Hari ini adalah ketiga kami di Sapporo sebelum berlepas ke Tokyo esok harinya. Kalau ke Sapporo masa musim bersalji ini rugilah kalau kita tak mencuba untuk bermain ski. Ada banyak tempat untuk bermain ski di sekitar Pulau Hokkaido ini. Dalam banyak tempat itu kami memlih untuk pergi ke kawasan ski yang paling dekat sekali dari Sapporo iaitu Bankei Ski Area.
Keluar dari hotel dalam jam sembilan pagi. Sempat menyinggah dulu kat tepi sungai yang beku ini. Nampak cantik pulak kerana semalamnya belum beku sangat dan ada beberapa ekor itik yang masih boleh berenang-renang mencari makan.
Menebeng sekejap d sini.
Dari Nakajima Koen kami bergerak ke stesyen Odori. Dari stesyen Odori tukar subway Tozai line dan berhenti di stesyen Maruyama Koen. Di stesyen Maruyama Koen ambil exit 2 untuk ke stesyen bas. Bas untuk ke Bankei ski area ada di bus stop nombor 4. Sementara bas datang kita boleh tunggu dalam ruang besar bercermin supaya tidak kebekuan di luar. Ada juga bas lain yang berhenti di tiang yang sama tapi bas untuk ke Bankei ada tulisan Ban K. Jadi tak perlu risau. Tambangnya 210 yen dan ambil masa lebih kurang lima belas minit saja unuk sampai.
Jadual perjalanan bas
Bas untuk ke Bankei Ski Area.
Bas akan berhenti di sini.
Tangga untuk naik ke tempat kaunter penyewaan.
Yokoso...
Salji memutih yang menyilaukan. Elok bawa spek hitam jika ke sini.
Ada bermacam pakej yang di sediakan di sini. Kitaorang ambil pakej paling basic berharga 3000 yen (RM110) seorang untuk tempoh dua jam. Kalau setakat untuk berlegar di bahagian bawah tak perlu sewa barang-barang kelengkapan lain. Bayaran 3000 yen itu sudah termasuk ski equipment, kasut but dan tongkatnya sekali.
Di sini kita perlu mengisi borang untuk pakej yang diperlukan dan juga saiz kasut but yang dikehendaki. Ada pekerja yang yang melayan kita jika kurang faham.
Senarai harga.
Buat bayaran dan tunggu giliran untuk mengambil kelengkapan yang sudah di pesan. Pekerja onnano hito ini seronok bila kita beritahu sudah ke Asahiyama zoo di Asahikawa kerana dia berasal dari sana.
Tengok tu sungguh-sungguh dia tolong pakaikan but yang memang susah betul nak masukkan kaki.
Tempat ambil ski equipment dan snowboard.
OK ready...
Berfoto dulu sebelum jatuh macam nangka busuk.
Bergerak ke tak tu...
Salji mulai turun... agak lebat juga. Pakai seluar track je pulak tu. Tapi dalam ada seluar lain.
Kalau yang pro bolehlah naik ke atas dengan chair lift ini.
Taklah sejuk mana... siap buka baju lagi.
Cukup masa dan masing-masing dah puas hati kitaorang pulangkan semua equipment. Di sini tak ada tempat makan yang sesuai dan kami pun tak bawa bekalan. Waktu pun dah hampir jam dua petang. Perut dah mula rasa kelaparan. Salji pun tak henti-henti turun.
Lagak kembara solo kononnya.
teringin pula nak main ski bila tengok gambar2 nih
ReplyDeleteminta2 lah ada rezeki
Insya Allah suatu hari nanti...
Deletedoakan yer :)
Deletewahh..bestnya, 2 jam pun ok...cantik pemandangan disini - black & white..
ReplyDeleteMemang cukup tu dua jam tu... sangat memenatkan sebab tak biasa...
DeletePLM !!!!! okay jeles hahaha.. tapi time kami pergi memang semua apa pun tak mula lagi jadi tak dapatlah nak mencuba macam2. tapi CT tak brani main ski ni takot tergolek2 sakan sbb ade history backbone tak stabil hahaha.. dapat main snow pun dah suka habis da.
ReplyDeleteBukan ke masa Disember snow dah tebal... main ski ni susah nak jatuh sebenarnya lainlah skateboard sebab dua2 kaki melekat pada papan sekeping tu...
DeleteJeles tengok gambar-gambar tu..
ReplyDeleteJeles juga sebab en Din akan bercuti panjang di Jepun...
Deletebestnyaa. tringin nak ke oversea jugak. harapnya sempat la sampai :D
ReplyDeletejemput join segmen Azah :)
http://www.azahrahaman.com/2018/03/segmenazahrahaman-aku-seorang-blogger.html
Kenapa pulak tak sempat... ambil sikit masa untuk layan diri sendiri...
Deletewahhhhh bestnyaaa nak main salji jugakk T_T
ReplyDeletefollow sini #460