Monday, January 15, 2018

Miri 2018

Trip kali kedua ke Miri. Dulu pergi dengan family tapi kali ini dengan rakan sekerja. Trip orang veteran ni taklah seperti trip orang muda-muda, jadi kita pergi tempat-tempat yang mudah saja. 

Sampai di Miri dah agak lewat kerana penerbangan AA delay hampir satu jam. Leceh sangat rasanya kena turun naik tangga padahal ada je aerobridge kat Miri airport ni.

Maskot bandar raya Miri.

Mega hotel tempat menginap semasa di Miri.

Banyak pilihan untuk sarapan paginya.

Ada terdapat beberapa buah Taman Negara di sekitar Miri. Kami pilih yang paling dekat sekali. Taman Negara Bukit Lambir (TNBL). Terletak kira-kira 36 km dari Miri.
.

Ada chalet jika ingin menginap di sini.


Memang kami nak masuk ke taman negara ini.. Tapi.. tapi.. penjaga di situ nasihatkan jangan masuk kerana waktu ini musim hujan dan laluan masuknya 80% becak. Air terjun pun agak besar. Orang tempatan memang sudah maklum perkara tu. Patutlah sunyi sepi je tempat tu walaupun hari tu adalah hari Sabtu. Dalam kawasan TNBL ini ada terdapat satu telaga minyak di daratan selain yang ada di Canada Hill, bandar Miri. Khabarnya masih ada minyak yang keluar tapi sudah tidak digunakan lagi kerana ada laluan miyak bawah tanahya yang bersambung dengan telaga minyak di kawasan laut.  

Pasrah sajalah. Jadi kami masuk ke sini untuk membunuh sedikit waktu.

Laluan masuknya. Banyak ikan kat sungai bawah tu. Airnya pun jernih.

Keluar dari Taman Negara Bukit Lambir terus menuju ke Bekenu untuk makan tengah hari. Bekenu adalah sebuah pekan kecil dalam kawasan Majlis Daerah Subis. Jalan agak bagus tapi sikit beralun kerana kerja-kerja melebarkan jalan. 

Rumah panjang yang moden dan lebih tersusun.


Singgah sekejap di Simpang Bekenu sebab nampak ada semacam pasar tani kat situ. Sempat membeli beberapa biji durian dan buah bambangan. Buah bambangan ni isinya seakan buah bacang tapi teksturnya halus. Kulitnya tebal yakamat sebab tu dilonggokkan macam tu saja di atas tanah. Kalau nak mengopeknya terpaksa hiris dulu kulitnya dan kemudiannya boleh ditarik macam mengopek limau bali.

Durian kampung dan buah bambangan.

Singgah makan di Ratna Cafe pekan Bekenu yang terletak hampir 18 km dari Simpang Bekenu.

Nasi lalapan yang sedap.

Seterusnya kami nak ke pantai Tusan. Banyak orang menjual durian di sepanjang jalan menuju ke sana. Tertarik dengan durian yang isinya warna oren. Member kata namanya durian daun.


Singgah di Pantai Tusan. Apa yang ada kat pantai ni... Tarikan utamanya ialah batu seakan kepala kuda yang sedang minum air. Pantainya tak begitu cantik dan kedudukannya agak jauh ke bawah dari tebing. Tak ramai yang turun ke bawah kecuali anak-anak muda. Tak ada jalan khas untuk turun ke bawah. Pandai-pandailah macam mana nak turun.

Pantai Tusan.

Tebingnya tinggi dah macam kat Twelve Apostle Melbourne.


Ada paraglider nak terbang tapi angin pulak tak ada. Bungkus semula dan terus balik.

Runtuhan yang agak teruk di tebing.

Kepala kuda kat hujung sana tu.

Perjalanan diteruskan ke Pantai Luak. Cadang nak tunggu hingga sunset di sini. Jadi sebelum tu cuba nak cari masjid tapi kebanyakannya jauh ke dalam kampung. Susah nak jumpa yang di tepi jalan besar. Nasib baik ada satu masjid besar tidak jauh dari Pantai Luak. 

Menikmati buah durian daun dan buah bambangan di Pantai Luak.

Pantainya pun tak berapa cantik. PD jauh lebih menarik.




Sunset di Pantai Luak.

Kalau ke Miri wajib singgah di Tamu Muhibbah atau pasar kalau di semenanjung. Lokasinya tidak jauh dari stesyen bas bandar Miri. Keadaanya pun bersih dan tersusun. Di sini kita boleh jumpa banyak buah-buah yang jarang kita jumpa seperti buah dabai, bambangan, buah terap dan lain-lain. Beras Bario juga ada banyak dijual di sini.





Beras Bario.

