Friday, June 28, 2013

Annyeonghaseyo Korea Pt 9 - Banpo Bridge Fountain

Selepas selesai meronda di kawasan Namdaemun, kami balik semula ke hostel untuk berehat sekejap kerana pada petangnya kami nak ke Banpo Hangang Park yang terletak di tepi sungai Han. Kami ke sini untuk melihat air pancut antara yang terpanjang di dunia iaitu sejauh lebih satu kilometer yang di pasang di jambatan Banpo.

Untuk sampai ke sini, ambil subway line 3 ke stesyen Express Bus Terminal dan keluar melalui exit 8-1.

Dari exit 8-1 tadi terus jalan hingga berjumpa simpang dan signboard seperti di atas.

Lintas jalan dan ikut laluan pejalan kaki di bahagian bawah yang membawa terus ke Hangang Park.

Sampai di sini hampir jam 7.00 malam.

Info :  Floating Island

Sunset di Banpo Hangang park.

Jambatan Banpo di sungai Han.

Jurugambar memenuhi bahagian tebing. Kebanyakan penonton hanya duduk di tangga.

Selain berada di sini, cara lain untuk melihat fountain ini ialah dengan menaiki cruise berhampiran stesyen subway Yeouinaru di line 5. Boleh Nampak cruise tu dalam foto di atas. Harga tambangnya 11K won seorang. Cruise ini bertolak mengikut waktu yang ditetapkan. Jadi sesiapa yang mahu menggunakan cruise ini kenalah pastikan waktunya supaya tidak terlepas.

Pertunjukan dimulakan pada jam lapan malam.


Air pancut bergerak mengikut muzik yang dimainkan.

Tuesday, June 25, 2013

Annyeonghaseyo Korea Pt 8 - Gwanghwamun dan Insadong

Hari ini hari Selasa dan sudah maklum yang Gyungbokgung memang ditutup pada hari tersebut. Tapi kami saja-saja jalan ke sini untuk mengambil foto sebab kalau nak ke sini pada hari terakhir esoknya kami di Seoul memang tak sempat. 

Gwanghwamun gate of Gyeongbokgung palace.

Pintu masuk Gyeongbokgung di bahagian sisi.


Gwanghwamun gate ini sebenarnya telah mengalami banyak kerosakan akibat perang dan binaan asalnya ialah daripada kayu. Ia dibuka semula sepenuhnya untuk lawatan orang ramai pada tahun 2010 setelah mengalami banyak kerja baikpulih dan penambaikan. Maknanya pintu gerbang ini bukanlah yang asal sebab tu nampak macam baru.

Bangunan berhampiran kawasan ini.
Dataran Gwanghwamun di bahagian belakang.

Jalan menuju ke Insadong.

Dari sini kami menapak menuju ke Insadong yang terletak berhampiran stesyen subway Anguk. Jarak tak begitu jauh cuma lebih kurang  1km saja. Cuaca pun agak berangin dan memang selesa kalau berjalan. Sampai di sini waktu tengah hari dan orang pun tidak begitu ramai.
Insadong landmark, paintbrush sculpture.

Entahlah mungkin sampai di sini pada waktu yang kurang sesuai, jadi rasa macam tak happening langsung. Kawasan ini lebih merupakan tempat jualan barang-barang antik dan hasil seni selain ada juga kedai cenderamata. Barangan cenderamata rasanya lebih murah harganya di sini berbanding di Namdaemun cuma kedainya tidak banyak. Tawar lebihkurang sudah boleh dapat harga yang dikehendaki terutamanya T-shirt.

Suasana di sekitar Insadong.

Antara kedai souvenir di sini.

Pusat informasi bergerak.

Jalan ini agak panjang dan kami tidak sampai hingga penghujungnya. Di sini ada juga pembantu pelancong yang merupakan pusat informasi bergerak. Senang di kenali dengan uniform yang dipakainya. Kami dapatkan peta dari mereka dan bertanya arah untuk ke Bukchon Hanok Village. Sakan dia menerangkan, tapi selepas tu semuanya malas nak ke sana. Ajak naik teksi pun tak mahu. Alasannya rumah-rumah tu sama je lebih kurang macam binaan kat gate tu. Akhirnya kami menuju ke Namdaemun lagi untuk sesi menghabiskan won di situ.

Friday, June 21, 2013

Annyeonghaseyo Korea pt 7 - Dongdaemun Grilled Fish dan Cheonggyecheon

Semasa balik dari Nami Island, kami singgah semula untuk mengambil beg di stesyen Wangsimni. Masalahnya terlupa pulak tempat menyimpan begnya. Stesyen ini agak besar kerana ada tiga interchange di sini tidak termasuk kereta api ITX. Setelah dua tiga kali masuk stesyen guna T Money yang membazir je akhirnya jumpa juga. Baru perasaan rupanya lokasi locker tu terletak dua tingkat dalam tanah.

Oleh kerana hari dah petang, jadi kami bercadang nak pekena makan malam dulu sebelum balik ke hostel. Destinasinya ialah kedai ikan bakar di Dongdaemun. Agak mudah mencari lokasi tempat ini.

