Hari kedua di Batam kami bercadang untuk melawat ke beberapa tempat tarikan yang ada di sini. Mulanya kenderaan bersama supir sudahpun ditempah melalui batamtransport.com dengan harga SGD65. Keretanya jenis Toyota Avanza dan cukup sesuai untuk kami sekeluarga. Tapi last minute cik wife kata adiknya yang seminggu lebih awal ke sana dapat kereta sewa yang lebih murah. Caranya ialah direct nego dengan supir yang berlegar-legar di kawasan hotel. Jadi pembatalan pun dibuat disaat akhir dengan WhatsApp kepada syarikat. Nasib baik diaorang tak marah-marah.
Memang senang nak cari supir kat sini. Cajnya pun lebih murah dan keretanya pun boleh tahan. Tapi bersedialah untuk bengang kalau tersalah pilih kerana ada diantaranya tak begitu cukup info tentang tempat-tempat menarik walaupun untuk pulau sekecil Batam tu. Wah masa nego tu bukan main lagi, cakap saja mana mau pergi diaorang boleh hantar. Tapi banyak yang ke laut jadinya. Kau nak murah sangat kan, jadi ambiklah.
Jambatan Barelang adalah lokasi pertama lawatan kami di Batam. Lama kami berada di sini kerana pemandangannya yang cantik dan nyaman kerana sentiasa berangin. Seolah-olah kami tahu lawatan seterusnya memang agak membosankan.
Oklah layan saja foto-foto tempat yang kami sempat singgah.
Jambatan Barelang. Local tourist sedang berfoto.
Jambatan Barelang yang menghubungkan Pulau Batam dengan pulau-pulau lain dibahagian selatan.
Info mengenai Jambatan ini dari wikipedia Indonesia:
Jembatan Barelang (singkatan dari BAtam, REmpang, dan GaLANG) adalah nama jembatan yang menghubungkan pulau-pulau yaitu Pulau Batam, Pulau Tonton, Pulau Nipah, Pulau Rempang, Pulau Galang dan Pulau Galang Baru. Masyarakat setempat menyebutnya "Jembatan Barelang", namun ada juga yang menyebutnya "Jembatan Habibie", karena beliau yang memprakarsai pembangunan jembatan itu untuk menfasilitasi ketiga pulau tersebut yang dirancang untuk dikembangkan menjadi wilayah industri di Kepulauan Riau. Ketiga-tiga pulau itu sekarang termasuk Provinsi Kepulauan Riau. Jembatan Barelang telah menjadi ikon Kota Batam, bahkan telah populer sebagai landmark-nya Pulau Batam. Apabila Kota Jakarta identik dengan Monas maka orang akan mengidentitikan Kota Batam dengan Jembatan Barelang (Barelang Bridge). Terdapat enam jembatan keseluruhannya.
- Jembatan Tengku Fisabilillah (jembatan I), jembatan yang terbesar
- Jembatan Nara Singa (jembatan II)
- Jembatan Raja Ali Haji (jembatan III)
- Jembatan Sultan Zainal Abidin (jembatan IV)
- Jembatan Tuanku Tambusai (jembatan V)
- Jembatan Raja Kecik (jembatan VI)
Banyak pulau-pulau kecil di perairan ini
Resort yang masih agak baru.
Atas jambatan Barelang. Tak sanggup jalan sampai ke tengah kerana angin kencang sangat.
Pemandangan agak cantik di sini.
Jambatan pertama yang dilihat dari jambatan kedua.
Sesuai untuk memancing kerana jambatan kedua ini lebih rendah.
Jeti nelayan
Tidak banyak kenderaan yang melalui jambatan ini kerana kurangnya pembangunan di pulau-pulau selatan berbanding Batam.
Selesai di jambatan Barelang, supir membawa kami ke satu pantai. Bila ditanya pantai apa, dia pun tak yakin nak jawab. Masa kami sampai sudah hampir tengah hari, jadi tak ada satu manusia pun di situ. Nak masuk pantai ini dikenakan tiket untuk setiap orang dan kenderaan yang dibawa. Keadaan airnya agak bersih dan biru walaupun pantainya pendek dan tak begitu menarik. Sampah sarap tak payah cakaplah, terpaksa edit foto untuk nampak cantik. Sebab tu cuma nampak gambar air saja. Sebenarnya kami mahu ke pantai Nongsa kerana ada beberapa tarikan di situ. Supir cakap tempat tu jauh lagipun dia ada janji pada petangnya. Takut tak sempat pulak. Masa nego tak pulak cakap ada hal.
