Saturday, September 17, 2011

Ziki's Burger Cambodia

Saya terbaca satu artikel  di KOSMO! mengenai sebuah syarikat Malaysia dengan usahasama syarikat dari Kemboja yang menubuhkan satu rangkaian perniagaan burger jalanan di sana. Jenama yang digunakan untuk rangkaian kedainya ialah Ziki's Burger



Logo bagi rangkaian kedai burger jalanan Ziki's Burger

Buat masa ini rangkaian kedainya masih banyak bertumpu di Phnom Penh dengan cadangan untuk meluaskan perniagaannya ke Siem Reap dan lain-lain bandar di masa akan datang. Sasarannya ialah 300 buah kiosk menjelang tahun 2015. Buat masa sekarang hanya ada 20 buah sahaja. Perniagaan ini bermula pada bulan Mei 2011.

Kiosk tersebut berstatus halal, yang memudahkan pelancong muslim untuk mencari makanan halal selain ianya sesuai untuk semua orang. Bahan utamanya iaitu burger daging dan ayam Ramly, adalah di import sepenuhnya dari Malaysia. 

Apa yang lebih penting konsep perniagaan ini adalah untuk membantu belia-belia Islam di sana untuk keluar dari belenggu kemiskinan dan melatih mereka untuk menjadi usahawan.

Tuesday, September 6, 2011

Buah Tangan Dari Korea

Cik wife yang pergi ke Korea pada hari raya ketiga bersama-sama adik-adiknya selamat sampai balik pada hari hari raya kelapan. Aku terpaksa bercuti untuk menguruskan hal ehwal anak-anak untuk tempoh tersebut. Sampai di LCCT jam 5.15 pagi, tetapi kalau mengikut jadual sepatutnya sampai pada jam enam lebih. Aku rasa kapalterbang pun boleh merempit juga ... :D. Terpaksalah bergegas keluar dan bersolat subuh di Masjid KLIA.

Biasanya kalau berjalan-jalan tentulah ada sedikit buahtangan yang dibawa pulang. Benda wajib yang selalu dibeli ialah ...


Dapatlah seorang sehelai T- Shirt


Harga barang-barang agak tinggi di sana. Harga untuk key chain dan fridge magnet adalah tiga kali ganda lebih mahal dari ditempat kita.


Sambil itu sempat juga bawa balik brosur. Katanya satu hari nanti nak pergi pula sekeluarga jadi senanglah bila dah ada peta dan brosur. Hehe.. ye lah tu. Satu cadangan yang bagus.

Thursday, September 1, 2011

Pulang Beraya di Kampung

Selamat pulang semula ke rumah setelah berhari raya di kampung. Perjalanan pulang ke kampung yang sepatutnya cuma tiga jam, menjadi hampir lima jam kerana kenderaan agak banyak.


Keadaan yang aman damai dan tenang pada pagi hari raya pertama menghampiri plaza tol Jalan Duta dari arah NKVE. Kalaulah hari-hari macam ni, alangkah bagusnya. Saya mengikuti jalan ini dari arah Subang untuk ke rumah mertua di Selayang.


Pada  jam dua belas hari raya pertama saya sekeluarga mula bergerak ke kampung. Kenderaan bergerak perlahan dari Kajang hingga ke Seremban, berapa kilometer tu, ada 40 km rasanya. Keadaan ini agak luarbiasa kerana tahun-tahun yang sebelumnya keadaannya tidak sebegini.


Sampai di Bandar Batu Pahat jalan pun sesak juga. Aduh...  letih betul dibuatnya. Jalan Bakau Condong memang terkenal dengan kesesakannya kerana ia merupakan jalan pintas untuk ke bahagian utara atau selatan Batu Pahat. Selain banyak lampu isyarat, jalan ini juga menghubungkan ke beberapa buah pusat membeli-belah.

Bagaimana keadaan di tempat anda?