yang hanya boleh didapati di sini.
Teh hijau dan teh ais.
Sekarang tiket masuknya dah RM10 untuk dewasa dan RM7 untuk kanak-kanak. Tempat ini dipenuhi dengan bunga-bunga yang sedang berkembang. Ada disediakan surau yang cantik di hujung taman di bahagian atas.
Sempat makan tengah hari di dua tempat. Sarapan pagi di bilik saja dan makan malam beli di pasar malam. Berjimat selagi boleh kerana ada trip lagi akhir bulan ini.
200 seeds Cafe by Abang Strawberry di Kampung Taman Sedia, Tanah Rata. Sebenarnya ada banyak pilihan makanannya tapi kebanyakannya sudah habis kerana kami lewat sampai di sini. Lokasinya di hujung jalan tapi paling jadi tumpuan. Masalah utamanya nak cari tempat parking.
Makanan sedap dan servis pun cepat.
Restoran Al Raudah, Tanah Rata. Lokasinya selepas saja pekan Tanah Rata menuju ke Brinchang.
Hidangan sesuai untuk 3 hingga 4 orang. Selepas makan terus balik sebab dah mula nak hujan.
wow sejuknya memalam..dekat je ek apartment tu ngan pasar malam ..tq info ye en mie.tengok gambo teh secawan tu..terasa nak g mamak lak ..teh tarik une..hiihi
ReplyDeletePagi memang agak sejuk tapi bila siang sikit dah mula panas... pasar malam tu bawah apartment je...
Deletefirst time dgr buah cinta..MKL mesti suka..hihi..dah tak sesak kot jln utama sbb pasar malam dah pindah tempat..
ReplyDeletecantik pemandangan CH..cheese cakes..sedapnya..
Buah cinta ni kalau di Brastagi dipanggil terung Belanda. Sedap dibuat jus kalau dicampur dengan buah markisa. Jus martebe namanya... Jalan utama dah kurang sesak...di Brinchang pun dah dibuat jalan sehala...
DeleteSaya pun sua singgah di cafe tergantung tu ...singgah minum teh
ReplyDeleteMemang tempat yang best untuk mengeteh... pemandangan pun cantik...
Deletedah banyak kali sebut nakpi CH ni tapi asyik tak jadi...alahai bila laaa nak sampai ni...rindu tempat sejukkk...hehehe
ReplyDeletePergi jangan tak pergi DJ... sejuk dan nyaman...
DeleteSaya pun first time dengar buah cinta. Hahaha. Gambar semua ohsem.
ReplyDeleteBolehlah ajak Cinta cuti ke sana en Din... hehe
Deleteteringin nak pergi lagi mengulang trip julai 2017 sbb pergi tu tiba2 sakit kat sana..so percutian tu jadik percutian yg menyedihkan..huhu
ReplyDeleteDekat je... memang boleh sangat kalau nak mengulang...
Deleteehehe tengok gambar Buah Cinta pun memang teringat Uncle wakakaka.. btw PLM.. kalo CT pergi CH pun memang banyak duduk dalam bilik dari meronda. selalunya trip healing nak bermalas-malasan dalam bilik.
ReplyDeleteHehe MKL mesti gelak... ke sana memang untuk berehat2... sebab semua tempat pun dah pergi.. hujan pulak tu..
DeleteBuah cinta tu buah apaa? Sedap kee
DeleteTak beli pun... tapi kalau dibuat jus memang sedap... pernah merasa di Brastagi...
Deletememang tempat2 yang PLM pegi tu pun favret jugak. hehehe saja nak duduk2 santai lepak2. BOH Peach tu fevret. ada always kat rumah. hehe..
ReplyDeleteTapi teh tu macam takde nampak kat mana2 kedai...
Deleteade PLM.. kedai runcit besar sikit ada. tapi selalu beli kat Mydin =)
Deleteseronok pergi cameron nih..
ReplyDeletemasa ssaya pergi jumpa satu buah macam buah epal..warna hijau..sedap gila
Buah apa ye agaknya...
DeleteHaaaa. ni mesti buah jambu epal tu. Jambu tapi dah dijerukkan. Ada warna hujau dan merah. Aku suka yang warna hijau. Sodappp haha
DeleteTang pewarna tu yang kurang best sikit...
Delete15 darjah sejuk tu... mmg best! Sya pon suka p pasar mlm.. mcm2 mknan beli.. kadang smosi x leh nk mkn.. punyalah tamak...huhu
ReplyDeleteMemang geram tengok makanan kat pasar malam tu... kalau boleh semua nak dibeli..
DeleteMieee! Lama tak singgah. Haha.
ReplyDelete27 darjah agak panas tu kan. Genting rasanya siang dalam 21 jugak. Best Genting lagi gitu hahah
Cantik Taman Lavender tu.. Baru kee?
Masih nyaman lagi kalau berangin... best lagi CH sebab banyak tempat untuk dilawat... taman tu dah ada lebih 5 tahun rasanya Khai...
Delete5 tahun?? Nampak sangat dah lama tak explore CH! Hahaha
DeleteHAI JUST NAK TANYA PASAR MALAM TU SETIAP HARI ADA TAU HARI TERTENTU SAHAJA
ReplyDeleteKalau cuti sekolah pasar malam ada setiap hari. Kalau hari biasa cuma pada hujung minggu ie hari Jumaat dan Sabtu...
DeleteNasi lemak cheese cake tu macam manalah rupanya...rasanya pulak???
ReplyDeleteSaya yak mencuba cheese cake tu tapi rupanya macam cheese cake biasa cuma ada ikan bilis dan kacang sebagai topping...
Deleteada contact owner homestay apartment tak?
ReplyDeleteActually saya booking online tapi kalau nak telefon boleh juga...
DeleteCameron Golden Hills Resort 05-6121081...
Hi. Assalamualaikum. Baru baca je dah seronok. Berapa rate harga hotelnya tu?
ReplyDeleteDah lupa pulak... tapi kurang RM300 satu malam...
DeleteKalu boleh tau specific name tmpt mnginap n rate harga sewa utk satu hari??
ReplyDeletePlan nk ke CH awal tahun depan..da lama sgt xg
Cameron Golden Hills Resort 05-6121081. Ratenya dalam RM300 sehari...
DeleteHi, selama you kat sana pegi tempat2 tuh naik apa ye? jalan kaki ? or rent car?
ReplyDeleteMemandu saja dg kenderaan sendiri... lokasi tempat2 tu agak jauh... tak sesuai jalan kaki...
Deleteassalamualaikum....pasar malam tu dah pindah yee
ReplyDeleteW'salam... lama dah pindah... 2 thn kot...
DeleteAde contact number owner apartment tu x...berapa rate dia satu mlm?
ReplyDeleteCameron Golden Hills Resort 05-6121081. Ratenya dalam RM300 sehari. Berbaloi kerana ada tiga bilik...
DeleteSejuk betul... tu.. 15 darjah..
ReplyDeleteThanks for sharing
ReplyDelete