Tuesday, June 24, 2014

Sydney and Melbourne Part 8 - Victoria Market, Swanston Street dan makan-makan.

Dari Federation Square kami bergerak ke hadapan Flinders station untuk menaiki city circle tram yang bernombor 35. Perkhidmatannya adalah percuma. Tapi tramnya agak buruk berbanding tram lain yang berbayar. Laluannya ialah dari kedua-dua arah. Jadi pilih saja laluan terdekat untuk ke sesuatu destinasi kerana ianya bergerak secara pusingan. Untuk ke Victoria market bolehlah turun di persimpangan La Trobe street dan William Street.

Peta laluan City Circle tram no 35.

City circle tram yang sangat antik, agak bergegar dan sentiasa padat dengan penumpang.

Banyak pokok berdaun seperti ini di sepanjang jalan menuju ke Victoria Market.

Macam-macam ada di Victoria Market ni.

Sampai di kawasan Victoria Market.

Kedai pertama yang disinggahi.

Di kedai ini kami ternampak satu kad prepaid Lebara yang boleh dikatakan agak murah. Boleh digunakan untuk berbual dan berinternet. Jadi untuk tempoh empat hari boleh kami berinternet secara bebas walau di mana. Lebih-lebih lagi kerana kami ada dua trip keluar bandar Melbourne. Kalau tak ada internet memang terasa macam terputus dengan dunia luar. Kami beli satu kad saja dan jadikan salah satu handphone sebagai hub dan bolehlah selepas itu berinternet secara berjemaah. Harganya pun cuma AU$10 saja. Fuhh... memang terbaik.

Kad SIM prepaid Lebara... berbaloi-baloi...

Antara kedai yang ada di sini.

Buah-buahan pun ada.

Peniaga di kawasan terbuka.

Salah satu bag yang dah padat dengan hasil tangkapan.

Entah kenapa tidak banyak foto yang diambil semasa di sini, mungkin sebab leka dengan aktiviti shopping. Harga souvenir rasanya lebih murah di sini berbanding dengan di Paddy's Market, Sydney. Cuma keadaannya agak tidak begitu kemas dan ada setengahnya berniaga di luar.

Balik dari QVM sempat singgah di kedai my Chemist yang terletak di hadapan hotel. Masa tu tengah ada jualan berbagai jenis minyak wangi. Harga boleh dikatakan agak murah berbanding di tempat kita.

Ada dua kedai my Chemist yang terletak berdekatan.

Banyaknya pilihan winyak wangi di sini...

Pilih... jangan tak pilih.

Hasil tuaian...

Selesai sesi menyambar minyak wangi, kami balik dulu ke hotel untuk mengendurkan urat kaki. Oleh kerana waktu malam yang cepat, kewajipan perlu dibereskan dulu sebelum keluar semula ke Federation Square untuk mencari bahan mengisi perut. 



Agak ramai orang di kawasan gerai makanan.

Gerai nasi briyani Zamzam.

Cuma ini yang tinggal. Lauk pun dah habis. Jadi kami cuma ambil sepinggan untuk dikongsikan.


Gerai sate paling menjadi tumpuan.

Sebenarnya kami dah agak terlewat ke sini dan makanan sudah banyak yang habis. Selepas itu meronda pulak di Swanston Street. Terjumpa dengan bunga-bunga hiasan seperti di bawah ini. Nampak macam bunga, tapi seakan-akan spesis sayur-sayuran. Tapi memang cantik.


Dari sini kami naik tram dan cuba menjejaki Restoran Norsiah's Kitchen yang terkenal di kalangan pelancong Malaysia. Hingga sampai di perhentian terakhir iaitu University of Melbourne, kami tak nampak pun restorannya sebab hari sudah mulai gelap. Nasib baik si bobyguard sudah download aplikasi peta yang boleh digunakan secara offline. Dari situ baru kami perasan yang kita orang sudah terlepas satu stesyen rupanya.

Jalan yang paling banyak dilalui tram di Melbourne, Swanston Street.

