Monday, February 26, 2018

Sapporo Pt 3 - Sapporo TV Tower

Petang ini destinasinya ialah Sapporo TV Tower yang terletak berhampiran stesyen subway Odori. Kalau diikutkan kami nak ke sini pada siang hari tapi kami cuma ada tiga hari saja di Sapporo dan untuk dua hari berikutnya memang dah ada aktiviti lain.

Dalam stesyen Odori ni banyak sangat pintu keluarnya. Jadi supaya tak tersalah pintu kami tanya pada staf kat kaunter subway. Pintu keluar untuk terus ke Sapporo TV Tower ialah di pintu nombor 27. Naik je ke atas terus nampak tower tu depan mata.

Harga tiket untuk naik ke atas ialah 720 yen.

Sapporo TV Tower ini telah dibina pada tahun 1957. Tingginya 147.2 meter dengan deck pemandangan terletak di aras ketinggian 90.38 meter. Lokasinya di kawasan Odori Park iaitu di bahagian utara kota Sapporo. Kaunter tiketnya terletak di aras tiga.

Pemandangan sebahagian kota Sapporo dari atas. Foto-foto guna kamera hp cap ayam.


Odori Park... panjangnya 1.5 km.









Tak lama kami di atas sebab macam tak ada apa-apa yang menarik sangat. Orang pun tak berapa ramai. Ada juga kedai jualan souvenirs tapi harganya mahal. Kami memang kurang berminat dengan souvenirs kat Sapporo ni. Macam tak menarik sangat.


Ice sculpture yang masih dalam pembinaan di Odori Park. Sapporo Snow Festival (Yuki Matsuri) mula di buka pada awal bulan Februari. Masa tu kitaorang dah sampai di Tokyo... huhu ruginya.

Pole Town street mall.

Masa balik kitaorang ikut jalan underground. Ada street mall iaitu Pole Town bermula dari stesyen Odori hingga ke stesyen Susukino. Panjangnya hampir setengah km. Satu lagi underground mall di sini ialah Aurora Town.

Selesa lalu bawah ni sebab kurang sejuknya. 

Singgah kat kedai cheese tart sebab nampak ramai rang beratur. Tentu sedap... konfiden nak beli sebab ramai blogger yang rekomen untuk mencubanya.

Kita habiskan duit syiling di sini. 

Harganya 1000 yen untuk 6 ketul belum termasuk GST 8%. Kalau sebiji cuma 170 yen. Berjaya merembat sekotak di sini. Rasanya memang terangkat.

Di luar kawasan stesyen Susukino.

Sampai di stesyen Susukino cuma tinggal satu stesyen saja lagi untuk ke hotel kami di Nakajima Koen. Bila check Google maps rupanya hotel kami terletak di pertengahan antara dua stesyen itu. Jadi kami teruskan saja meredah salji untuk ke hotel. Malam tu kena tidor awal sikit kerana esoknya ada perjalanan untuk sehari suntuk.

30 comments:

  1. Waahh mmg best ni, thanx for sharing, boleh refer nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi kami tak lama di Sapporo ni... banyak tempat tak sempat cover...

      Delete
  2. Replies
    1. Guna hp je ni... sekarang ni memang dah malas bawa camera...

      Delete
  3. ini baru real Hokkaido cheese tart..sbb beli di Hokkaido..hihi..
    menarik kaler tower tu - blue indigo..ke purple..

    ReplyDelete
  4. Sejuk2 mkn cheese tart memang ler marbeles...hahaha... Ohh lambat ya ice sculpture festival di sapporo. TV tower tu memang famous... Setiap kali bca blog travel, mesti antara must visit place.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap...rasanya sekotak pun boleh hadap sorang... Set kalau nak ke Sapporo pastikan pada awal Februari... menara tu ok lah rasanya...

      Delete
  5. cantiknya odori park
    usihhh cheese tart tu menyelerakan

    ReplyDelete
  6. kenapa CT keluar exit 27 tu terus masuk dalam building tower ? tak ada pun permandangan dari luar. alaaa ruginya. kalo tak dapat juga meronda kat luar.. cheese tart tu kami da sampai da tenung2 da tapi rasa macam tak yakin pula. haiaaaaaa.. memang nak suruh pergi lagi ni =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh yeke... kitaorang nak tangga terus sampai kat bhg bawah tower pastu naik lift ke aras tiga... Cheese tart tu ramai je blogger yang pernah beli...

      Delete
  7. cantik permandangan waktu malam lampu colourful. bagi CT okaylah tower ni.. macam tempat yang santai2 nak hilangkan penat menapak. nak pegi exit 27 tu seksa !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Padahal ada lebih 30 exit kat situ tapi kenapa exit 27 paling jauh sekali... huh...

      Delete
  8. cheese tart tuh mmg sedap.x muak dan tak terlalu manis. aaah betul kat sapporo tak bnyak souvenirs yg best. Saya pun tak tau nak beli apa sgt.takpe duit x abis..hahaha

    Saya x naik menara tu ambil gmbr dari bawah jer.huhu.

    Susukino tuh saya stay kat sana.malam hidup kat sini...

    Ada satu hari tu lalu bawah tuh kan x sedar alih2 saya dah jalan dari susukino sampai Sapporo station.mcm jauh gak.salu dari susukino tu nak ke odori pun saya naik train.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi katanya di Otaru souvenir nya lebih menarik...

      Kami pulak berjalan dari underground shopping area tu hingga ke Nakajima Koen... tak terasa penat sebab ketiak tak basah pun... hehe

      Delete
  9. Salam. Apa nama hotel yang you all duduk kat Sapporo tu? Thanks.

    ReplyDelete
  10. salam.. boleh tak sy dpt kn itenery dgn segala2 kos.hehe.. pls

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum boleh tak saya dapatkan itenery & kos sepanjang dekat sana, kalo sudi share, jasamu dikenang. tq in advance. cherylliza@gmail.com

    ReplyDelete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...