Monday, September 22, 2014

Cara menghantar wang melalui Western Union

Mungkin ramai yang pernah menghantar wang ke luar negara dengan menggunakan perkhidmatan Western Union. Bagi saya inilah kali pertama. Entry ini mungkin berguna kepada mereka yang belum pernah menggunakannya.

Sebenarnya saya ada satu trip ke negara seberang pada bulan Oktober nanti. Jadi sebagai persediaan awal kenalah mencari supir untuk bergerak ke sesuatu tempat bila di sana nanti. Setelah berkomunikasi dengannya melalui facebook akhirnya persetujuan telah dicapai. Mas supir di sana mahukan wang cengkeram supaya dia boleh block tarikh yang kita orang kehendaki.

Boleh percaya ke? InsyaAllah boleh, sebab melalui facebook beliau banyak orang dari Malaysia yang menggunakan perkhidmatannya.

Perkhidmatan Western Union ini boleh didapati di bank-bank tertentu atau melalui cawangan Western Union itu sendiri. Saya menggunakan perkhidmatan ini di Western Union cawangan Mydin Mall USJ1. Untuk menghantar wang, apa yang diperlukan ialah nama dan alamat penerima berserta nombor hp. Itu saja. Bagi pihak penghantar pula cuma sediakan duit dan kad pengenalan. Tak perlu isi borang. Semuanya diuruskan oleh kerani di kaunter. Caj perkhidmatannya ialah RM10 sahaja.

Penghantaran wang melalui Western Union ini sangat popular kepada jutaan pekerja asing yang berkerja di Malaysia.

Resit yang kita dapat

Langkah seterusnya ialah memaklumkan penerima nombor transaksi iaitu seperti contoh di atas MTCN : 701-611-8568. Beritahu sekali nama penuh pengirim sebagai rujukan.

*Prosidur ini mungkin berlainan jika kita menggunakan perkhidmatan Western Union di cawangan bank atau Pejabat Pos.

126 comments:

  1. en mie, macam tau je destinasi nya...hehe best2....makanan sodappp... =D

    ReplyDelete
  2. en.mie better guna western union..kalau transfer ke bank, byk kes derang tak terima duit..saya pun lepas dapat tau pasal benda ne mmg setia dgn western union..senang dan pantas..so far mmg takde masalah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maknanya Western Union ni memang boleh diharap la... best... best...

      Delete
    2. yup, Western Union ni kiranya lebih selamat. Cuma kita kena tulis nama penerima tu betul-betul tak boleh salah sikit pun.

      Delete
    3. Betul tu siti sebab memang tak ada akaun penerima yang digunakan... sebab tu nama penerima kena tulis betul-betul...

      Delete
    4. tanya sikit. kalau alamat penerima yg pengirim tu tulis kat resit lain dgn alamat penerima dlm ic boleh terima ke?

      Delete
    5. tanya sikit. kalau alamat penerima yg pengirim tu tulis kat resit lain dgn alamat penerima dlm ic boleh terima ke?

      Delete
    6. Rasanya takde masalah Haziq... yang penting ejaan nama penerima mesti tepat...

      Delete
    7. ohh just nama je eh kena eja betul? alright2. then boleh check duit tu dlu kt internet ke sebelum pergi bank?

      Delete
    8. Untuk rate exchange kena ikut rate Western Union. Kita cuma beritahu berapa wang yang nak di hantar. Katalah Rp1juta. Jadi sediakanlah lebih kurang RM300 campur dengan service charge...

      Gunakan saja cawangan Western Union lebih senang jika ada... tak payah masuk bank...

      Delete
    9. kalu saya mahu menghantar wang sebanyak rm 10k, cara penghantaran yang terbaik n selamat dan berapa caj servicenya ?

      Delete
    10. Lebih baik hantar dengan jumlah yang tidak terlalu besar. Mugkin boleh buat dua atau lebih transaksi. Cajnya saya kurang pasti...

      Delete
    11. klau mcm saya yg baru ni .. bole buat jugak ke.. saya baru dalam perkara ini

      Delete
    12. Bape lame ye org yg transfer dr australia nk masuk ke acct mybank sye d mylsia..dlm beberapa jam ke kena tggu brhari hari..

      Delete
  3. owhhh lupa pula, tgk nama tu pun saya dah boleh aggak mana destinasinya nanti hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... orang dah lama ke sana... saya je yang tak sampai-sampai lagi...

