Thursday, February 6, 2014

Batam Pt 1

Percutian pertama kami tahun ini ialah ke Pulau Batam yang terletak dalam Provinsi Kepulauan Riau, Indonesia. OK sedikit info mengenai provinsi ini. Dulunya ianya terletak dalam Provinsi Riau iaitu sebuah provinsi di Pulau Sumatra. Kemudiannya di wujudkan provinsi ke 32 yang dikenali sebagai Provinsi Kepulauan Riau. Provinsi ini meliputi pulau-pulau utama seperti Batam, Bintan, Karimun serta Pulau Anambas dan Natuna yang terletak jauh di Laut China Selatan.

Kepulauan Riau (Kepri) Provinsi ke 32 Indonesia

 Peta pelancungan Pulau Batam dengan Nagoya sebagai pusat komersilnya.

Kali pertama menggunakan perkhidmatan Firefly yang berlepas dari Subang Skypark Terminal untuk bercuti. Yang bagusnya terminal ini tidak begitu jauh dari rumah jadi boleh rilek-rilek untuk sampai ke sini. Selain Firefly, Malindo Air dan Berjaya Air juga beroperasi dari terminal ini. Sebenarnya tak terlintas pun nak ke sini buat masa terdekat sebab macam tak ada tempat menarik untuk dilawati. Tapi tanpa disangka-sangka Firefly ada buat tawaran free seat, jadi sambar ajelah, janji dapat jalan-jalan.

Kawasan parkir berbayar di sebelah terminal. 3H2M kami tinggal kenderaan di sini, tapi masa balik kaunter bayaran tak ada orang dan palang pun terbuka.

Hanya kapalterbang menggunakan kipas atau turboprop yang dibenarkan beroperasi dari terminal ini.

Dapat seat tepi kipas... mengganggu betul nak ambil gambar.

Majalah Fireflyz edisi Januari 2014.

Muffin dan jus disajikan untuk mengalas perut.

20 minit dah sampai? Sebenarnya sejam 20 minit, sebab waktu di Batam lambat sejam.

Sampai di Bandara Hang Nadim mengikut waktu.

Cuaca panas sesangat, tapi kat Batam ni angin agak kuat sebab dikelilingi laut.

Tak perlu tunggu lama untuk dapat teksi sebab berlambak ada kat airport ni.

Selamat datang ke Batam.

Maskot Batam?

Hotel penginapan di Batam.

Gitu gini kami sampai di hotel Seruni pada jam hampir 12 tengah hari waktu Batam. Nasib kami agak baik kerana boleh terus check in. Kat sini waktu zuhur agak cepat, dalam 12.15 pm. Jadi dapatlah kami tunaikan kewajipan dulu dan berehat sebentar sebelum keluar. Tapi bila dah jumpa katil ada pulak yang nak lelap sekejap. Takpelah bagi peluang barang sejam dua.

Bilik yang agak besar dan selesa.

Nagoya Hill Mall, shopping complex terbesar di Batam.

Kami berjalan saja ke sini kerana kedudukannya agak dekat dengan hotel penginapan. Bahagian luar dalamnya banyak dihiasi dengan tanglung merah sempena kedatangan Tahun Baru China. Terdapat satu laluan panjang seakan street shop sebelum sampai ke bahagian dalam mall. Di sini banyak barang cenderamata boleh dibeli. FM, key chain Tshirt semua ada. Yang bestnya cenderamata Singapura juga banyak di sini.

Di bahagian ini banyak kedai menjual souvenir.

Meronda lagi sehingga ke Nagoya City Walk. Tempat ni kurang happening.

Nagoya City Walk ini terletak hampir setengah km dari Nagoya Hill Mall. Tapi tempat ini sebenarnya indah khabar dari rupa. Tak ada penyewa utama yang boleh menjadi tarikan. Kedai-kedai pun banyak yang kosong. Dah terlanjur penat berjalan kami melepak di sini hingga malam.

Sempat merembat perfume di sini.

Melepak di sini sehingga malam.

Kami balik ke hotel dengan teksi sebab sudah agak jauh berjalan. Sebelum tu singgah sekejap di restoran berhampiran hotel untuk dinner. Agak unik juga makanan di sini. Kami makan nasi bakar dan ayam bakar masak kicap. Ada kelainan dari makanan yang biasa kami makan kalau ke Indonesia. Tapi memang sedap. Lupa pulak nak ambil foto ayam bakar tu..

