Friday, June 27, 2014

Australia Part 9 - Great Ocean Road 1 - GOR Memorial Arch, Lorne Beach dan bermesra dengan burung.

Hari kedua di Melbourne. Hari ini adalah dikhaskan sepenuhnya untuk join trip Great Ocean Road Tour. Perjalanan pergi balik keseluruhannya ialah 500 kilometer. Pakej untuk trip ini kami booking online melalui Melbourne Australian Tours (MAT). Harganya ialah AU$85 seorang termasuk disediakan minuman pagi semasa berehat di tepi pantai dan juga makan tengah hari. Agak mahal harganya tapi tak apa asalkan jangan congceng congceng sudahlah.  Pembayarannya ialah secara tunai tetapi dengan jaminan kad kredit. Jika kita tidak muncul pada hari yang dijanjikan tanpa memberikan apa-apa notis barulah potongan dari kad kredit akan dilakukan.

Jam lapan pagi kita orang sudah diarahkan menunggu di depan hotel. Ada lapan orang yang menunggu di situ termasuk warga Indonesia dan India. Pemandu merangkap tour guide pada hari itu ialah Mr Neil yang berumur enam puluhan. Masih bertenaga dan cekap pemanduannya walaupun sudah agak berusia. Sambil memandu, dia akan menerangkan tempat-tempat yang dilalui di sepanjang perjalanan.

Laluan Great Ocean Road Tour

Sebahagian besar laluan perjalanan semasa pergi adalah melalui kawasan tepi laut yang cantik.
 (cilok uncle Google)

Great Ocean Road ialah sebatang jalan yang terletak di bahagian barat daya negeri Victoria yang bermula dari Bellarine Peninsula di Geelong hingga ke Portland di sempadan negeri Australia Selatan.

Persinggahan pertama trip ini ialah di kawasan Anglesea golf club. Di sini sepatutnya ada banyak kangaroo berkeliaran. Pada masa sampai di sini hujan pulak, jadi hanya ada beberapa ekor saja yang nampak dari kejauhan. Bas pun tak jadi berhenti.

Berhenti sekejap di pantai Urquhart Bluff.

Ada beberapa orang sedang surfboarding.

Perjalanan melalui pinggir pantai.

Perhentian seterusnya ialah di The Great Ocean Road Memorial Arch.  Memorial ini dibina untuk memperingati ribuan askar yang balik dari perang dunia pertama yang membina jalan ini diantara tahun 1918 hingga 1932. Memorial ini terletak di Eastern View iaitu 5 kilometer di barat daya Aireys Inlet. Ada juga beberapa arca yang diperbuat daripada gangsa yang menggambarkan beberapa anggota sedang membina jalan dan juga papantanda yang menyediakan maklumat mengenai memorial ini.

Lokasinya berhampiran pantai dan ada disediakan tempat letak kenderaan. Tempat ini merupakan tempat persinggahan wajib bagi pelawat-pelawat untuk berfoto sebagai tanda pernah melalui jalan ini.

Maklumat mengenai tempat ini.


Pintu Gerbang Great Ocean Road.

Bukti sudah sampai di sini.

Arca yang diperbuat daripada gangsa.

Jam 11.00 pagi Mr Neil memberhentikan bas di satu pantai berhadpan pekan Lorne untuk berehat serta makan dan minum bekalan yang disediakan oleh pihak MAT . Kira macam tempat R&R. Ada kemudahan bilik air di sini.

Pekan Lorne

Bas yang membawa rombongan kami.

Cantik pantainya.

Burung-burung camar.

Burung kakaktua liar yang jinak pun ada.

Selesai berehat kira-kira setengah jam, perjalanan diteruskan ke satu kawasan yang paling menyeronokkan sepanjang trip ini iaitu di sebuah taman pinggir jalan di mana terdapat banyak burung kakaktua dan parrot liar.

Mr Neil turun dan terus menuju ke kedai yang ada di situ untuk membeli biji-bijian makanan burung dan dibahagikan kepada semua orang.

Kedatangan disambut oleh burung ini.

Semakin lama semakin banyak.

Ada dua jenis spesis parrot kat sini.

Habis makanan yang ditabur di tanah barulah burung ni makan ditangan.

Jinak sesangat burung-burung ni. Mr Neil pun tumpang gembira.

Burung pun mahu berselfie. Banyak juga itik tapi semua buat tak kisah.


Nak ikut balik boleh tak...

Dua spesis berlainan.

Bukan main lagi burung ni.



Kakaktua pun ada, tapi tak berani nak hinggapkan di tangan... kukunya tajam ooo...

Ada juga koala di sini. Tapi macam sengaja diletak untuk tarikan. Itulah sekor yang ada.


58 comments:

  1. Di aussie byk sangat burung bebas berterbangan... Besar2 pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah en Din... yang peliknya, jinak-jinak pulak, tak macam kat tempat kita...

