Monday, January 6, 2014

Cameron Highlands - Gunung Brinchang, Sg Palas Boh Tea Centre dan Cameron Lavender Garden.

Selamat Tahun Baru 2014 buat semua. Terlambat sudah...

Sambung hari kedua

Cuaca agak baik hari ini. Selepas sarapan pagi kami berehat sebentar. Jam 9.00 pagi baru keluar. Kali ini destinasinya ialah Gunung Brinchang. Belum pernah sampai ke kawasan menara tinjaunya walaupun sudah banyak kali ke Cameron Highlands. Waktu ini belum banyak kenderaan yang menuju ke sana, jadi agak mudah perjalanannya. Tapi di sini kecekapan menggunakan gear amat diperlukan kerana jalannya yang berliku dan berbukit serta sempit. Di setengah-setengah bahagian memang tak boleh berselisih langsung, jadi perlu toleransi terhadap kenderaan yang datang.

Simpang untuk ke Gunung Brinchang dan Sungai Palas Boh Tea Centre terletak tidak jauh selepas Kea Farm iaitu arah ke Tringkap dari pekan Brinchang.

Banyak ladang sayur di bahagian bawah sebelum ke kawasan berbukit.

Kenderaan ini banyak digunakan pelancong luar negara yang datang secara pakej.

Menara tinjau di penghujung jalan iaitu tempat terakhir kenderaan boleh sampai.

Sampai di kawasan menara tinjau lebih setengah jam kemudian. Cuaca mula berkabus. Tapi ramai pulak pelancong 'Mat Salleh' yang menunggu giliran untuk naik ke atas. Ada dalam setengah jam kami menunggu, tapi belum ada yang mahu turun lagi, Jadi terpaksalah kami beralah. Kena pergi lain kali nampaknya. 

Menara ini diperbuat dari besi dan ketinggiannya lebih kurang 30 meter. Jika cuaca baik kita dapat lihat pekan-pekan yang ada di sekitar Cameron Highlands. Bandar Ipoh juga dapat dilihat dari sini. Disebelahnya pula terdapat menara telekomunikasi milik Telekom Malaysia.

Cuaca agak berkabus pagi itu.

Dalam perjalanan turun kami singgah pula di Mossy Forest. Dalam hutan ini disediakan laluan bertangga yang agak panjang. Bermula dengan mendaki sehingga ketinggian 2000m dan kemudian menurun semula.

Mossy Forest ini terletak sebelum sampai kawasan menara tinjau.

Ini buka sempadan, tapi cuma menunjukkan arah dua negeri saja.

Keadaan pokok-pokok yang ditumbuhi lumut.

Sampai di sini dan kemudian berpatah balik kerana nampak agak panjang lagi laluannya.

Selesai beriadah di sini, tapi tak keluar peluh pun sebab sejuk, perjalanan diteruskan untuk ke Sungai Palas Tea Centre. Lama betul tak ke sini. Kalau dulu boleh letak kenderaan di atas kini tidak lagi. Kenderaan perlu di tinggalkan di kawasan lapang di bawah dan perlu berjalan kira-kira 300m untuk sampai di atas.

Tempat meletak kenderaan.

Laluan ke kilang teh dan cafe.

Cafe yang tergantung di bahagian hujungnya. 

Pemandangan sebahagian ladang teh dari atas.

Lokasi popular untuk berfoto.

Berbagai jenis teh boleh dipilih. Setengahnya tiada dalam pasaran dan cuma boleh didapati di sini.

Bahagian dalam kedai jualan teh.

Beli sedikit teh untuk dibawa pulang.

Mesin lama untuk memproses teh diletakkan di kawasan pameran.


Kilang yang sentiasa terbuka untuk lawatan.

Pada mulanya ingat nak melepak sekejap sebelum makan tengah hari di cafe, tapi manusia punyalah ramai, jadi terpaksa dibatalkan. Waktu turun ke tempat letak kenderaan kami ikut jalanraya kerana laluannya lebih mudah, cuma agak jauh sikit. 


Singgah di Restoran Nolina Food untuk makan tengah hari. Restoran ini terletak kira-kira satu km dari simpang keluar Boh Tea Centre arah ke Tringkap.  Tempat letak kenderaannya agak luas di seberang jalan. Restorannya bersih dan banyak pilihan lauknya.

Destinasi seterusnya petang itu ialah Cameron Lavender yang terletak selepas pekan Tringkap. Tempat ini nampak macam baru dan orang memang agak ramai pada petang itu. Tempat kenderaan nya agak terhad dan terpaksa di letakkan di tepi-tepi jalan.

