Perjalanan dari sempadan China ke Hong Kong agak lancar walaupun orang tersangatlah ramai dan bersesak semasa di stesyen Lo Wu. Padahal waktu bukan hari cuti atau waktu orang balik kerja. Dari Lo Wu ada dua pilihan untuk sampai di Tsim Sha Tsui dengan MTR. Rujuk peta di sini.
Laluan 1: Lo Wu ke Hung Hom tukar train dan sambung ke East Tsim Sha Tsui.
Laluan 2: Lo Wu ke Kowloon Tong tukar train ke Yau Ma Tei dan tukar train lagi ke Tsim Sha Tsui.
Laluan pertama agak meletihkan kerana kita perlu berjalan dari stesyen East Tsim Sha Tsui ke stesyen Tsim Sha Tsui melalui jalan bawah tanah lebih setengah km. Kami sampai di Tsim Sha Tsui, Kowloon pada jam tiga petang dan terus check in. Hotel penginapan kami terletak di Cameron Road, tidak jauh dari Masjid Kowloon di Nathan Road.
Kami berehat sebentar dan membuka bekalan makanan kerana hari dah agak lewat. Hanya bersarapan pagi di dalam kapalterbang pada awal paginya. Oleh kerana di sini agak susah untuk mendapatkan makanan halal, kami membawa beberapa makanan siap yang hanya perlu dipanaskan saja peknya dengan air panas seperti nasi goreng, nasi beriani dan tidak lupa mee segera. Di sini bukan tidak ada restoran makanan halal, tapi harganya agak tinggi. Restoran halal ada terdapat dikawasan Chung King Mansion yang menjadi tumpuan pengunjung dari Asia Selatan.
Avenue of Stars
Selesai menunaikan kewajipan dan melegakan otot-otot kami keluar semula untuk bersiar-siar. Destinasi kami ialah Avenue of Stars yang terletak menghadap Pulau Hong Kong tidak jauh tempat penginapan kami. Di waktu ini jam enam petang keadaan sudah mulai gelap.
Dari kejauhan sudah terlihat bangunan-bangunan pencakar langit di Hong Kong Central Finance District yang menjadi ikon utama di sini. Pemandangan di sini pada waktu malam amat menarik setanding pemandangan di Marina Bay, Singapura.
Kawasan Avenue of Stars ini di bina di atas air. Beberapa patung artis terkenal Hong Kong dan China di abadikan di sini. Terdapat juga nama-nama artis lain yang di letakkan dalam bentuk bintang di atas laluan tersebut.
Pemandangan ke arah Pulau Hong Kong
Kami lepak di sini lebih kurang sejam lebih sahaja. Orang agak ramai dan cuaca juga baik. Suhu waktu ini masih dalam lingkungan 24 darjah Celcius dan masih belum perlukan baju sejuk. Kami balik semula ke hotel kerana hari ini agak meletihkan. Sempat singgah sebentar di kedai cenderamata yang terdapat di tepi Jalan Nathan iaitu jalan utama di kawasan Tsim Sha Tsui.
mknn siap yg mie sebut tu yg mcm askar punya ya..
ReplyDeletemana nak dpt?
Salam Ujie,
ReplyDeletePek tu takla mcm askar punya. Ianya di pek dgn plastik yg dikotakkan, komersil punya. Boleh di dapati di semua hypermarket.
Harga agak tinggi sedikit berbanding benda yg sama kat restoran. Tapi worth buying, terutama utk travel kat negara2 yg susah nak dpt makanan halal...
wohoa..up dah ;)
ReplyDeletebile la nak sampai ni...ihihi
Salam mie...,
ReplyDeleteHong Kong - Macau - Shenzhen.... aku gi Singapore jer.... tu pun dah kalut....
Kemang,
ReplyDeleteNanti abis belajar, sampailah tu. Saya pun baru je berpeluang dapat ke sana...
Man,
ReplyDeleteOK lah tu sebagai permulaan. JB, Singapore dan Sentosa... :)
wah cantiknya hong kong.. teringin sangat nak pergi ni.. tp blom ada kesempatan..
ReplyDeleteso total dari shenzhen nak masuk keluar hong kong berapa kos nyer abang mie?
visa die sure lah lagi mahal kan~
shah_rule,
ReplyDeleteKalau kita mendarat di Shenzhen dan bercadang nak ke HK dan balik semula melalui Shenzhen, double entry visa diperlukan. Tak Mahal RM78 je. Rujuk sini
Kos bergantung kpd berapa lama kita di HK. Kat HK semua mahal terutama lodging. Tapi tempat2 menarik banyak di HK. Pastu kalau dah sampai HK, tentulah nak ke Macau pulak sbb dah dekat.
boleh sy tau hotel mana menginap & costnya? thanks
ReplyDeleteHotel tu saya tak berapa ingatlah Diya, tapi kalau nak senang booking saja hotel yang ada di Chungking Mansion... makanan halal pun mudah nak dapat...
Delete