Perhentian terakhir iaitu di University of Melbourne.

Jadi dari perhentian terakhir kami cuba berjalan saja untuk mencari lokasinya. Pada waktu itu jam menunjukkan pukul 5.30 petang tapi keadaan sudah pun gelap. Tapi restorannya ditutup. Nampak macam sudah tidak beroperasi kerana bangku dan mejanya agak tidak tersusun dan pintunya dirantai. Entahlah mungkin secara kebetulan...


Kami naik semula tram dan turun di Melbourne Central Station untuk ke Nelayan Indonesian Restaurant. Ternampak pulak bangunan state library yang cantik ini. Sempatlah snap satu dua foto.




Akhirnya dapat juga tempat yang sesuai untuk mengisi perut, sebuah restoran Indonesia. Mula-mula nak makan nasi campur saja, tapi pelayan menawarkan untuk makan nasi ayam penyek. Kami OK je sebab memang sudah beberapa hari tak jumpa nasi. Porsinya pun agak besar, whole leg chicken dan juga rendang lembu.

Keseluruhan harganya termasuk minuman ialah AU$48. 

Dari sini kami terus balik ke hotel dengan menapak saja. Tak jauh mana pun, lebih kurang satu kilometer. Kami perlu balik cepat untuk berehat kerana keesokan paginya trip ke Great Ocean Road akan bermula jam lapan pagi dan pulang hingga lewat malam.

33 comments:

  1. 1 km jln kaki boleh kot sbb sejuk klau msia 1 km Jm x sanggup syg lemak2 yg ade ni
    Byk pulak restaurant hakal kat sana kan sediakan duit je
    Ohhh kat sini rupanya PLM beli souviner tuk kami, terima kasihPLM
    Byk nye beli parfume murah sgtlah tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makanan memang tak jadi masalah sangat kat Melbourne... souvenir pulak banyak kat Victoria market....

      Memang agak murah perfume jika dibandingkan kat tempat kita... lagipun tengah offer...

      Delete
  2. Cari restoran zam-zam tak jumpa...asik makan dkt restoran nelayan ja...cepat nya PLM update blog...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak pergi ke Zamzam tu... tapi kalau ikut makanan yang saya makan masa kat Federation Square tu... takdelah sedap sangat...

      Kena cepat update... sebab minggu depan dah puasa... memang akan lambatlah jadinya. Lemau pulak nanti...

      Delete
  3. Replies
    1. Sangat menarik Ann... nanti bolehlah ke sana...

      Delete
  4. Fiesta Malaysia tu dapat makan free ke? hehe

    Bestnya makan Nasi ayam penyet kat Melbourne.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde mananya free Jea... bayar lagi mahal adala... sebab student yang buat... nak isi tabung kebajikan agaknya...

      Delete
  5. Seronok tengok Mie dan keluarga bergembira di Melbourne dan shopping sakan :)

    Sebenarnya barang-barang di Victoria Market mahal sebab itu tempat pelancong. Ada lagi pasar yang macam Victoria Market ini tetapi di tempat lain seperti di Dandenong dan Springvale yang jauh lebih murah. Pasar-pasar ini terkenal di kalangan penduduk tempatan. Tetapi untuk Mie dan keluarga membeli-belah di situ tak mengapa, sebab ia pasar yang terkenal, jadi jangan ketinggalan mengunjungi Victoria Market. Something not to be missed.

    Pokok bunga yang macam sayur-sayuran itu ialah spesis cactus. Memang cantik dan sering ditanam di halaman rumah di Melbourne. Sebenarnya ada banyak native flowers di Australia dan kebanyakannya unik dan cantik seperti Kangaroo Paw, BrushBottle, Hakea, Waratah, Fuchsia, etc.

    Norsiah's Kitchen dah tutup? Sayang. Dulu saya selalu makan-makan, buat gathering di kedai Kak Norsiah dan sembang-sembang dengan dia. Mungkin dia balik Singapura sekarang, itu sebab restorennya tutup?