Dari pantai entah apa-apa entah, kami cakap kat supir nak ke Coastarina. Tempat ini agak popular kepada pelawat. Supir kata dia tak tahu tempat ini. Terpaksa dia berhenti beberapa kali untuk bertanyakan lokasinya. Padahal tempat ini tidak begitu jauh dari Batam Center di mana terletaknya terminal antarabangsa bagi feri yang sampai di Batam.
Panas berdenting tempat ni.
International Ferry Terminal, Batam Center.
Untuk makan tengah hari, kami singgah di Mega Mall Batam Center. Banyak restoran yang agak baik boleh dipilih. Akhirnya kami sepakat untuk ke restoran Bumbu Sunda yang terletak di tingkat satu. Tingkat satu Mega Mall ini disambungkan terus ke terminal feri antarabangsa yang terletak bersebelahan melalui jejambat.
Susunaturnya agak menarik.
Cara pesanan di sini agak berlainan dengan restoran biasa. Pesanan dibuat di kaunter dan kemudian makanan akan dihantar ke meja pelanggan.
Selesai makan kami singgah di Masjid Agung Batam Center.
Bahagian dalam
Kawasan lapang di belakang masjid telah siap-siap dibuat dengan saf untuk bersolat terutama pada hari Jumaat. Keseluruhannya masjid ini boleh menampung sehingga 15,000 jemaah
Destinasi terakhir kami pada hari itu walaupun baru jam empat petang ialah ke kedai oleh-oleh khas Melayu Batam. Ada banyak cawangannya. Yang ini terletak berhampiran Nagoya Hill Mall. Produk utamanya ialah kueh bingka bakar dan kek pisang pelbagai rasa. Macam kueh bingka bakar tu, ada perisa biasa, jagung, durian, pandan, coklat dan bijan.
Sesuai dijadikan buahtangan.
Banyak juga yang kami beli, padahal kat tempat kita pun ada. Cuma rasanya agak berlainan.
Ada sesiapa yang berminat jalan-jalan ke Batam. Silakan...
Secara keseluruhannya kami memang tidak puas hati dengan trip kali ini terutamanya kerana tidak dapat ke Pantai Nongsa yang merupakan pantai tercantik di sini. Berhampiran pantai ini juga ada terdapat miniature park rumah-rumah tradisi rakyat Indonesia. Jadi kepada sesiapa yang nak ke sana saya nasihatkan, berurusan saja dengan agen lawatan yang berdaftar kerana mereka lebih mahir selok belok pulau Batam kerana itu bidang bisnesnya. Untuk supir jalanan, mungkin ada juga yang bagus, cuma kami dapat yang agak kurang informasinya.http://www.batamtransport.com
menarik juga Batam Island untuk dilawati...
ReplyDeleteAgak menarik, tapi perlu lebih banyak tarikan. Rasanya Batam ni lebih kepada tempat shopping...
DeleteMungkin supir itu baru jadi supir dan kurang berpengalaman. Atau dia mungkin bukan orang Batam.
ReplyDeleteTentu senang berkomunikasi dengan orang sana sebab bahasa mereka sama dengan kita, kan?
Agaknya muka anak Mie yang selalu jadi model dalam blog ini, sebijik muka Mie, betul tak?
Supir tu orang Padang. Tapi mengikut katanya dia dah lama tinggal di Batam. Mungkin dia layak jadi supir untuk penduduk tempatan, bukan pelancong...
DeleteSoal komunikasi memang tak ada masalah tapi tiada lagi kedenganran sebutan Melayu Riau... semua dah macam sebutan dalam sinetron... :)
Tak betul kerana ketiga-tiga muka anak saya memang tak seiras dengan saya... dan di antara mereka juga.
