Monday, June 11, 2018

Siem Reap Pt 1 - Portable wifi | Silk Farm | Restoran Halal | Night Market

Trip ini merupakan trip yang kurang dipersetujui OR pada mulanya. Katanya nak buat apa ke sana kalau cuma nak tengok Angkor tu. Tapi sebab kami belum pernah ke Kemboja dan kebetulan ada tiket murah jadi kami pergilah juga. 

Sebelum pergi kami telah berhubung dengan Nasir pemandu tuk-tuk untuk menyediakan itinerary buat kami. Siap pesan pada dia tak nak pergi ke tempat-tempat yang bukan-bukan. Jadi trip kami selama 4H3M agak longgar dan banyak waktu rehat. Setiap tengah  hari kami mesti balik ke hotel dan sempat tidur sebelum keluar semula.

Pejabat Roaming Man berada di kawasan berlepas. Tak perlu booking lebih awal.

Sekarang ini jika keluar negara kami lebih suka menyewa portable wifi berbanding membeli simcard untuk hand phone. Boleh digunakan secara berjemaah dengan data tanpa had. Liputannya pun sangat bagus. Sebelum ini kami menyewa dari Wiyo tapi yang lecehnya kena deposit sebanyak RM200 dan duitnya dikembalikan dengan cara dikredit ke dalam akaun dan mengambil masa beberapa hari.

Tak perlu deposit untuk menyewa portable wifi Roaming Man.

Penerbangan berlepas jam 6.45 pagi.

Siem Reap airport.

Penerbangan mengambil masa lebih kurang dua jam. Terpaksa menapak agak jauh di laluan tanpa bumbung untuk sampai ke bahagian imigresen. Kalau hujan memang masalah ni. Proses imigresennya pun agak lambat.

Jika ke Kemboja kita hanya perlu bawa duit USD saja. Langsung tak perlu tukar duit ke riel Cambodia. Boleh dikatakan semua urusan jual beli adalah dalam USD. Cuma jika kita berbelanja dan bakinya kurang dari USD1 barulah kita akan menerima duit riel. Langsung tak nampak duit syiling di sini. Nilai terendah duit kertasnya ialah 100 riel bersamaan sepuluh sen duit kita.

Boleh berfoto sesuka hati tanpa ada sesiapa yang menghalang macam di sesetengah airport.


Nasir sudah siap menunggu di luar pintu ketibaan.

Dari airport Nasir terus bawa kami ke Silk Farm kerana masih awal pagi. Lagipun tempatnya tidak begitu jauh dari airport. Menurut Nasir jalan untuk ke silk farm adalah jalan untuk menuju ke sempadan Thailand.

Pokok mulberry, daunnya sumber makanan untuk ulat sutera.


Tiada bayaran untuk masuk ke kawasan ini. Setiap kumpulan yang datang ke sini akan diiringi seorang pengiring yang akan menerangkan semua aktiviti yang dijalankan di sini. Tapi rasanya macam tak perlu sebab semua info telah disediakan. Dalam jalan-jalan tu sempat dia cakap gaji dia tetap tak macam penenun yang gajinya mengikut berapa banyak yang berjaya di tenun. Jadi faham-fahamlah sendiri maksud tersirat.

Kitaran hidup ulat sutera.

Kepompong.

Dikeringkan selepas di basuh.

Proses menghurai kepompong kepada benang. Pelik juga rasanya macam mana benang tu tak putus-putus

Benang yang sudah siap.

Mesin yang lebih besar. Mungkin pekerja mahir saja yang mengendalikan mesin ini.

Antara kain tenunan yang dihasilkan.

Cantik juga baju dari kepompong ni.

Antara produk yang dihasilkan. Tapi kami tak membeli pun di sini.





Dari silk farm Nasir bawa kami ke sini tapi kami tak berminat untuk singgah.