Masa tu exit lapan masih ditutup lagi, jadi kami gunakan exit 7.

Sebelum sampai ke kedai ikan bakar, sempat snap foto Cheonggyecheon dari atas jambatan. Tak sempat nak turun ke bawah lagi sebab kelaparan. Perut minta di isi dulu. Sampai je di sini kami terus masuk ke kedai yang pertama. Tak ada survey dulu sebab rasanya ikan yang digunakan dan harga di sini sudah diseragamkan.

Lorong kedai ikan bakar Dongdaemun.

Sebaik pesanan dibuat, lauk sampingan beserta nasi terus disediakan. Servisnya agak cepat. Suka dengan nasinya yang melekit seperti pulut tu. Ikan bakarnya walaupun nampak macam simple je tapi memang sangatlah sedap. Tak pasti ikan apa yang digunakan. Caj untuk setiap orang ialah 7000 won.

 Setiap orang perlu memesan sekurang-kurangnya sekeping ikan. Lauk-lauk lain adalah standard. Ikan muncung tajam tu diberi percuma.

 Ikan saja yang dapat dihabiskan. Yang lain-lain tu sangat kurang sesuai dengan selera kami semua.

Waktu perjalanan ke stesyen, baru kami menuruni kawasan cheonggyecheon ini. Ramai orang menggunakan tebing sungai ini sebagai jalan pintas untuk ke sesuatu tempat.

Cheonggyecheon (청계천) is an 8.4 km (5.2 miles) long, modern public recreation space in downtown Seoul, South Korea. The massive urban renewal project is on the site of a stream that flowed before the rapid post-war economic development required it to be covered by transportation infrastructure. The $900 million project initially attracted much public criticism but, after opening in 2005, has become popular among city residents and tourists.

 Pemandangan Cheonggyecheon pada waktu siang

Sangat bersih sungainya, ikan dan itik pun boleh hidup dengan selesa.

  Waktu malam pemandangannya lebih cantik.

Tuesday, June 18, 2013

Annyeonghaseyo Korea Pt 6 - Dari Sokcho ke Nami Island

Pada petang sebelumnya kami di beritahu oleh pemilik hostel supaya membeli tiket bas untuk keesokan harinya jika mahu perjalanan awal pagi. Hari Isnin biasanya ramai orang bergerak ke Seoul. Jadi selepas balik dari Mount Seorak kami terus ke stesyen bas. Tiket terawal yang kami dapat ialah pada jam 9.30 pagi. Kalau sebelah pagi baru nak beli, tak tahulah jam berapa yang kami dapat.

Pagi tu selepas breakfast di hostel, sempat juga meronda sementara menunggu perjalanan bas. Sepatutnya malam tu kami keluar meronda dengan basikal, tapi cuaca tak begitu baik. Jadi melepak je di bilik. Yang bagusnya di dalam bilik kami disediakan komputer desktop berinternet.

The house Hostel:

 Ruang dapur yang kecil ini dihias dengan cantik.

 Persekitarannya juga banyak dihiasi dengan pokok bunga.

Stesyen minyak Hyundai

 Lighthouse observatory di kejauhan. Boleh ke sini dengan basikal yang ada di hostel.

Suboktop monument

 Autumn? Belum lagi...

Jam 9.00 pagi kami bergerak meninggalkan hostel untuk ke stesyen bas. Isteri pemilik hostel ini menunggu kami berjalan sehingga hilang dari pandangan. Punyalah prihatin.

Stesyen bas Sokcho

Bas bergerak on time dan kami sampai di stesyen bas Dongseoul mengikut masa. Kami tidak singgah di hostel dulu tapi meneruskan perjalanan untuk ke Nami Island. Beg-beg kami simpan di locker kawalan komputer di stesyen Wangsimni. Locker ini menerima T Money intuk pembayaran, jadi ianya amat mudah. Cuma kena create password sendiri untuk retrieve kemudian. Dari Wangsimni kami ambil Jungang line ke Sangbong dan kemudian sambung dengan Cheongchun line untuk ke Gapyeong.

 Dari stesyen Gapyeong ke Nami wharf dengan teksi 3K won.

 Penyambut tetamu yang setia.

 Agak ramai orang hari itu, mungkin disebabkan sehari sebelumnya hujan sepanjang hari.

 Zip wire - Cara paling pantas untuk ke Nami Island. Tiketnya 38000 won sehala, termasuk tiket ke Nami Island dan feri untuk balik.

 Surau berada di tingkat atas bangunan kuning ini.

Drama Winter Sonata menjadikan pulau ini popular.

 Kawasan restoran, tapi kami tak nampak pun signboard kedai makanan halal kat sini.

 Banyak tupai jinak kat sini.

 Hantu kopek Pulau Nami

 Keluar dari feri untuk balik. 

 Teksi yang besar dan selesa sedia menunggu penumpang.

Kami hanya mengambil masa lebih kurang tiga jam di sini. Pada akhir musim bunga ni pemandangan pun tidaklah secantik musim-musim yang lain. Tak sempat nak menyinggah ke tempat-tempat menarik di sekitar Gapyeong kerana masing-masing keletihan setelah menempuh perjalanan yang agak jauh.