Singgah juga di Canada Hill tempat pertama minyak dijumpai di Miri. Kedudukannya dalam kawasan bandar Miri. Di sini ada, tak tahulah sama ada tinggalan atau replika alat mengepam minyak yang digunakan suatu masa dulu. Juga terdapat sebuah muzium petroleum.

Pemandangan bandar Miri dari Canada Hill.







Tarikan lain di bandar Miri ialah Seahorse Lighthouse yang terletak di Marina Bay. Katanya tapak kawasan ini adalah kawasan tambakan dan dibina menganjur ke laut. Best rilek di sini kerana angin agak kuat dan ada banyak disediakan tempat duduk. Gerai menjual minuman dan makanan pun ada di sini.

Marina Bay.







Sebelum balik kita singgah dulu di Miri Handricraft Centre untuk mencari sedikit cenderamata dan buah tangan dari Miri. Lokasinya tidak jauh dari hotel penginapan kami. Semasa di Tamu Muhibbah sempat bertanya kepada peniaga di situ tentang kek lapis Sarawak yang femes tu. Katanya ada tiga kedai kek lapis di Miri iaitu Kedai kek Siti Payung, Habibi dan Embun Citra. Diaorang cadangkan Embun Citra. Kebetulah ada cawangan kedainya dalam kompleks Miri Handicraft Centre ini. Harganya sama seperti di kedai utamanya. Jadi kami beli saja di sini.



Kakak kedai Embun Citra yang cantik manis.

Kitaorang ada juga menyeberang ke Brunei DS tapi masa tu hujan seharian, jadi memang tak banyak tempat yang dapat kami pergi. Masa balik dari Brunei hampir terperangkap dalam banjir. Nasib baik dapat sampai sempadan sebelum jam sebelas malam. 

Apa yang bagusnya tol jambatan Sungai Baram sebanyak RM10 sehala sudah dimansuhkan. Satu lagi, kita sudah tidak perlu mengisi borang putih semasa di imigresen Brunei. Jadi sesiapa yang ke Miri bolehlah ambil kesempatan masuk ke Brunei.

26 comments:

  1. Cantik Miri.. Insya Allah nak sangat ke sana..

    ReplyDelete
  2. murah ke buah durian di sana..first time tengok durian kaler oren..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Durian di sini dijual harganya ikut saiz... takde timbang2 macam kat Semenanjung... kira murah jugalah... durian warna merah pun ada...

      Delete
  3. Replies
    1. Pada saya memang tak sedap... ada rasa macam tapai ubi... hehe

      Delete
  4. Replies
    1. Isinya macam buah bacang... tapi lebih halus teksturnya...

      Delete
  5. Tak pernah tengok buah bambangan, apa lagi merasanya. Sedap ke? Kalau macam buah bacang, pasti ia beraroma wangi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun kali pertama jumpa buah ni, saiz hampir sebesar bola takraw. Rasanya tak terlalu masam dan baunya tak sekuat bacang...

      TK singgah sini... kirim salam buat NA...

      Delete
  6. best jugak datang terkena time musim durian, dapat la merasa durian sana.

    masa saya ke Miri, tak sempat ke Pantai Tusan & TN Lambir...sempat ke TN Niah (tujuan utama saya ke Miri).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuma kat sana duriannya kurang variasi macam kat sini dan harganya pun tak mahal sangat. Kalau tahu tak boleh masuk ke TN Lambir kitaorang mungkin terus ke TN Niah... tak ada rezeki nampaknya...

      Delete
  7. Terliur tengok durian daun ni.Belum pernah jumpa lagi ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silalah ke Sarawak bila tiba musim durian nanti...

      Delete
  8. Oren betul warna durian tu...musim durian ke kat sana? Buah bambangan tu memang x pernah dengar... blh refer post ni kalau nak ke miri..manalah tau, satu hari tersesat ke miri dn brunei...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Durian tu warnanya je yang mengancam tapi kurang sodap... buah bambangan tu saya pun first time nampak...

      Delete
  9. Durian kuning tu sedaplah kak ada rasa lemak2x..akak dah terbiasa makan durian putih le tu..jgn marah...taste masing2x

    ReplyDelete
  10. buah2 yg disebut tu memang local fruit Sarwak dan Sabah tu...skrg memang tgh musim buah2 ni...

    ReplyDelete
  11. dalam list juga nak ke Miri eheh tapi entahla bila.. nak pergi JJCM atau mungkin lajak ke Brunei sekali. buah bambangan tu sodap tak PLM ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehlah plan ke sana sebab boleh masuk Brunei sekali... buah tu rasanya macam buah bacang.. sedikit masam..

      Delete
  12. KALO KE BRUNEI KENA PAKAI PASSPORT TAK ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ofkos lah kena guna pasport... dan kalau memandu sendiri kena isi borang bawa kenderaan yang boleh didapati di kaunter kastam Brunei di sempadan...

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...