Untuk makan tengah hari kami bercadang nak makan di Warung Jawa yang terletak berhampiran kawasan Masjid Sapporo. Jadi selepas makan nanti bolehlah singgah sekali ke Masjid. Jadi dapatlah kami balik lewat sikit ke hotel.
Dari stesyen Maruyama kami terus bergerak semula ke stesyen Odori dan bertukar ke Namboku line untuk ke Masjid Sapporo. Stesyen terhampir dengan masjid ialah Kitajunijo.
Mosuku atau Masujido berhampiran Universiti Hokkaido.
Lokasi Masjid Sapporo.
Warung Jawa terletak di aras bawah tanah bangunan ini. Lokasi bangunan ini adalah sebaris dengan Masjid Sapporo.
Kedudukannya agak tersorok.
Puan Widya pemilik restoran ini. Peramah orangnya.
Di sini ada juga dijual daging halal.
Cuma itulah saja menu yang ada untuk hari ini.
Bahagian dalamnya.
Pelanggan lain yang datang selepas kami.
Nasi kambing.
Nasi campur segera yang ringkas.
Ada bangunan kosong di sebelah masjid. Hendak dibeli oleh pihak masjid tapi tak mendapat kelulusan.
Kebetulan semasa kami sampai di sana hampir masuk waktu asar. Ada terjumpa beberapa orang pelajar Malaysia yang sedang menuntut di University of Hokkaido. Diaorang ada juga bertanya pengalaman kami semasa musim sejuk ini di Sapporo. Kami jawab ok saja malah seronok. Diaorang beritahu ada kes pelancong berusia dari Malaysia yang pada hari pertama sampai dah terjatuh dan patah tulang, Jadi untuk mengelakkan kos perubatan yang tinggi di Jepun terpaksa balik ke Malaysia pada hari berikutnya.
Tempat berwuduk.
Ruang yang boleh mengisi tak sampai seratus orang jemaah.
Pemuda ini mempunyai iras rupa orang Jepun walaupun mempunyai darah campuran. Bapanya berasal dari Bangladesh dan ibunya orang Jepun. Dilahir dan dibesarkan di Bangladesh. Belum lama menetap di Sapporo. Bahasa Jepunnya pun masih belum lancar dan sedang mendalami ilmu agama.
Masih mengumpul dana untuk tujuan pembesaran dan penambahbaikan.
Semoga suatu hari nanti Masjid Sapporo mendapat tapak yang lebih besar.
Kedai kebab dan piza berhampiran kawasan masjid.
Dari sini kami terus pulang ke hotel walaupun hari masih cerah. Agak letih kerana banyak berjalan pada hari ini. Lagipun banyak barang yang perlu dikemaskan kerana kami akan keluar pada awal pagi esok untuk ke Tokyo.
masjid tu sekali tengok macam kedai2 biasa saja, kena perati betul2 takut tak perasan kan
ReplyDeleteMasjid tu mungkin sementara saja sebelum dapat tapak yang lebih besar...
Deletenasi campur ngak ada sayur...dua2 nasi tu nmpk sedap..
ReplyDeletesyiar Islam di Sapporo..semoga dpt kawasan yg lebih luas..
Nasi campur segera tu... tempe pun macam jenis dah siap goreng awal2...
DeleteMasjid sedang mengumpul dana sekarang ni...
No need to worry dah if travel mane-mane negara mostly ada masjid kena rajin survey je...
ReplyDeleteYa betul tu... bilik solat pun dah banyak sekarang ni..
DeleteMenarik sekali trip yg ini. Mujur ada nasi & lauk yg halal walaupun menunya tak banyak.
ReplyDeleteMasjidpun cantik. Semoga ia bertambah besar & bertambah ramai orang Islam di sana. Berjumpa dengan pemuda kacukan Jepun & Bangladesh tu pun pasti jadi satu kenangan yg istimewa.
Sebenarnya ada makanan Jepun halal tapi tekak susah nak terima. Masjid tu sedang mengumpul dana untuk penambahbaikan. Ada bangunan kosong 3 tingkat di sebelahnya yang mahu dibeli oleh pihak masjid...
Delete