      Delete
  4. Nk ke mna en mi? Hehe...brjalan ler tu... kena byr dulu eh duit supir? Saya pon x pnh guna lg.. dulu bibik saya adelah guna hntr duit ke kg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah kena bayar supir... untuk cengkeram katanya, sebab nak blok tarikh. Rupanya senang giler hantar duit cara ini...

      Delete
  5. Saya selalu guna Western Union sejak tahun 1990 lagi. Pertama kali guna semasa saya student di USA. Tetapi duit ditansfer from state to state. Ini disebabkan saya perlu siapkan projek. Perkhidmatan yang diperlukan terdapat di state lain dan duit perlu dihantar segera.

    Di Malaysia, pada hari ini, Western Union terdapat di mana-mana: di deretan kedai, di bank-bank atau di pejabat pos. Penghantaran wangnya serta merta ke luar negara. Tetapi jumlah wang yang boleh dihantar sehari ada hadnya. Amat mudah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaupun Western Union sudah ada di Malaysia lebih sepuluh tahun, memang itulah kali pertama saya menggunakannya...Tapi memang amat ringkas dan mudah sekali cara urusannya...

      Delete
    2. Tak perlu guna kalau tak ada keperluan dan kepentingan. Saya gunapun sebab nak siapkan projek/assignment di universiti, kalau tidak saya tak lulus he he he. Western Union di USA ketika itu berfungsi sebagai agen penghantaran barang yang paling cepat -one day delivery. Jadi selalulah hantar dan terima barang di kaunter Western Union.

      Di Malaysia pula, saya guna sebab nak hantar wang bayar yuran persidangan di luar negara.

      Delete
    3. Betul tu NA... Oh boleh juga untuk mrenghantar barang, ingatkan duit sahaja...

      Delete
    4. Ya, Western Union pun buat perkhidmatan hantar barang tetapi itu di USA. Di Malaysia, rasanya, duit saja.

      Delete
    5. salam. sy pertama kali guna western union. kiranya selepas penghantaran...kita, si penerima kena pergi ambik cash ye di western union?? xboleh ye kalau duit tu masuk trus ke acc??

      Delete
  6. Ohh...nasib baik PLM kongi info ni, JM mmg tak tahu so kalau nk ke sana dan jika perlu bayar pendahuluan boleh guna cara ni. PLM nk ke mana..kalau pak supir tu beri good servies leh kongsi ngan FB beliau..mana tahu nk deal kalau ke sana..sekali lagi nk tanya...PLM nk ke mana :-)

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. Lambat lagi en Din... tapi booking terpaksa dibuat awal untuk memastikan kita dapat tarikh yang dikehendaki...

      Delete
  8. Replies
    1. Saya pun... sebab senang dari segi soal makanan selain kos percutian yang agak rendah... Ke mana destinasi en Din yang seterusnya...

      Delete
    2. En Din jangan lupa menyeberang ke Hong Kong sekali...

      Delete
  9. belum pernah guna lagi service Western Union, selalunya ambik supir kat hotel..

    best pergi Indonesia..belum habis cover lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya guna first time... itu pun supir yang cadangkan...:)

      Delete
  10. tak pernah guna, tapi pernah la tengok kawan buat hantar duit guna western union ni sebab dia beli barang dari sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak ada hal memang saya pun tak akan berurusan dengan WU ini..

      Delete
  11. nice info pakcik :D now CT tahu dah mana pakcik nak pi hihihi.. ingat daku dalam tripmu kekeke..

    tak pernah hantar duit thru western union lagi. tapi dulu pernahlah belajar nak buat transaksi ke bank international untuk kawan yang duduk jepun. guna standard chartered. tiga tahun lepas and ingatan dah tak berapa jelas procedure nya.. tapi sedikit rumit dari guna WU ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah buat pengomen setia akan ada buah tangan nanti...:)

      Delete
    2. weeee weee ~ excited ni kekeke.. happy travelling pakcik ^^

      Delete
  12. lom pernah guna secara official.. sbb baru 2 kali anto duit kat negara seberang.. tp kedua kali tu org len watkan.. ngee..

    selamat becuti nnt ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena cuba buat sendiri... sebab memang mudah sesangat...