Nasi bakar

OK sambung untuk trip pada keesokan harinya...

30 comments:

  1. wah...rezeki la pak lang, parking free, hehe.. tengok cuaca pon syok je nak jalan, terang benderang gitu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rezeki hari Jumaat agaknya..sebab sampai situ jam 2.30pm. Mungkin diaorang pergi solat Jumaat dan takde orang ganti tempatnya. Kalau tak mahu kena lebih RM50 tu...

      Haah... cuaca pun amat baik masa kat sana, tapi panas berdenting...

      Delete
  2. wah untung la En Mie punya rumah dekat subang...senang...saya pernah teringin juga nak ke batam...tp naik bot la...hehehe tapi tak pernahnya kesampaian lagi...hehehe nak dgr cerita En Mie dulu laa...mana tau terbuka pintu hati nanti...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taklah dekat sangat, tapi tak kena traffic jam lah. Nak ke Batam naik feri agak leceh sebab nak kena gi Stulang Laut dulu pastu naik feri lebih kurang sejam setengah lagi.

      Entahlah macam tak berapa best kat sana tu, tapi untuk jalan-jalan belasah je...

      Delete
  3. Replies
    1. Alah Beb jalan yang dokek-dokek yo. Nanti Sarah dah pandai jalan, bolehlah Beb start balik hobi tu...

      Delete
  4. byk betul pulan dan provinci nya ..baru tahu coz sebelum ni tahun berkenaan pulau sumatera yg femes ngan bandung, jakarta, acheh, yogja dan seangkatan dengan nya ka..jarang org citer pasal pulau Batam ni

    Berapa bayaran tuk parking tu..sib baik free time tu..kalautak byk jgk perlu byr ek tuk 3 hari2 mlm tu

    firefly..kipas besar cenggitu ek..coz naik AA tak ada..starting yg menarik...next plsss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yelah JM Indonesia ni kan luas kepulauannya, jadi terpaksalah dibagi-bagi kawasan pemerintahannya. Batam ni famous dengan orang Johor dan Singapore sbb dekat...

      Parking tu kira rezeki hari Jumaat lah... Kalau tak mahu kena lebih RM50...

      First time naik firefly...servis pun agak bagus. Boleh JM mencuba nanti...

      Delete
  5. Replies
    1. Tu lah en Din, kebetulan dapat tiket free, jadi dapatlah kami pergi...

      Delete
  6. Airport kat subang ni pun dekat dgn umah saya..bebila boleh la refer mie untuk sy ke Batam..shopping sana best tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rumah tu taklah dekat sangat, cuma tak tempuh traffic jam. Kalau shopping saya lebih suka kat Langkawi... :)

      Delete
  7. Wah PLM nampak keriangan berganda di situ sebab dapat tiket flight free seat plus parking pun free jugak! terbaikk.... hehehe
    part makan nasi bakar dan ayam bakar masak kicap tu macam best je! sayang gambarnye tak diambil. kalau tak sure meleleh ayaq lioq ehh! hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... rezeki jangan ditolak farel... ada peluang ngap ajelah...

      Memang sedap sangat terutama ayam bakar masak kicap tu... tak pernah jumpa kat tempat lain...

      Delete
  8. Replies
    1. En Din saya dapat tiket gratis untuk lima orang... cuma kena surcharge RM50/pax...admin fee RM33/pax... airport tax RM95/pax... semuanya untuk return charge...

      Nampak macam murah tapi mahal jugak...

      Delete
  9. Nasi bakar? Macam mana ia dibakar? Dalam oven ke?

    Pertama kali naik Fire Fly?? He he he...maklumlah asyik ke Jepun, Korea je kan :)

    Wah bertuahnya Mie dapat free seat sampai satu family....:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya nasi tu dah dicampur dengan bahan tertentu, dibalut dengan daun pisang dan di bakar sekejap... sedap juga rasanya. Saya agak nasi tu tahan lama sebab pekerja restoran kat situ sibuk membungkus untuk diposkan ke beberapa destinasi tempatan dan hingga ke India... macam tak percaya.

      Haah NA first time naik Firefly dan gratis pulak... tapi belum pernah lagi dapat penginapan dan trip gratis macam NA... :)



      Delete
  10. waa..ramai bodyguard Mie!! sesekali kena rasa jugak naik firefly kan!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebetulan Nekcik semuanya ada kat rumah masa tu jadi angkutlah sekali... Firefly tu sesekali bolehlah sebab tambang dan cukainya agak tinggi kalau takde offer....

