Tuesday, September 27, 2022

Temerloh : Amani Vanilla Farm

Sampai dari Kuantan pada sebelah petang. Lepas siap makan malam terus masing-masing memilih untuk berehat saja. Esok paginya keluar ke Pekan Sehari Temerloh untuk mencari sarapan pagi. Pekan sehari di Temerloh ini dikatakan sebagai pekan sehari yang paling panjang di Malaysia. Kedudukannya memanjang di tepi Sungai Pahang berhampiran Temerloh Esplanade.

Saturday, August 20, 2022

Bukit Fraser 2022

Kalau tidak kerana cuacanya yang nyaman, memang banyak kali kena fikir sama ada nak ke sana atau tidak. Beratus selekoh tajam terpaksa di lalui. Ada banyak pula tebing runtuh yang membuat kita perlu lebih berhati-hati.  Sekarang ni dah ramai pula orang yang naik ke atas menggunakan basikal. Kadang-kadang selepas mengambil selekoh tetiba ada dia orang ni. Tapi agak okay jika kita bertolak waktu pagi kerana kurang kenderaan yang turun berbanding yang naik ke atas. Bila sampai di atas terus terasa lega dengan udaranya yang segar. Hilang terus pening-pening lalat.

Musim bunga di Bukit Fraser.

Thursday, June 23, 2022

Pulau Pangkor

Kali kedua ke Pulau Pangkor. Yang pertama lebih sepuluh tahun dulu. Banyak perubahan dari segi infrastruktur dan kemudahan yang terdapat di sini. Mulai 1/1/2020 Pulau Pangkor sudah dijadikan pulau bebas cukai.

Ke sini  pada  masa  cuti  sekolah  jadi  pengunjung  tersangatlah  ramai. Masing-masing macam kemaruk nak bercuti termasuk kami. Ada dua pangkalan feri jika kita  nak ke sana iaitu  dari jeti Lumut dan Pulau Marina. Kami pilih Pulau Marina kerana jaraknya yang lebih dekat. Hanya dalam 15 minit saja untuk  sampai ke pulau. Tempat  letak  kenderaan  pun banyak dan dikenakan  caj sebanyak RM20 sehari.

Jika naik feri dari  jeti Pulau Marina lebih baik booking saja  tiket secara  online sebab  pada cuti umum dan hujung minggu orang tersangatlah ramai. Tiket boleh dibooking di sini.