    Terima kasih kerana membawa berita baru tentang Melbourne.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat yang NA sebutkan tu mungkin berada di luar kawasan... jadi bagi kami yang ke Melbourne cuma jalan-jalan... memang tak dapek nak pergi sebab kekangan masa...jadi ke QVM sajalah... walaupun mahal sikit...

      Oh spesis kaktus... serious cantik...dan mungkin dapat bertahan lama... banding dengan bunga-bunga lain...

      Gitulah nampaknya... mungkin bercuti panjang sebab saya nampak fridgenya di hidupkan macam biasa...

      Hehe... berita terkini dari Melbourne untuk orang kampong....

      Delete
  6. Wah byk shopping perfume tu...best2!hehe

    Sedapnyaa kt nelayan tu...teringat2 nasi campur dia...tapi mhl sgt...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada lagi sebenarnya cuma tak tunjuk... hehe. Ini semua pengaruh blog DJ lah tu sebab cik wife siap print lagi... Pastu dia wassup kat member, anak buah... aduhhhh semua nak mengirim... air liur je pulak tu...

      Kita orang tak makan nasi campurnya... tapi memang mahal banget...

      Delete
  7. dekat2 norsiah tu ada lagi satu kedai nasi padang. kedai tu dari luar sendu-mendu tapi paling sedap n murah.

    anyway, perfume kat my chemist ek? chissss KK tak jumpa pun masa tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke KK, tak tau pulak kedai tu...

      Kebetulan my chemist masa tu tengah ada sale...memang murah...

      Delete
  8. best nampaknya shopping kat area Victoria Market ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestlah jugak dan banyak pilihannya...boeh tawar lagi...

      Delete
  9. pokok bunga cantik macam sayur kobis pulak hihiks.. alaaahai dulu trip sekolah ayah ke australia kenapalah ayah tak join ataupun ayah kirim CT ke yang pergi ganti dia :P oooemgi nak kena kumpul duit dengan sakan ni nak jalan jalan jugak.. nak hoooooliday..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpelah CT... satu hari nanti sampailah ke sana tu... atau tunggu tabung nuffnang tu penuh... :)

      Delete
  10. tak susah la nak cari mknn halal kat sana ye PLM? suhu masa musim autumn ni kat sana sejuk sgt ker mcm kat korea? hehehe.... tak sabar rasa nak ke sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah farel... senang je dapat makanan halal... Suhu autumnnya pun belas-belas je... tak pakai baju tebal pun OK janji takde angin...

      Delete
  11. Best...boleh jadi contoh...tahun depan nak ke sana...ada anak saya belajar di Monash University..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untungla en Din... boleh stay kat sana lama-lama sikit... sebab lodging dah ada...

      Delete
  12. Bila nak repeat gi Oz ni...anak tengah suka berperang skg..takut nak bawak jln mcm ni...hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampaknya en Deen kena tunggu anak-anak besar sikit... baru senang nak bawak jalan-jalan...:)

      Delete
  13. wah puas hati tengok gambar gambar..cantik cantik belaka..tak jemu merenungnya...tak taulah bila tabung ayam ni nak penuh ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Johor DT menang juara liga super...Nekcik kita sorak sama-sama... :)

      Takpe...sekurang-kurangnya Nekcik dah jejak Australia. Nanti bila tabung ayam dah penuh boleh gi Melbourne pulak...

      Delete
  14. Jalan-jalan Shoping-Shoping Makan-makan, beuhh nikmatnya hidup pak Mie.

    Ramai betul yang mau beli sate Pak Mie ? ingin juga coba sate Ausie. mesti ada kelainan rasa kan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mas Gunadi .. jangan risau...satu hari nanti akan sampai giliran mas pula untuk buat aktiviti macam saya. Sate itu sbenarnya sate Malaysia yang dijual oleh pelajar yang menuntut di sana... bukan Aussie punya...

      Delete
  15. Rindunye melbourne...setahun sudah berlalu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa macam nak mengulang ke Haleza.. saya pun... hehe

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...