Pintu masuk ke Cameron Lavender.

Tiket masuk RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak.


Tarikan utama di sini, bunga Lavender, tapi macam tak berapa menjadi.


Begonia


Laluan ke bahagian atas.

Pandangan dari atas lebih menarik.

Petunia, macam bunga plastik.

Bunga kekwa (chrysanthemum) banyak di bahagian atas.


Dijual dengan harga RM2 sekuntum. Boleh pilih dan petik sendiri.

Tempat letak kenderaan agak terhad.

Destinasi terakhir kami pada petang itu ialah Taman Agro Al-Mashoor yang terletak di kawasan perkampungan Melayu, Kampung Taman Sedia. Lokasinya ialah di antara pekan Brinchang dan Tanah Rata. Singgah di sini ingat nak minum petang tapi makanan sudah banyak yang habis.


Cuma ini saja yang ada.

Sempat bergurau senda dengan kucing ini sebelum balik.

39 comments:

  1. Cuaca panas (pemanasan global), penebangan hutan dan pencemaran udara adalah antara faktor yang membuatkan Cameron Highland tidak sesejuk dulu.

    Agaknya inilah kebuh bunga yang digambarkan dalam drama tv baru-baru ni.

    Lavender itu mungkin belum matang lagi agaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waktu pagi dan malam boleh dikatakan agak nyaman, Kalau siang sikit dah boleh pakai baju biasa je...

      Tentang lokasi drama tu saya kurang pasti, tapi tempat ini boleh dikataka agak baru.

      Bunga Lavender nampak tidak sesubur bunga-bunga lain... tak sesuai kot..

      Delete
  2. Replies
    1. Nampaknya en Din kenalah melawat ke sini pulak... cuti-cuti Malaysia... CH dah tak begitu sejuk dah...

      Delete
  3. Selamat Tahun Baru buat PLM...belum terlmbat lah...still first week :-)

    Ke gunug Brinchang tu kalau naik kete auto lagi mudah kan..ke tak sesuai...alahh..ruginya tak dot naik manra tijnau tu..taoi kalau cuaca berkabus tak best jgk kalau naik kan

    Rupanya kat msia pun byk lokasi menarik...sempena thn melawat msia 2014 ni..nk try jugak lah jalan2 visit msia..ahaha..ye lah tu kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat tahun baru juga khusus buat JM...

      Kereta auto pun boleh sampai atas, no problem punya kalau 1500 ke atas...

      Tu lah kena juga melawat dalam negara sebab banyak tempat menarik, tapi JM nak terbang obersi je... hehe

      Delete
  4. Cameron Lavender tu menarik..mcm mini Holland lah pulak pandangan atas...dulu tinggal di homestay Kampung Taman Sedia, memang banyak kucing..bulu kucing tebal2 sbb kwsn sejuk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cameron Lavender tu menarik kerana bunga-bunganya agak banyak banding dengan tempat lain. Best kan kalau dapat tinggal terus di Kg Taman Sedia tu... hehe

      Delete
    2. ya, betul..Kg Taman Sedia memang best.udara nyaman, environment menarik..kalau kpg lain, ada dusun durian, kebun rambutan, disini ada kebun strawberry..kelass gitu..

      Delete
  5. Salam Mie...
    Memang bercadang nak ke Cameron cuti raya cina ni, tapi katanya mesti jem kalu cuti....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jem kat atas je. Jalan naiknya okay kalau ikut jalan Simpang Pulai ke Gua Musang. Tapi takpe sebab udara nyaman

      Delete
    2. Wah cuti-cuti Malaysia nampaknya... Singgah je sebab dah satu laluan. Kalau dah ada tempat penginapan bolehlah rehat-rehat nanti...

      Delete
  6. Hu..hu..cantiknya..nyamannyer...alhamdulilah banyak tempat menarik di mesia ni...takyah tnggu tiket offer..bila bila boleh pergi kan!!! tak taulah bila nekcik nak sampai sini..selalunya asyiik ke laut jer...rindu rindu pangkor lah!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang banyak tempat menarik kat Msia ni tapi entah kenapa obersi jugak jadi pilihan... Nekcik tak pernah ke CH ke... Saya pernah sekali je ke Pangkor tu...

      Delete
    2. nekcik pergi CH masa waktu muda belia dulu..masa tu masih belajar di poly Ipoh!!

