Wednesday, December 10, 2014

Trip Jawa Tengah 8 - Keraton Ngayogyakarta

Dari Istana Air Taman Sari, Nizam bawa kami ke lokasi seterusnya iaitu Keraton Ngayogyakarta. Cuaca sangat panas dan pelawat pun sangat ramai terutama pelajar-pelajar. Keraton ini masih berfungsi sebagai tempat tinggal sultan dan masih menjalankan tradisi kesultanan hingga kini walaupun Indonesia sudah menjadi sebuah negara republik. Sebahagian daripada kompleks ini dijadikan muzium yang menyimpan pelbagai koleksi milik kesultanan.

Panas dan berdebu.
 
Pintu masuk utama.
 
Tempat persembahan gamelan.
 
Ramai pelancong barat menunggu persembahan dimulakan, tapi kami tidak.
 

Tak tahu apa yang dibawa, tapi bahan untuk persembahan rasanya.
 
Kau orang sanggup tak duduk melangut kat sini dalam cuaca panas dan berdebu...
tapi mungkin sebahagian dari tradisi
 
Kawasan kediaman, tempat larangan.
 
Ramai betul pelajar kat sini. Bila dia orang bergerak semua debu pun berterbangan.
 
Tak tahu kenapa ramai sangat pelajar. Nak kata lawatan sambil belajar, dia orang cuma buat lintas langsung, jalan-jalan lepas tu keluar.
 

Penjaja dalam kawasan keraton. Buah yang dijual tu adalah untuk ubat gatal-gatal katanya.
 
Gigih mencari sesuap nasi.
 
Kami pun macam dia orang juga, cuma buat lintas langsung. Susah juga orang tak minat benda-benda sejarah ni. Seterusnya Nizam bawa kami ke Mirota Batik di hujung Jalan Malioboro untuk mencari sedikit souvenirs. Kat sini sajalah yang boleh dapat FM yang cantik sikit.
 
Kompleks Mirota Batik, semua ada di sini...
 
Mencanting batik di dalam bangunan Mirota Batik.
 
Tak masuk pun Pasar Beringharjao ni.
 
Kereta kuda untuk bersiar-siar disepanjang jalan ini.
 
 Jalan Malioboro, lebih selesa shopping pada waktu malam.
 
Sebab terlalu panas dan sangat tidak selesa, kami minta Nizam hantar balik ke hotel dan sambung semula aktiviti seterusnya pada sebelah petang.

24 comments:

  1. tak naik ke kereta kuda tu en mie?hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nehi DJ...kesian pulak kat kuda tu kalau kitaorang naik tiga orang sebab memasing dah nak setaraf heavyweight...hehe

      Delete
  2. Naik Becak di Jogja murah Pak Mie, hanya Rp.5000,- keliling Kota Jogja. Tapi tempat yang dikunjungi suka hati tukang becak lah..hehe. tukang becak biasanya bawa ke kedai-kedai jualan batik atau bakpia yang beri dia uang tip. makanya ongkos naik becak jadi murah..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya memang tak gunakan khidmat beca di sana mas Gunadi kerana sudah menyewa Avanza bersama pemandu. Tapi Rp5K untuk keliling kota memang sangat murah...kesian tukang beca tu...walau dapat tip...

      Delete
  3. kalau cuaca panas sangat dan berdebu pula + ramai orang, memang tak selesa nak jalan-jalan

    persembahan gamelan tu mesti menarik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang panas banget masa saya di sana sebab sudah berbulan tidak hujan... Pasal gamelan tu saya rasa mungkin menarik sebab ramai yang menunggu persembahannya...

      Delete
  4. Buah untuk orang gatal tu kena cuba nanti....oseemmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe en Denn buat gatal tu rasanya untuk kulit... untuk orang gatal kena makan buah lain... hahaha

      Delete
  5. Nekcikk rasa nekcik takde lah nak ke situ agaknya...tapi klau naik beca tu oklah...takpe bagilah lebih kesian berat nak heret

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau orang minat sejarah bolehlah menjengah ke situ... saya ni kureng sikit...tapi kalau suka-suka nak naik beca dan murah pulak apa salahnya ke sana...bayaran masuknya pun murah...

      Delete
  6. Replies
    1. Tradisi istana lama yang masih dikekalkan sehingga kini...

      Delete
  7. Replies
    1. Bukan hari cuti... tapi pelik memang ramai yakamat group student silih berganti keluar masuk...

      Delete
  8. Standart la tu.. lawatan sambil belajar dalam 100 org 10 je yg buat lawatan smbil belajar.. yg lain jalan2 jer hahaa.. mcm tak biasa pulak kecik2 dulu hahaha :D

    Nampak bandar dia memang meriah... :D seronom

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah ramai sesangat pelajar... rasa macam tak selesa pulak... dahlah kat dalam tu kering dan berdebu...

      Memang meriah kerana kawasan Jawa Tengah ini merupakan kawasan penduduk terpadat...

      Delete
  9. uuuish jalan berdebu and panas.. no no no.. i cannot hahaha. wut a combination yang perlu diavoid sebelum migrain menyerang and semua orang jadi mangsa hehe..

    tapi itu kereta kuda sangat tempting la Pakcik. i looike that one. boleh bajet scene dengan josh duhamel dalam new years eve oooohmai.. drama sangat. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab tu kita orang pun tak lama kat dalam tu... panas banget..

      Bolehlah CT letak Jogja dalam senarai trip akan datang... boleh beraksi atas kereta kuda tu nanti...

      Delete
    2. takpe la hehehe
      naik kat fringghi saja :P

      Delete
  10. Masih belum sempat ke Keraton walaupun pernah sampai ke Jogja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya memang kurang tertarik dengan tempat semacam itu... maksudnya kalau saya tak singgah pun tak apa. Tapi orang lain munkin sebaliknya...

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...