Thursday, November 20, 2014

Trip Jawa Tengah 4 - Masjid-masjid Sekitar Semarang

Masjid Agung

Selesai lawatan di Lawang Sewu, seterusnya Nizam bawa kami untuk melawat masjid-masjid pula. Sebelum itu kami makan tengah hari dulu di sebuah restoran makanan Padang. Kat sini kami siap-siap pilih lauk yang hendak dimakan saja, jadi tak payahlah dia orang hantar berpiring-piring lauk macam kebiasaannya.

 Pintu masuk utama ke kawasan Masjid Agung.


Sedikit info mengenai Masjid Agung ini:

Masjid ini siap di bina keseluruhannya pada tahun 2006 di atas kawasan seluas 10 hektar. Luas kawasan untuk solat hampir 8000 meter persegi dan belanja pembinaannya hampir 200 billion rupiah. Mempunyai empat menara setinggi 62 meter setiap satunya dan sebuah menara terpisah dari bangunan masjid setinggi 99 meter. Di kawasan serambi masjid ini dilengkapi dengan enam payung elektrik besar setinggi 20 meter bergarispusat 16 meter. Payung ini dibuka pada masa solat Jumaat, Hari Raya Eidul Fitri dan Eidul Adha dengan keadaan angin tidak melebihi 200 notika.

Masjid ini juga berfungsi sebagai objek pelancungan keagamaan. Terdapat sebuah bangunan yang mempunyai 23 bilik untuk disewakan bagi mereka yang ingin menginap di sini.

Batu tanda perasmian masjid ini oleh Presiden Indonesia waktu itu, Susilo Bambang Yudoyono.

Mempunyai bumbung limas, ciri khas bangunan Jawa.

Kubah besar di atasnya bergarispusat 20 meter.

Menara Asmaul Husna setinggi 99 meter.

Tiang-tiang dengan senibina Rome colloseum..

Masjid ini boleh menampung hingga 10 ribu jemaah.


Kami tidak dapat naik menara ini kerana baru saja sampai waktu rehat semasa tiba di sini. Tak boleh nak tunggu lama kerana ada beberapa tempat lagi kami nak pergi. Di bahagian bawah menara ini terdapat sebuah studio untuk radio dakwah Islam. Di aras 2 dan 3 digunakan sebagai Muzium Kebudayaan Islam. Di aras 18 pula terdapat sebuah café yang berpusing 360 darjah. Aras 19 adalah untuk kawasan tinjau yang dilengkapi dengan lima teropong untuk melihat sekitar kota Semarang. Menara ini juga digunakan untuk melihat anak bulan bagi menentukan awal bulan Ramadan.

Kedai-kedai cenderamata dalam kawasan masjid ini.


Masjid Demak

Memasuki kawsan kota Demak yang juga dikenali sebagai Kota Wali.

Destinasi seterusnya ialah kota Demak yang terletak kira-kira 25 km dari Semarang. Di sini terdapat sebuah masjid antara yang tertua di Indonesia iaitu Masjid Agung Demak. Masjid ini pernah menjadi tempat berkumpulnya para wali untuk menyebarkan agama Islam di Jawa yang dikenali sebagai wali songo (Wali Sembilan). Didirikan oleh Raden Patah iaitu raja pertama bagi Kesultanan Demak pada abad ke 15 masehi.

Masjid Agung Demak, salah satu masjid pelancungan keagamaan.

Di dalam kompleks Masjid ini terdapat beberapa makam raja-raja kesultan Demak dan pengikutnya. Di laluan keluar melalui kawasan belakang masjid ini terdapat banyak kedai-kedai cenderamata yang berkaitan dengan keagamaan.

Sebelum masuk Nizam sudah berpesan supaya jangan membeli buku-buku yang ditawarkan oleh individu di dalam kawasan masjid kerana ianya adalah untuk kepentingan pribadi bukan untuk masjid. Begitu juga dengan pemungut wang derma yang kononnya untuk masjid. Nizam beritahu, hanya beri derma kepada kakitangan khas yang merekodkan derma yang kita serahkan. Tetapi ketidakjujuran ada di mana-mana sekalipun di kawasan yang dianggap suci seperti masjid. Tapi tak perlulah saya ceritakan kat sini.

Peminta sedekah juga ramai di sini. Jika berhajat untuk bersedekah kepada yang kita nampak orang itu sangat memerlukan, pandai-pandailah nak bagi. Jika ternampak yang lain bersiaplah untuk kena serbu.

Empat tiang utama di kawasan solat yang diperbuat daripada kayu. Masjid ini dicalunkan sebagai tapak warisan UNESCO pada tahun 1995.

Muzium mengenai sejarah Masjid ini.

Masjid Sunan Kalijaga

Masjid terakhir yang kami siggahi ialah Masjid Sunan Kalijaga yang terletak di Kadilangu, Demak. Masjid ini juga merupakan satu lagi masjid untuk pelancungan keagamaan. Banyak kedai cenderamata di kiri kanan sepanjang laluan masuk utama ke kawasan masjid ini.

Pintu masuk utama laluan ke Masjid.