      Delete
  13. nampak gaya si nizam sangat glamor dekat sini pak lang mie, ramai pulak yang kenal dia...kalau bajet nak ke sini*, nizam dengan western union memang tak dapat dipisahkan lah yer :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Orga... agak glamer si Nizam ni kepada pelawat dari Malaysia. Katanya dia pernah tinggal lama di Malaysia. Cara dia bercakap pun ada gaya orang kita, pastu suka speaking pulak... Bolehlah nanti Orga guna servis dia bila ada kesempatan ke sana...

      Delete
  14. ooo macam tu rupanya.. baru tahu..thanks sharing

    ReplyDelete
  15. best infoo.. pernah nak hantar guna western union tapi x jadi...apa-apa pun Kelapangan singgah blog kami .ada pelbagai barangan menarik dengan harga terbaik. Jom .. jom.. jom ツツ

    http://ummyizzlife.blogspot.com/
    http://izzium2u.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq datang ke sini...saya singgah ke sana nanti...

      Delete
  16. Masa ada maid dulu puas nak cari info pasal benda ni...good info to others...thumbs up

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang senang sangat prosesnya en Deen. Tak jalan-jalan ke mana-mana lagi ke...

      Delete
  17. Pernah dengar je...belum pernah try lagi...goodla ada info kat sini ..tak yah nak google lagi... nak ke mana lagi pak lang Mie ni...... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... dekat je destinasinya... gempak je lebih...

      Delete
  18. Belum pernah guna perkhidmatan ni lagi. Waaa...en.mie nak ke jogja ke? Saya pernah terbaca pasal nizam jogja tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe...Harap-harap servisnya bagus sebab saya ambil dia lima hari terus...

      Delete
  19. memohon entry baru by pakcik.. anything anything regarding travelling.. weee ~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakcik kalau takde trip memang takde entry CT... sorry eh... Trip about WU tu mula Ahad ni 19/10... CT pulak dah merancang nak kemana-mana ke...

      Delete
    2. CT cuti cuti malaysia ajelah dulu. itu pun masuk dalam list nak pergi semua negeri dalam malaysia. yang jejauh hold on dulu.. banyak benar cabaran..

      takpe CT tunggu lagi entry travel. happy travelling pakcik..

      Delete
  20. Tak pernah guna service nie..info yang menarik.tq...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti ada masanya Cik Nun akan guna juga... hehe.. ke Jogja...

      Delete
  21. Replies
    1. Memang best en Din... tapi tak dapat cover semua sebab tamak nak jalan-jalan lain bandar...

      Delete
  22. Replies
    1. Nantilah en Din... ada masa saya update trip tamak Jogja tu...hehe

      Delete
  23. Halo, ini blogger Malaysia ya? Maaf baru blogwalking nyasar ke sini. Salam kenal sebelumnya :)

    ReplyDelete
  24. en. mie.. maaf saya first time...harap en. mie dapat membantu..
    tolong saya....

    "Dear Noru Azlina Binti Nasir,

    This e-Mail confirms that you have received an Instant payment of RMxxx MYR
    from Alejandro Rodriguez via PayPal MERCHANDISE Payment Service.
    Reversals : This method of payment can not be reversed.
    Status : Pending - Transport Company Awaiting Payment"

    ni maksudnya lepas saya transfer duit kat Western Union... baru duit tu akan masuk ke akaun saya kan.. ke tipu mcam ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak berapa faham fasal transaksi melalui PayPal tu. Kalau cara Western Union kita tak perlukan nombor akaun, cuma nama penuh penerima dan nombor transaksi yang diberikan...dan duit diterima secara tunai...

      Delete
  25. Utk terima duit dari western berapa kena byr..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti... sebab saya selalu menghantar je... belum pernah terima. Mungkin tiada caj kot...

      Delete
  26. Klw bawah 18 boleh tak transfer gna western union niey?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Encik Anon... rasanya tiada masalah... yang penting duitnya...

      Delete
  27. Saya ada hantar wang kepada kawan oversea guna western union. Tapi silap nama. Boleh sy dptkn balik duit tu. Malas nak betulkan. Sy nak bank in online je.

    ReplyDelete
  28. Saya ada hantar wang kepada kawan oversea guna western union. Tapi silap nama. Boleh sy dptkn balik duit tu. Malas nak betulkan. Sy nak bank in online je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf en Seymie... tak tahu pulak caranya nak dapatkan balik duit tu... kena rujuk dengan WU yang anda berurusan ni...