      Delete
  2. Sebenar harga tu tak mahal la kot PLM..sebab ada sarapan dan makan petang kan..pastu Cik Nun tak datang pun ada burung kakak tua macam ni.ada singah pun burung yg tak banyak macam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maknanya pakej yang CN dapat memang sangat basic... pastu congceng kan... hehe.. tapi banyak jimat tu...

      Delete
    2. Salah..hehe..congceng tu...yg kak kiah ikot...Cik Nun tak da pun congceng2..haha..nanti Cik Nun update..

      Delete
  3. waaaah kalo kat mesia ni taman burung pun belum tentu dapat manje manje dengan burung sampai cenggini sekali :D jjang jjang..!! koala tu aalaaaa tomey ngat aih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan belum tentu dapat manja2... malah burung tu pun tak boleh hidup... terus pupus... kena tangjkap dan dijual... Haah koala tu comel sangat tapi statik je... takde respon langsung...

      Delete
    2. hihiks koala kan gerak lambat.. btw CT tngk semua panggil Pak Lang Mie hahaha CT pun nak panggil Pak Lang Mie lah.. :P

      Delete
    3. OK no hal CT...PLM pun sebaya ayah CT rasanya... Selamat berpuasa...

      Delete
    4. hahaks.. ayah CT pun orang panggil Mi jugak :P

      Delete
  4. Tak bermesra dgn koala bear atau kanggaro atau wallabie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Koala bear tu cuma sekor, pastu duk diam2 je... Kanggaroo dapat peluk2 masa trip ke Phillip Island...

      Delete
  5. bila baca tajuk tanjat jugak naper "bermesra dgn burung" ohhhh...barulah tahu jawapannya...mmg mesra betul tu..kalau JM jadi Pak Lang mie..nk bawak balik sekor bela kat umah..

    ehh Cik Nun tak pegi tempat nih..patutlah murah kiranya setimpal dgn harga lah ek...ermm..masih pertimbangkan nak ambil pakej mahal ke mura..PLM..makan yg di sediakan tu of course lah HALAL kan..

    No Wonder lah di beri nama GREAT OCEAN ROAD..mesti next entri view lagi cantek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahaya kan ayat tu JM..hehe. Memang jinak yakamat...

      Of courselah halal JM. Masa minum tu diaorang bagi biskut2 je dengan coffee... Masa lunch pulak makan di restoran yang ada perakuan halal... takcaya tanya DJ...

      Next entry lambat sikit kot... bulan puasa... anyway... stay tune...

      Delete
    2. yup makanan di kedia yang provide halal food...hehehe sy punya trip aritu uncle tu bawak ikut mana tah sbb ktorg nakpi tgk kangarooo, so tak lalu pun kwsn ada pintu gerbang tuh....hehehe melepasss nak melompat dpn pintu gerbang GOR tau..hehehe

      Delete
    3. DJ ikut uncle Neil juga ke..

      Kata orang kalau lawatan ke GOR tapi tak ambil gambar kat gerbang tu macam tak sah lawatannya. So DJ kenalah repeat... ajak JM sekali...boleh lompat sama-sama nanti... heheh

      Delete
    4. Pak Lang Mie..ooo Pak Lang Mie...tuk..tukk..ada ke tak ni ke tak balik solat jumaat lagi heee...uhukk..huk..huk..rasa cam nama di sebut2 pulak ekekeekke

      DJ tu kalau dh pernah pegi "SOLO"...mesti second trip dia mau pergi ngan 'buah hati' pulok...mana boleh JM kacau daun..tul tak DJ heee...lain lah kalau DJ + buah hati dan JM + buah tangan heee

      Delete
    5. JM dapat rasakan bulan puasa nanti..blog PLM pun 'puasa' jugak..so kami semua perlu 'puasa' dari terjah ke sini tul tak?

      Delete
    6. Tak juga sebab ada empat entry lagi... mungkin seminggu sekali... sebelum raya habislah kiranya...

      Delete
    7. Bkn neil...uncle tu refer pd uncle yg sy x ingt nma nya..hahaha....tp tua gitu juga la....

      Nk repeat melben tp bkn dlm masa tdkt...nk la pi goldcoast n perth dulu...hehe amboi jm...buah hati xmuncul lg.kalo ada konpemmm ajk skali!hahaha

      Delete
    8. JM yer CN tak p tempat nie.tapi pergi tempat len..asa burung juga tapi tak banyak macam ni

      Delete
  6. Memang menarik trip ke GOR. Satu lagi tempat yang wajib pergi. Pemandangannya amat memukau, terutama sekali Twelve Apostles. Tapi saya tak pasti pula apa pandangan Mie?

    Bermesra dengan burung sehingga berselfie ni nampak macam seronok je. Tak kena berak ke he he he?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemandangan memang sangat cantik... tapi cepat sangat gelapnya...