Masjid ini terletak 1.5 km dari masjid Agung Demak. Serambi di hadapan adalah bangunan tambahan.

Kanak-kanak pelajar tahfiz di sekolah yang terletak bersebelahan.

 Antara foto tokoh-tokoh agama yang dijual di sini. Gus Dur pun ada?

28 comments:

  1. en mie, citer la apa kes ketidakjujuran di masjid tu, leh jadi pedoman kalo ke sana nanti....

    wah menariknya masjid agung semarang tuu..haish bila nak smpai nih....dah lama teringin nakpi, belum ada rezeki lagi... =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok kena citer ke... Masa kat situ saya nak bagi sumbangan Rp50K... siap dah tulis kat buku rekod... tapi bila tengok dompet yang ada cuma Rp100K... jadi saya nak betulkan jumlah kat buku rekod tu... penjaga tu kata jangan...dan duit sumbangan tu dipegangnya... tidak dimasukkan ke dalam lubang yang ada kat meja tu...jadinya saya sudah tahu maksud yang tersirat...

      Agak menarik Masjid Agung Semarang tu... kalau boleh sampai di situ sebelum jam 12.30pm sebab nanti tak dapat naik menara tinjaunya... dibuka semula pada jam 2.00pm...

      Delete
    2. mmm.. mana2 pun ade kes macam ni... menyedihkan..

      Delete
    3. Nak buat camna...kira sedekah aje lah...

      Delete
  2. Masjid Agung tu bagus betul..selain tempat solat, ada mcm2 tarikan lain utk pelancong - muzium, cafe, menara tinjau, stesen radio...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah nohas, macam-macam ada... sepatutnya kat negara kita pun ada masjid yang semacam itu...

      Delete
  3. Trip religi rupanya hari ini Pak Mie. DI Jawa Tengah ini rupanya selain candi banyak, Mesjid juga banyak. Saya belum pernah ke mesjid Demak itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya mas Gunadi... tapi bukanlah trip religi sangat kerana kami singgah sekejap saja... cuma sempat solat jamak di Masjid Agung Demak...

      Delete
  4. Replies
    1. Bangunan induknya agak tipikal dengan banyak masjid di sini... tapi yang menariknya ialah payung gergasi itu yang menyerupai payung yang ada di Masjid Nabawi di Madinah...

      Delete
  5. Replies
    1. Betul tu en Din sebab kami cuma ada sehari saja di Semarang dan sebelah petangnya akan bertolak ke Magelang...

      Delete
  6. cantik cantik masjid kat situ. especially Masjid Agung Jawa Tengah tuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang agak unik dan lawa. GB and the gang tak ke Semarang ke...

      Delete
    2. Tak gi Semarang haritu. Maybe next time. Soon. eh? Hihihi!!!

      Delete
    3. Dapat flight terus ke Semarang pun best juga...boleh ke Pulau Karimunjawa sekali...

      Delete
  7. Subahanallah... agung sungguh reka bentuk masjid-masjid di sana..kalau dpt solat 2rakaat sunat setiap masjid tu kan best ..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Afif, tapi kami hanya sempat bersolat di Masjid Agung Demak saja...

      Delete
  8. Masjid Agung...sangat sesuai nama di beri kerana kos pembinaan yg tinggi dan sgt cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kiranya Masjid Agung ni masjid terbesar di Semarang JM dan memang dibina khas untuk menarik kunjungan pelancung selain kegunaan masyrakat setempat... sebab tu banyak kedai souvenirs...

      Delete
  9. X jujurla gitu..ambik masok poket sendiri...:( mmg masjid2 ni dlm satu kwsan ya? Masjid agung tu cnyik sungguh... siap ada payong letrik mcm kt madinah pula...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitulah... berlaku kat masjid dan mata kita sendiri lagi... Memang cantik Masjid Agung tu... next trip Fari bolehlah ke Jawa Tengah pulak...

      Delete
  10. Terima kasih, ats perkongsian ini. Seronok sy baca. Semoga dpt jejak kaki ke sana juga suatu hari nanti. InsyaAllah :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah...satu hari nanti tentu SMS boleh sampai di sana... TQ bertandang ke sini...

      Delete
  11. pernah CT terbaca satu artikel.. bagusnya indonesia ni sebab islam sangat dan masih terpelihara kat sana. bagusnyaa semoga orang oran sana sentiasa dirahmati. masjid besar besar and masjid agung tu cantik.. bajet ada kat rome seketika behehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullah tu CT... tapi pengaruh hindu masih ada dalam kehidupan seharian mengikut kata seorang pemandu arah semasa melawat kraton di sana... istilah yang digunakan untuk golongan ini di panggil Islam kejawen... begitulah...

      Delete
  12. Selalu simpan niat bila nak berjalan gi memana mesti akan singgah masjid kat tempat tu. Masjid Agung tu menarik minat sungguh. Pandai diorang rancang, macam2 ada kat masjid tu kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun macam tu... Bie bolehlah bincang2 dengan DJ... khabarnya dia pun berminat nak ke Semarang...hehe

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...