      Delete
  29. Peelukah kita tukar MYR ke Lira Turkey @ USD utk pembayaran melalui western union?

    ReplyDelete
  30. Peelukah kita tukar MYR ke Lira Turkey @ USD utk pembayaran melalui western union?

    ReplyDelete
  31. Peelukah kita tukar MYR ke Lira Turkey @ USD utk pembayaran melalui western union?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perlu puan Hayati... Kita cuma sebutkan berapa nila Lira @ USD yang kita nak hantar. Pekerja WU akan bagikan nilai ringgitnya bersama caj berdasarkan kadar tukaran pada waktu itu...

      Delete
  32. Sis..nk tny,lpas kirim duit tu pihak penerima terus dpt ke duit?or tggu bbrapa hari lg?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya tak mengambil masa yang lama...ie boleh dapat pada hari yang sama. Sila maklumkan no MTCN kepada penerima melalui sms....

      Delete
  33. pertama kali saya tahu apa yang itu western union..huhuhu..apa2 pun...thks share ya....www.keladionline.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga berguna maklumat ini satu hari nanti buat en keladi...

      Delete
  34. Hairan juga polisi dia orang ni... habis tu macam mana nak berurusan soal pembayaran eg. soal booking dll dengan negara luar... Atau cuma helah dia tak mahu bayar pada puan...

    ReplyDelete
  35. sy nak tanya..brp limit duit yg boleh dihantar sekali transaksi

    ReplyDelete
  36. sy nak tanya..brp limit duit yg boleh dihantar sekali transaksi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry AJ saya kurang pasti ... mungkin boleh tanya di kaunter WU tu...

      Delete
  37. nk tanya boleh ke bayar duit western union melebihi tarikh ditetapkan oleh agensi tertenu boleh ke tidak atau ada cara lain untuk masalah ini

    ReplyDelete
  38. nk tanya boleh ke bayar duit western union melebihi tarikh ditetapkan oleh agensi tertenu boleh ke tidak atau ada cara lain untuk masalah ini

    ReplyDelete
  39. Hello.
    Boleh tanya tak. Klu kita suruh orang dari usa or uk bayar kita guna western union adakah kita perlu byr dulu di bank atau pejbt pos baru kita boleh dapat wNg kita?

    ReplyDelete
  40. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  41. Hello.
    Boleh tanya tak. Klu kita suruh orang dari usa or uk bayar kita guna western union adakah kita perlu byr dulu di bank atau pejbt pos baru kita boleh dapat wNg kita?

    ReplyDelete
  42. Solvea.

    Hi mahu tanya. Jika kita minta orang dari usa atau uk bayar kita guna western union adakah kita perlu bayar sebarang yuran sebelum kita boleh dapatkan wang kita.

    ReplyDelete
  43. Solvea.

    Hi mahu tanya. Jika kita minta orang dari usa atau uk bayar kita guna western union adakah kita perlu bayar sebarang yuran sebelum kita boleh dapatkan wang kita.

    ReplyDelete
  44. Anda mengalami kesulitan, insya allah kami bantu.
    Whatsapp Dahulu untuk pertanyaan : +60107670389

    Mohon dibaca sampai habis

    - Jasa booking tiket
    - Jasa transfer uang ke indonesia dngn cepat,
    Caranya cukup mudah, bankin ke acc maybank2u, selepas pengesahan, kami akan segera transferkan ke acc bank seluruh bank indonesia yg anda akan transferkan.

    Detail :
    - Nama acc penerima
    - Dan No acc penerima
    - Email bila perlu.

    Proses mengambil masa 5 - 30 mnt.
    Kami akan berikan bukti screen shoot slpas uang masuk dalam acc penerima.

    Nb :
    Dengan jaminan uang dikembalikan penuh sekiranya tdk dpt ditransferkan.

    TQ.

    ReplyDelete
  45. Anda mengalami kesulitan, insya allah kami bantu.
    Whatsapp Dahulu untuk pertanyaan : +60107670389

    Mohon dibaca sampai habis

    - Jasa booking tiket
    - Jasa transfer uang ke indonesia dngn cepat,
    Caranya cukup mudah, bankin ke acc maybank2u, selepas pengesahan, kami akan segera transferkan ke acc bank seluruh bank indonesia yg anda akan transferkan.