      Delete
  11. Belum sampai lagi ke Batam. Macam more to shopping place ye ??

    Thanks en.mie info pasal teksi di jakarta...sangat membantu. Thanks juga pasal info Iwan setiawan tu...saya guna khidmat supir dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang Batam lebih kepada tempat bershopping. Tempat menariknya agak kurang...

      U R welcome... benda2 macam tu memang kena dikongsikan bersama...

      Delete
  12. Orang dari Jawa pergi Batam biasnya beli barangan elektonik. Katanya murah-murah sebab barang dikirim dari Malaysia/Singapura. Aku belum pernahpun ke Batam. entry Pak Mie boleh jadi panduan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang ada satu shopping complex yang di panggil Lucky Plaza, sama seperti di Singapura yang menjual barangan elektronik...

      Bolehlah dijadikan tempat bercuti seterusnya untuk mas Gunadi nanti...

      Delete
  13. Waaaa.. hebat betul City Walk Nagoya tu .. kata nya disana murah2 yer :D
    Nasi bakar macam nasi gumpal di jepun pun ada hehehe :D best nyerrr.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nagoya City Walk tu macam dah tak berapa happening Afif. Banyak kedai dah ditutup...

      Nasi bakar kat sini macam dah digoreng dulu ... kemudian baru dibungkus dan dibakar... tapi memang sodaplah...

      Delete
  14. Salam, nak numpang beriklan ya :)

    Batam Itinerary 3D2N :
    1st day
    • Upon arrival at Harbour Front and after immigration custom clearance you will be greeted by our friendly tour guide + driver.
    • Check in hotel at Batam Center hotel
    • Around city ( Goverment-Industrial-Mosque-Vihara,etc)
    • Lunch will be served at Bumbu Desa ( Sundannese Taste ) / TBA
    • Transfer to Visit Bengkong area ( Batam miniature, adventure,etc )
    • Dinner will be served at Golden Prawn Resto ( Seafood Taste ) / TBA

    2nd day
    • Breakfast at hotel
    • Sightseeing tour to visit Barelang bridge, Galang Museum, Vietnamese Camp, Dragon Fruit Farm.
    • Lunch at Nasi Padang / TBA
    • Transfer to visit Mega Mall
    • Dinner served at A&W Resto ( Western Food ) / TBA

    3rd day
    • Breakfast at hotel
    • Check out time
    • Transfer to Nagoya area ( Nagoya hill mall, shoppping area )
    • Lunch at Grand Duck Resto ( Chinesse taste ) / TBA

    For more info and details :
    astri.ryunita@gmail.com / +6281235111103

    ReplyDelete
  15. Anda susah Insya allah kami bantu dengan cara mudah.
    TAIP ( Booking Tiket )
    Whatsapp : Arin +60107670389 kami akan bls secepat mungkin.

    PASTIKAN ANDA BACA SAMPAI HABIS.

    Service Booking:
    [ √ ] All Tiket pesawat
    [ √ ] Tiket Feri

    - Feri batam to stulang
    - Feri stulang to batam
    - Feri stulang to tanjung pinang
    - Feritanjung pinang to stulang

    Payment :
    - Maybank2u (from Malaysia )
    - Bank Mandiri ( from Indonesia )

    Selepas urusan selesai kami akan berikan E-Ticket/ NO BOOKING dan arahan selanjutnya.
    TQ...

    ReplyDelete
  16. batam, indah juga ya.. harus di masukin ke daftar liburan nih..

    ReplyDelete
  17. ASSALAMU ALLAIKUM. HORAS JOM KE MEDAN.SALAM KENAL TUAN AND PUAN .
    DISNI KAMI MENAWARKAN PAKEJ – PAKEJ MURAH KE DANAU TOBA, MEDAN, SAMOSIR ISLAND, DAN TEMPAT SHOPPING MURAH DI BANDAR MEDAN.
    Saya bersedia nak bantu Tuan and Puan untuk ikut melancong bersama
    saya.

    Contact :+6281263636746
    Whatsapp:+6281520944993
    Instagram: infotoursmedan
    Facebook :1. Eza purba
    2. pakej lawatan
    Email : infotoursmedan@gmail.com
    https://agenttoursmedan.blogspot.com/

    ReplyDelete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...