      Delete
    3. Fuh... dah lama sesangat. Sekarang dah semakin cantik dan jalannya pun semakin mudah... Bolehlah berwinter kat sana nanti... hehe

      Delete
  7. hampir semua tempat tengok orang macam ramai sangat pak lang, nampak penangan cuti sekolah, ahaha...rasa macam nak merepeat balik je ke sini, dah lama sangat tak singgah. syok jugak sejuk-sejuk camni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang ramai lah yang best. Ada kawan saya pernah ke sana sewaktu hari bekerja dan bukan cuti sekolah, terlalu sunyi katanya. Bolehlah Orga ke sana bulan Januari ni kerana bulan ni banyak cuti...

      Delete
  8. salam ..nk Tanya,sekarang Cameron hujan x?cuaca kat Cameron cam mana ye skrg?saya plan nak pegi esok..tp takut hujan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pergi masa Krismas aritu ada juga hujan tapi taklah panjang sangat. Sekarang ni musim hujan, jadi macam tak dapat nak dielakkan. Masa naik ikut saja jalan Simpang Pulai, lebih mudah sebab jalannya lebar...

      Selamat bercuti untuk Anon...

      Delete
  9. Mossy forest..tmpt yg saya teringin nk pegi. Byk lumut ala2 cite fairy tale gitu.. :)
    Dah beberapa kali ke CH tapi blm smpat ke situ. Tapi mcm susah je nak drive naik tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Jumaat Ujie,

      Boleh je Ujie..kalau kenderaan tak penuh lagi senang. Aritu saya berlima, agak semput sikitlah. Yang penting pergi awal supaya senang sikit sebab tak ada sangat kenderaan yang sudah turun. Trek berjambatan missy forest tu agak panjang, kena ada stamina yang cukup. Tapi orang muda takde hal kot...

      Delete
  10. Sayangnya kalau CH tak dijaga terus.. jalan ke sana melalui Simpang Pulai sebenarnya amat bahaya dgn masalah structure tanah.. jadi kalau boleh avoid kan waktu hujan..

    Memang sentiasa suka nak ke sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah cuaca kat sana pun dah tak berapa sejuk macam dolu-dolu... Betul tu jalan Spg Pulai agak berisiko tanah runtuh, tapi cepat sikit sampainya...

      Delete
  11. Akhirnya jumpa entry 2014 pasal CH details dan latest hihi. Info info menarikss. Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana singgah di sini. Moga info di sini dapat membantu trip puan ke CH nanti...

      Delete
  12. Akhirnya jumpa entry 2014 pasal CH details dan latest hihi. Info info menarikss. Terima kasih

    ReplyDelete
  13. tgh servey cameron skrg nie..jmpa blog nie..info bgus nak cari tempat dilawati... harga makan kt sana mcm mana ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ singgah sini... Harga makanan tak jauh beza dengan KL. Kalau di café agak mahal sikitlah... macam di S Corner Central Market tu... tapi sodap... terutama cheese cake dan scone tu...

      Delete
  14. viva 1.0 auto , 2 orang . agak agak lepas tak dari KL - CH exit simpang pulai ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh sesangat pn Aina, sbb CH taklah curam macam jalan ke Genting Highlands tu...

      Delete
  15. Memang kekadang macam tak perasaan simpang masuknya dari jalan utama... Memang best kalau dapat mengulang ke sana sambil menikmati teh yang segar dan pemandangan yang cantik..

    ReplyDelete
  16. saya akn sampai disana pd bulan feb 2015 ni..saja je pilih time dh buka skolah..nk elak kesesakan..t ksih utk owner blog ni..isi dlm blog ni saya jd kan rujukan utk ke sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sharing is caring. Alhamdulillah ada gunanya juga blog ni... Bagus juga pergi di luar cuti sekolah... kurang crowded dan mungkin dah tak musim hujan macam sekarang. Selamat bercuti...

      Delete
  17. Kalau nak compare dengan 20 tahun mmg tak dapek ah. Ais kat kutub utara pon mencair apatah lagi suhu di cameron ye dak. Hahahaha tp setakat ni paling tinggi pon waktu siang around 20 ke 22 °c je tapi agak panas la sebab apa sebab ada matahari dan manusia berpusu datang sampai jem CH ni. Bila nak dekat maghrib kadang2 smpai 16°c. Cuba try datang waktu tak busy sejuk dan tenang je waktu siang pon. Kereta banyak waktu cuti yang sampai jem tu. Asap kereta tu bukan lubang aircond hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak ke sana waktu kerja... sayang pulak cutinya. Tapi kalau sunyi sangat pun rasa tak seronok pulak...haish...

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...