Wednesday, October 3, 2018

Menjejaki Pontianak Pt 1 - Penginapan dan supir

Sebenarnya memang belum terlintas langsung untuk ke Pontianak dalam waktu terdekat ini. Tapi peluang terbuka bila ada seorang rakan sekerja nak ke sana sebab mahu berjumpa dengan kenalan lamanya. Dia pun melobi kawan-kawan yang lain. Jadi kesemuanya ada empat orang yang turut serta dalam trip kali ini. Lepas tu dia suruh pula kita uruskan tentang pengangkutan dan penginapannya. 

Pemandangan sebahagian kota Pontianak dari tingkat 9 hotel penginapan.

Cuma ada satu penerbangan dari Klia2 ke Pontianak dalam sehari. Berlepas agak lewat petang iaitu pada jam 5.05 petang. Penerbangan mengambil masa hampir dua jam. Lebih kurang sama jika ke Kuching. Tapi waktu di sini lewat satu jam dari waktu Sabah dan Sarawak. Walaupun sampai sebelum jam enam petang tapi keadaan sudah pun gelap.

Dari airport kami ambil teksi terus ke hotel dengan tambang Rp110K. Agak murah kerana kami berempat. Kat Pontianak ni memang tak nampak sebuah pun teksi, yang ada cuma teksi airport. Tapi perkhidmatan Gojek boleh di dapati di mana-mana. Gojek ni macam Grab juga tapi menggunakan motorsikal sebagai mod kenderaannya.

Mercure Hotel tempat penginapan kami di Pontianak untuk tiga malam.

Bilik yang selesa.

Ayani Mega Mall.

Kami pilih Mercure Hotel kerana lokasinya berhampiran dengan pusat membeli-belah yang terbesar di Pontianak iaitu Ayani Mega Mall. Senang sikit nak cari tempat makan. Nama Ayani di ambil sempena nama jalan di sini iaitu Jalan Ahmad Yani. Hari pertama kami sampai memang dah malam jadi Mall ini tempat yang paling sesuai untuk kami melepak.

Dua minggu sebelum ke sana rakan yang ada kenalan di sana cuba menghubunginya tapi tak dapat. Cuba beberapa kali pun masih gagal. Jadi untuk tidak susah untuk bergerak di sana nanti  kami sepakat untuk menyewa sebuah kenderaan bersama supir. Syukur ada kenderaan kerana kenalannya cuma dapat dihubungi pada malam terakhir kami di sana.

Kenderaan yang digunakan Toyota Innova Kijang tahun 2018. Sangat selesa. Boleh hubungi Dhio Asyifa Faiezuan melalui WA di +62-856-5197-8904 untuk mendapatkan sebutharga.

22 comments:

  1. salam ziarah & follow sini..
    Pontianak..kira dekat jgk dgn Swk tapi bila keje kat semenanjung ni, x pernah plak terfikir nak pergi...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehlah nanti ke sana bila balik kampung. Sekarang Airasia dah ada flight dari Kuching. Kalau ikut jalan darat ambil masa lebih setengah hari...

      Delete
  2. nak tahu juga apa yg istimewa di Pontianak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Potianak ni bleh dikatakan bukan kota pelancungan.. so kita jalan2 aje lah...

      Delete
    2. NR... blog NR macam susah nak masuk sekarang ni... bila masuk je terus redirect ke blog widget..

      Delete
    3. ye , betul tu.saya pun tak tahu nak buang widget tu.menyusahkan betul. nak tulis entry baru pun terbantut.

      Delete
  3. Jarang dengar orang ke Pontianak. Apa yang best di sana ye? Macam mana la dapat nama Pontianak tu ye? Agaknya banyak Pontianak kot kat situ dulu. hehee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab belum pernah ke Kalimantan, pastu kawan meracun, kita pun terjebak sama... Kat sana siang2 hari pun banyak pontianak berkeliaran... hehe

      Delete
  4. okey tunggu cerita Pontianak. Sebab jarang dengaq pasal pontianak.

    ReplyDelete
  5. Saya belum pernah ke Pontianak. Keduluan sama Pak Mie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah Gunadi muncul semula selepas lama menghilang. Saya ke Pontianak pun secara kebetulan saja Gun...

      Delete
  6. cantik hotelnya..
    tak pernah terfikir nak jalan2 ke Pontianak ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun sebenarnya macam tu juga... tapi tetiba ada peluang... kita pergilah...

      Delete
  7. Pontianak kira membangunlah, sebab ada mega mall.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agak besar kotanya kerana ianya merupakan pusat pemerintahan bagi wilayah Kalimantan Barat.

      Delete
  8. pontianak, nama tempat yang tak begitu terkenal tapi tengok membangun jugak ye :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya macam itulah... kena pergi sendiri baru tahu keadaan sebenarnya...

      Delete
  9. Tak banyak yg saya tahu pasal Pontianak. Disebabkan ia bersebelahan dgn Sarawak, banyak rancangan TV kita ditontoni mereka, jadi ada juga budaya & bahasa kita mempengaruhi mereka. Betul ke tanggapan saya yg tak pernah sampai ke sana ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahasa memang agak sama... macam orang Sarawak sikit dan tak terlalu baku... Di hotel takde pulak siaran TV kita..

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...