    Detail :
    - Nama acc penerima
    - Dan No acc penerima
    - Email bila perlu.

    Proses mengambil masa 5 - 30 mnt.
    Kami akan berikan bukti screen shoot slpas uang masuk dalam acc penerima.

    Nb :
    Dengan jaminan uang dikembalikan penuh sekiranya tdk dpt ditransferkan.

    TQ.

    ReplyDelete
  46. Baru lpas kirim wang via Western Union kat Indonesia. Bulan Mac dulu die cas 10 lbih skrg dah Rm15 lbh. Adehh.. Tapi kali ni saya pi RHB Bank selalunya Pos Malayaia jer. Xtaulh ade prbzaan x antara bank n pjbt pos. Pe2 pun korang kene siap2 lh bawak duit lbh. Tadi nasib baik cukup2 jr. Kirim rm60 tp kne bg rm75 lbh. Bwk rm76 huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak guna lagi servis ini. Skrang saya guna Telegraphic Transfer guna CIMB clicks. Cajnya cuma RM10 je. Terus masuk ke akaun penerima. Lebih cepat dan selamat. Bank2 lain pun boleh juga...

      Delete
  47. terus masuk akaun penerima ke tuan? ada yang kata kena tggu 2-3hri bekerja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya terus masuk... tapi sekarang saya gunakan online banking je... lebih mudah, cepat dan selamat...

      Delete
  48. brapa Myr servis charged cimb click tuan?

    ReplyDelete
  49. Salam guna western union ni siap2 kne tukar mata wang ke cmne..mcm nak hantar ke indonesia siap2 pkai rupiah ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perlu tukar... sebutkan saja nilai yang kita nak hantar dalam Rupiah dan bayar guna duit ringgit bersama sedikit komisyen...

      Delete
  50. SERVIS TRANSFER MYR TO IDR

    Anda mengalami kesulitan, insya allah kami bantu.
    WA : +60107670389

    – Jasa booking tiket
    – Jasa transfer uang ke indonesia dngn cepat,
    Caranya cukup mudah, bankin ke acc maybank2u, selepas pengesahan, kami akan segera transferkan ke acc bank seluruh bank indonesia yg anda akan transferkan.

    Detail :
    – Nama acc penerima
    – Dan No acc penerima
    – Email bila perlu.

    Proses mengambil masa 5 – 30 mnt.
    Kami akan berikan bukti screen shoot slpas uang masuk dalam acc penerima.

    Nb :
    Dengan jaminan uang dikembalikan penuh sekiranya tdk dpt ditransferkan.

    TQ.

    ReplyDelete
  51. Kalo public holiday means raya ke...western union bukak ker

    ReplyDelete
  52. Tumpang lalu sesiapa majikan atau agent yg perlukan maid sila pm saya for details terima kasih whatsapp +6282175960021

    ReplyDelete
  53. asalam mie , saya nak tanya ada caj apa² ke kalau nak terima wang ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam... kurang pasti sebab saya cuma hantar saja...

      Delete
  54. Kalau guna WU ni nak kene ada no akaun penerima ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak perlu... seperti yang dinyatakan di atas...

      Delete
  55. Hai. Nk tanya mcm mana penerima kat sana nk terima duit kita hantar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita beritahu pada penerima no transaksinya... MTCN tu...

      Delete
  56. Salam nak tanye, klu tersalah ejaan nama penerima mcm mane ye, still dia org boleh ambik ke duit tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti.. mungkin boleh asalkan no akaun penerimanya betul...

      Delete
  57. maaf nak tanye.. kalau kirim ke indonesia, penerima tak bagi no poskod tu cmne? sbb dy pun tak tahu no poskod tu.. jd boleh letak no lain?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ikut contoh resit kat atas tu memang tak perlu pun nombor poskod...

      Delete
  58. Kalau kita cuma ada no akaun bank n nama orang tu je, macamana ye kita nak hantar duit? Bole ke anta duit guna western union kalau takde alamat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tanya terus kat Western Union atau bank yg berkaitan...

      Delete
  59. Western union boleh digunakan utk transfer duit ke Bank BCA indonesia tak?

    ReplyDelete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...