      Burung-burung dia orang pun berdisiplin... kat negara maju katakan... dah bagi makan... takkan nak berakkan kita pulak... tau pulak trend terkini... berselfie.... :)

      Delete
  7. Terbaik lah Pak Mie. Pemandangan yang indah. Pantai yang bersih. Burung-burung liar pun banyak dan jinak. Memang tidak rugi pakej GOR ini.

    Yang saya pelik, kenapa wajah hensem pak Mie selalu diburamkan. Pak Mie takut terkenal seperti Artis ya ? hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang berbaloi pakejnya... moga suatu hari nanti mas Gunadi berpeluang ke sana...

      Tak apalah Mas Gunadi... biarlah yang muda-muda jadi sepopular artis... macam mbak JM tu.. saya mahu kekal misteri... hehe

      Delete
    2. Pak Lang Mie ni..saje je tau...Mas Gunadi..kalau nk tahu...bila sebut je PLM owner blog Jalan-Jalan tu semua org kenal..saje je LOW PROFILE...Mbak JM ni fofular?..ahahaha..PENGSAN!!..PLM perli lah tu heeee

      Delete
    3. JM memang popular... respon entry pun ratus ratus... itu sudah menjadi bukti kefofularan seseorang blogger... sudah tersohor gitu... :)

      Delete
  8. cantiknyer view En Mie.... jeles sungguh melihatnyer..huhuhu.... burung2 tu pon jinak2 semua...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Fari.... next trip bolehlah ke sana pulak... Tu lah rasa macam nak bawak balik je burung2 tu... bila kita pegang pun cuma merengek2 je... tak menggelupur pun...

      Delete
  9. wahh jinaknya burung2 tu..best best best!!! sure byk tempat lagi tour tu stop..tak sabar nk baca yg seterusnya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zila punya trip dulu takde sesi bermanja dengan burung2 ke... rasanya trip seterusnya lebih kurang sama je...

      Delete
    2. Takde mie..kalo adapun xberani lah saya..kang kena patuk bijik mata..hahaha

      Delete
    3. Takkan patuk punya sbb bentuk paruhnya ke bawah... tak mcm burung lain...

      Delete
  10. cantik warna parrot tu...green + red...burung kakaktua tu kalau boleh bercakap, best kan..kesian itik, takde siapa yg layan..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sangat cantik dan jinak pulak tu... Itik2 tu pun itik liar.. pun tak takut dengan orang..

      Delete
  11. Memang mesra sggh burung-burung kat situ. Plus view pun sgt ohsem!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasiblah Jea diaorang bawa ke situ... setengah trip tu skip tempat tu...

      Delete
  12. cantik sekali burungnya , perjalanan yang sangat menyenangkan ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudah tentu mbak Defa... thanks for visiting... selamat berpuasa...

      Delete
  13. Ya Allah bestnye main dengan burung2... :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best sang Arjuna...sangat jinak burung2 nya... jalan-jalan negara orang sambil merehatkan minda...

      Delete
  14. best jugak dapat main-main dengan parrot tu!
    Ish tak zabar pulak nak ke situ.

    Selamat berpuasa en mie!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bole je Ren sampai sana satu hati nanti... selamat berpuasa juga buat Ren...

      Delete
  15. Replies
    1. En Din... entry seterusnya mungkin lambat sikit...

      Saya pun tengah menunggu...bila en Din nak mulakan entry Aussie tu... :)

      Delete
  16. Selamat berpuasa en.mie...
    Cantik cuaca kat GOR

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berpuasa juga buat cik Ta sekeluarga...

      Cuaca hari tu agak mendung sebenarnya dan diselangseli oleh hujan gerimis...

      Delete
  17. berkunjung kemari sambil menyimak, selamat menunaikan ibadah puasa, salm. ditunggu kunjungan baliknya ya ^_^

    ReplyDelete
  18. aduh seneng bener deh main2 sama burung, dan warna bulu burung ko bagus ya hijau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya benar Putri,,,cantik banget burung-burung tu...

      Delete
  19. mmg tak pgilah nekcik bermesra ngan burung burung ni...tngok bulu ayam pun dah melompat..apa lagilah nak bermanja manja ngan depa ni...hu..hu...jhn gelak tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setengah orang takut dengan kucing... tapi Nekcik takut dengan burung dengan ayam...

      Jangan tak makan ayam pulak...hehe

      Delete
    2. iya Mie..takut tahap gaban kat diorang tu....biarlah nekcik pegang cacing ke ular...yg x gigitlah
      dah tua tua ni baru makan ayam..tapi klau takde pilihanlah

      Delete
    3. Camtu pulak... kelakar betul Nekcik ni. Ye la nak buat macam mana kan...

      Delete
  20. If saya diberi kesempatan ke Australia, the first place I wanted to go is GOR ni la Pak Miee. Teringin sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang recomended zaraab... Tapi kalau memandu sendiri agak lebih rilek, tak perlu terkejar-kejar macam ikut pakej. Boleh bermalam lagi kat sana...

      Delete