Sebelum check in hotel Nasir bawa kami makan Muslim Family Kitchen Restaurant. Lokasinya tidak jauh dari hotel penginapan kami. Banyak restoran halal di sepanjang jalan di kawasan penempatan Melayu Champa ini.  

Restorannya agak besar. Di bahagian belakangnya ada kedai menjual barangan cenderamata.

Antara menu popular di sini ialah lembu naik bukit. Dimasak di atas meja berhampiran tempat duduk kita sebelum dihidangkan.

Menu makan tengah hari kami. 

Masjid yang agak besar terletak berhampiran.

Selesai makan Nasir bawa kami ke kawasan pasar malam. Tapi masih agak awal lagi. Lokasinya sangat dekat dengan hotel penginapan kami. Jadi setiap malam kami meronda di sini. Di kawasan tapak pasar malam ini terdapt banyak kedai yang menjual ice cream roll. Pelbagai perisa boleh dipilih.

Proses membuat ice cream roll.

Sabar menunggu giliran.

Buah-buahan asli digunakan.

Free topping. Letak seberapa banyak yang kita suka.

Habis di kawasan pasar malam barulah kami check in hotel. Memang petang tu kami tidur lena sebab ja 3.30 pagi tadi kami dah keluar ke airport. Janji dengan Nasir untuk ambil kami pada jam enam petang untuk makan malam.

Malam ini kami ke restoran yang lain pula iaitu ke Muslim Family Restaurant yang terletak dalam kawasan masjid An Nekmah. Pemiliknya Tuan Haji Musa.



Antara menunya.

Semua dalam USD.

Ke pasar malam lagi. Suasana malam agak lebih merah. Pasar malam di sini agak berlainan kerana semua jualannya terletak di dalam kedai bukan di atas jalanraya seperti dikebanyakan tempat. Jadi agak selesa untuk bergerak.


Kawasan pub street. Tidak bising sangat seperti di Patong kerana band muzik terletak di tingkat atas. Bahagian bawah cuma banyak cafe.

Kawasan ini ramai pelancong barat.

17 comments:

  1. Salam, nama saya afif. Nak tanya, ada contact number Nasir tu tak sebab akan ke sini juga nanti. Lepas tu, boleh tau tidur dekat hotel mana sebab blur nak pilih hotel yang sesuai. Thank you tuan untuk respond

    ReplyDelete
  2. Luar biasa... Restoran halal number 1 paling penting...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang banyak pilihan restoran makanan halal di Siem Reap sekarang ni.. Kfc halal pun ada...

      Delete
  3. cantik produk dari sutera Kemboja...

    ReplyDelete
  4. kalo MamiZ pun diajak ke Kemboja mesti dia bising jugak macam acik OR.. samala each time nak ajak pegi mana2 mesti tnya nak tengok apa ? nak buat apa ? ahaha macamla.. tapi kalo da pegi sama2 excited hihi..

    jalan2 santai ni seronok.. tak terkejar2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula-mula memang macam tu tapi bila dah sampai seronok je... janji dapat jalan2 dan nyoping...

      Delete
  5. btw PLM.. singgah siap2 yaa ucap selamat hari raya maaf zahir batin. hati2 dijalan raya. kalau ada open house tu jangan lupa jemput =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. SHR dan MZB juga dari saya... rumah memang hari-hari open... hehe

      Delete
  6. Menarik juga.aiskrim gulung tu memang bay belah Sana kan.

    ReplyDelete
  7. Terima kasih kerana beri info tentang portable wifi. Berapa kena bayar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga tak tentu... biasanya di bawah RM20 untuk sehari. Kalau ada offer harganya lebih murah. Kalau digunakan beramai2 memang berbaloi kita sewa portable wifi ni...

      Delete
  8. Salam, Penggunaan wifi ni bagus ke coverage di Kemboja?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada saya sangat bagus... sebab dia akan ambil isyarat telekomunikasi yang terbaik di sesuatu tempat..

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...