Eh ..lupa nak komen....gambar yang terakhir tu sama dengan nama blog Mie ni, agaknya dia dapat ilham dari blog ini kot... :)
ReplyDeleteHehe... secara kebetulan je tu...
DeleteDahsyat sungguh supir tu....gambar-gambar mie cantik belaka..rindu sungguh Naramas Aman nak tengok gambar Mie. Mesti kacak orangnya seperti anak-anaknya.
ReplyDeleteBetullah en Din, rugi rasanya dapat supir macam tu.
DeleteGambar agak Ok kerana cuaca memang bagus masa saya ke sana. Itu pun cuma guna kamera cap ayam je...
Kat entry yang lama, rasanya ada foto saya. Masa tu slim lagi... hehe...
Dulu masa meeting seminggu kt jb, hmoir terpergi ke batam... tp x dpt p sebab luoa bwk pasport..mmg batam ni always windy ker?
ReplyDelete*hmpir
Delete*lupa
Almaklomla..key dkt hp ni kecik... tu yg typo sesaje...;)
Wah meeting sampai semingu... Rugilah tak ke sana sebab naik feri dalam sejam lebih je... Batam sentiasa berangin masa tu, mungkin memang musimnya...
DeleteX puas hati kan dpt supir mcm bila dh murah itulah risiko nye tp x pe semua tu pengalaman dan jd pengajaran tuk kaki travel yg lain :-)
ReplyDeleteBetul tu JM, kekadang tu memang bergantung kat nasib juga. Orang yang tak jujur ni ada di mana-mana...
DeleteWahhh...... cantik juga suasana dan pemandangan dekat Batam ni ye... saya belum pernah sampai sini...
ReplyDeleteAgak cantik juga, cuma masih belum cukup menarik. Untuk shopping Ok lah. Bolehlah SR ke sana satu hari nanti..
DeleteTerima kasih kerana singgah di sini. Saya dah singgah di blog saudara...
ReplyDeleteWah cantiknya gambar..tulah nekcik pergi pun dulu pun pusing pusing nagoya jugak...resort tu baru nak buat waktu tu
ReplyDeleteCuaca agak baik dan terang masa tu. Tu yang dapat gambar elok sikit. Sebenarnya ada beberapa tempat yang menarik kat Batam ni, tapi dapat supir cukup info.. agak rugilah juga...
DeleteSalam,
ReplyDeleteSinggah nak tengok Batam..hehe
Kena tengok yang real punya... lagi best kot... :)
DeleteKalau naik flite, berapa ek kena bayar airport di Batam?
ReplyDeleteCukai airport cuma Rp100K shj...
Deletegeram jugak kan..tapi takpelah, jadi pengajaran utk next trip.
ReplyDeleteBetul tu Ujie... kenalah beringat lain kali...
Deletelepas singapore saya pun ke batam, best sangat tapi sayang tak ke jambatan barelang.
ReplyDeletekau kena haze tak disana?
Batam memang best, tapi perlu masa yg lebih panjang untuk explore. Rugi tak ke jambatan Barelang tu..
DeleteCuaca masa tu sangat baik..
As salam Mie...lawa jugak rupanya batam ni...pas nak ke mana pulak tu...
ReplyDeleteAssalam kembali wa...
DeleteBoleh tahan cantik... bolehlah untuk melepas gian berjalan...
Minggu depan ada stu trip lagi... jauh sikit... hehe
As salam...boleh bg contact supir x?tq
ReplyDelete0124486148
Wsalam en Fazdizamri,
DeleteSaya tak rekomen untuk guna supir yang saya ambil. Lebih baik buat tempahan dari http://www.batamtransport.com
Tahun 2003 perna ke batal tapi cuman buat nyebrang ke singapore, blm perna explore daerah wisata nya. kayaknya perlu kembali lagi kesana :-)
ReplyDeletedorang mmg pakai S$ ke? tak pakai Rp?
ReplyDeleteGuna rupiah...SG dollar utk dapat tukaran yg lebih baik rasanya...
Deletewah, temapat wisata dibatam juga banyak sekali ya gan..
ReplyDeletejalan jalan ke bromo bersama kami Mount Bromo Tour Package From Singapore & Malaysia
ReplyDelete