Monday, May 12, 2014

Busan dan Jeju : Part 8 - Busan Tower

Dari Gamcheon Cultural Village kami ambil teksi untuk ke Yongdusan Park. Tambangnya 4 ribu won saja. Kenderaan tidak boleh naik ke atas, kecuali bas pelancong. Kenalah menapak sikit tapi tempatnya tidaklah tinggi mana. Cuaca hari ini pun sangatlah cantik, cerah tapi tidak panas.

Jalan menuju ke Busan Tower.

Pemandangan dari bawah.

Pintu masuk ke Tower.



Ketinggian Busan tower ini ialah 118 meter. Di bahagian atasnya terdapat cafĂ© dan observation deck. Menara ini tidak ada alat pemancar radio dan telekomunikasi seperti kebanyakan menara lainnya.

Dalam kompleks ini ada kedai cenderamata,

Feeling ada makwe Korea.


Sama macam kat Namsan Tower. Ada je benda-benda ni.

Gamcheon Village juga jelas kelihatan dari sini.


Ramai betul pelancong warga tempatan kat sini.


Cherry blossom hampir nak meriah kat sini.




Kita orang tak naik pun tower tu, cuma ronda-ronda kat bawah. Pemandangan di sekitar Yongdusan Park ni agak menarik. Banyak pokok cherry blossom yang sudah mula berkembang bunganya. OK lah jom turun...



Turun melalui jalan lain.

Escalator ini terletak di penghujung kawasan Gukje market. Terserempak dengan tiga orang student UIAM yang sedang bercuti semester.


Jalan terus je akan sampailah di kawasan Gukje market.

Sempat singgah lagi di Gukje market untuk menghabiskan saki baki duit won. Esoknya dah nak balik, memang tak sempat untuk ke sini lagi. Selesai acara menyoping kami terus balik ke hotel untuk berehat sekejap dan menyambung untuk ke destinasi terakhir pada petangnya. Memang tak sempat nak melawat pantai-pantai yang ada di Busan ni.

28 comments:

  1. Nasibb aik PLM tak naik Busan Tower tu coz view siang tak ohsem
    Berapa hari PLM di Busan..esok dh nak balik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah JM tapi malas pulak rasanya nak ke sana pada waktu malam... Saya di di Busan cuma 3H2M saja...

      Delete
  2. orang korea ni asal ada tempat lomantik sket je mesti nak kunci-kunci hati kat situ...hehehe amboi JM banyak tnya tu, dia nakpi busan la nanti tu....heheeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehlah nanti JM dan DJ pergi Busan dan Jeju sesama...

      Delete
    2. JM dan DJ mesti dah sampai takala saya baca blog di sini..kikiki

      Delete
    3. abe MKL...JM dah 2 kali repeat Busan Tower tu...maybe kali ke 3 dh tak masuk dalam itie -:)

      Delete
    4. Asyik ke Koya je JM... gi Bromo pun best jugak...

      Delete
  3. satu hari nanti saya pun nak gi kunci hati kat busan tower tuuu.... ihikkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya tak payahlah SR... sebab macam kerja merapu je semuanya ni. Tapi kalau SR nak ke Busan memang saya rekomen...

      Delete
  4. Busan tower.. huhuu.. tetiba saya rasa nak naik KL Tower yang tak pernah naik tu hahahaha :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Afif belum naik KL Tower... kenalah naik sekali... cantik pemandangan dari atas tu...

      Delete
  5. Suka bebenor orang Korea kunci-kunci ni ye. Asal ada tiang je kunci he he he....Kalau saya ke sana, saya kena kunci jugak ke?

    Amboi makwe Korea tu cun habis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya tak payahlah kita ikut cara dia orang kan NA... Kita kunci dalam hati je...

      Haah makwe Korea tu memang cun habis... tapi ramai sangat pakwenya... hehe

      Delete
    2. ehem..ehem..abe MKL nk risik sorang ke

      Delete
  6. kertas bentuk "LOVE" dipasang berderet-deret apa tujuannya Pak Mie ? Pak Mie ada simpan kertas LOVE di sana ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernyataan cintalah tu mas Gunadi. Kita tak perlulah terikut-ikut budaya mereka... tapi kalau cuma nak suka-suka mungkin OK kot...

      Delete
  7. Kau kunci cintaku dalam hatimu ajelah PLM.... org korea kan sentimental lebih sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Cheq Sue... kunci dalam hati lagi kuat... dan tak berkarat macam mangga-mangga tu... heheh

      Delete
  8. Suka view photo yg first tu...pokok2 takde daun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sementara je... bila tiba musim panas lebat baliklah daunnya tu...

      Delete
  9. orang korea nie memang romantik kot..semua tempat nak dikunci hati dengan mangga! hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan lebih baik kunci dalam hati... taklah berkarat nanti...hehe

      Delete
  10. pesan kat anak lanang tu Mie.jgn carik awek korea..jenuh nak mndukongnyer nanti

    ReplyDelete
  11. JOm umrah

    Panduan Perbelanjaan UMRAH PERSENDIRIAN


    Umrah Persendirian sangatlah jimat kosnya. Cuba amati perbelanjaan sebenar seramai 6 orang sekeluaga di bawah yang telah menunaikan umrah secara persendirian dari 19 mei 2014 hingga 1 jun2014:

    Salam buat semua sahabat....


    Terlalu banyak untuk diceritakan... Terlalu manis untuk dikenang... Saya bersyukur padaNya kerana manjadikan saya sekeluarga tetamuNya... Insya Allah... Saya berharap agar saya dapat menjejakkan kaki sekali lagi ke Tanah Suci... Amien YRA...

    Seperti yang dijanjikan... Berikut adalah butiran lengkap perbelanjaan saya sekeluarga di Tanah Suci...


    Kos Bersih Per pax MYR2796.34



    Mudahan sedikit sebanyak dapat membantu dan memberi manfaat pada semua... Insya Allah.

    Sumber
    1. http://bicarathtl.forumms.net/t2506p60-semakan55-sunnah-nabi#26854
    2. http://iqbalsafwan.com/air-asia-ke-jeddah-peluang-umrah-tambang-murah/
    3. http://umrahsertaziarah.blogspot.com/2014/03/bagaimana-umrah-persendirian-boleh.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQVM infonya...boleh di cuba ni. Saya pergi sekeluarga ikut pakej hampir RM6K/pax...

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...