Hari Raya Eidul Adha yang jatuh pada hari Ahad dan bersambung cuti pada hari Isnin serta cuti sekolah hingga hari Selasa telah mencetuskan idea untuk bercuti di luar kawasan. Kami sekeluarga bersama ipar telah memilih untuk bercuti di A'Famosa Resorts, Melaka. Sebuah banglo empat bilik dengan kemudahan kolam renang menjadi lokasi penginapan kami. Kawasan banglo ini agak tenang kerana jauh dari kawasan Water Park. Kami bertolak ke sini pada jam 12 tengah hari iaitu selepas berehat sebentar setelah menunaikan solat sunat Eidul Adha.
Sampai di sini pada jam dua setengah petang dan terus mendaftar masuk. Banglo ini milik persendirian, tapi semua penyelenggaraan diuruskan oleh pihak resorts. Disebabkan di sini sudah disediakan kolam renang, kami semua tidak masuk ke taman tema air yang ada di resorts ini.
Pada malamnya kami ambil kesempatan keluar ke bandar Melaka yang mengambil masa lebih kurang 45 minit. Sesampai di bandar Melaka nasib agak kurang baik kerana hujan mula turun. Itu belum masuk lagi masalah kesesakan jalannya. Destinasi pertama kami ialah Pulau Melaka untuk melihat masjid yang banyak ditulis dalam blog antara masjid yang tercantik. Nasib tidak menyebelahi kami kerana pagar masjid sudah pun dikunci kerana jam sudah menunjukkan hampir sepuluh malam. Lagipun kawasan Pulau Melaka ini lebih kepada kawasan komersil berbanding kawasan kediaman. Hanya dapat ambil gambar dari luar pagar.
Destinasi seterusnya ialah Dataran Pahlawan. Agak susah meletak kenderaan di sini terutama pada musim cuti. Setelah berpusing banyak kali akhirnya dapat satu lot parkir berhampiran Pahlawan Walk Market. Di sini banyak terdapat kedai menjual cenderamata. Di sebelahnya pula terdapat pasar malam. Tapi hujan semakin lebat, dan kami terperangkap dalam kedai hampir sejam.
Masalah di kawasan Bandar Hilir ini ialah sistem jalannya kebanyakannya adalah jalan sehala. Jika sudah terlepas tempat yang kita nak berhenti, kita terpaksa berpusing agak jauh. Bagi yang tidak biasa mungkin tak jumpa tempat asal, lebih-lebih lagi bila berjalan pada waktu malam.
Hampir jam dua belas malam baru kami beredar dari dari kawasan Dataran Pahlawan. Masing-masing agak kecewa kerana tak dapat apa yang dihajati. Sampai di resorts agak lewat, tapi tiada masalah kerana resorts ini di buka 24 jam.
Dalam perjalanan pulang keesokan harinya, kami sengaja memilih untuk mengikuti jalan lama menuju ke Seremban. Tujuannya ialah untuk singgah di gerai cendol yang sangat tersohor iaitu gerai cendol Leman Dawi. Saya memang dah lama tak melalui jalan ini terutamanya untuk balik kampung semenjak lebuhraya siap. Inilah kali pertama singgah di sini.
Komen saya secara jujur ialah cendolnya tidaklah sesedap mana. Banyak lagi cendol yang jauh lebih sedap boleh didapati di sekitar Shah Alam. Bahan utamanya iaitu cendol terasa seperti kuih kasui. Orang tertarik untuk ke sini mungkin kerana harganya yang murah dan boleh tambah secara percuma. Gerai ini juga pernah mendapat liputan TV kerana keramahan dan kepetahan pemiliknya dalam mengingati fakta-fakta mengenai negeri-negeri di Malaysia sambil melayan pelanggannya.
SALAM,
ReplyDeleteOH SERONOKNYA DAPAT BERSAMA KELUARGA DAN JALAN SANA-SINI. BUDAK2 TU MESTI ENJOY HABIS. PERNAH DENGAR TENTANG CENDOL TU TAPI TAK PERNAH CUBA
Salam mie..,
ReplyDeletebestnya sambung trip sambil menyambut aidul adha....semalam aku ke Melaka juga..tapi ikut jalan ke Lubok cina....almaklum lah kan semalam memang hari jln jam semalaysia....hehehehe
memang aku tak nafikan pasal rasa cendol leman dawi tu....aku pun dah lama tak makan cendol kat situ...
Lama dah tak g Melaka....
ReplyDeletemy favourite state tuh... ish! kene gi gak before year end nih
ReplyDeleteSalam Tuan LF,
ReplyDeleteSesekali bercuti berama-ramai dengan ahli keluarga memang menyeronokkan. Lagipun tempat ini agak sunyi dengan semua kemudahan ada disediakan.
Tuan boleh cuba cendol di situ dan secepat kilat akan dapat merasakan kelainannya...
Salam Azmnor,
ReplyDeleteCuti memang best tapi fulusnya yang kurang best. Program ini telah diatur oleh ipar, jadi ikut sajalah. Lagipun tak jauh mana pun.
Janggel, Melaka bukannya jauh, nak pergi tiap minggu pun boleh...:)
ReplyDeleteLily Riani,
ReplyDeleteAda tempoh dua bulan lagi tahun ni, boleh pergi dua tiga kali tuh...:)
en mie,
ReplyDeletemelaka kampung saya..
alor gajah kampung nenek saya
jem memang time nak raya
....(mcm pantun plak..)
sori...
saya lagi suka cendol bersagatkan ais....sangat tradisional.
di Melaka, zaman saya kecik, suka makan cendol kat kaw. pasar besar melaka...tatau kot2 dah tak de cendol tuh lagi..
Bandar Hilir...mmm..famous dgn jem bila hujung minggu...selamat dtg ke melaka...
Anash,
ReplyDeleteTQVM kerana membuat komen pertama di sini.(Saya dah follow blog Anash)
Kalau dulu cendol biasanya menggunakan ais sagat atau parut tapi kini kebanyakannya guna ketulan ais je sbb nak cepat dan mudah. Mcm Anash, saya juga suka cara yang lama.
Apa-apa pun cendol mamak memang lebih sedap... :)
wah..seronok jln ramai2 kan.
ReplyDeletejauh dekat bkn persoalan..yg penting dpt bergumbira bersama.
Memang seronok Ujie, aman damai lokasinya...:)
ReplyDeletesalam bro..boleh mintak no contact banglo tu tak?
ReplyDeletehanas_0909@yahoo.com
Rizal cuba cari kat mudah.my - negeri Melaka- search A Famosa bungalow. Ada banyak pilihan kat situ.
DeleteMoga dapat membantu. TQ