Wednesday, March 22, 2023

Bangkok Sepintas Lalu

Rancangan asal cuma nak pergi ke Hat Yai saja, tapi anak yang nak ikut trip ini cakap dia dah selalu ke sana sebab dulu belajar di Perlis. Dia cadang pergi saja ke Bangkok sebab dia pun belum pernah ke sana. Jadi kita ikutkan saja. Dapat tiket yang agak murah walaupun tempoh booking yang agak singkat.

Dapat tiket pada jam 6.50 pagi jadi jam empat pagi dah terpaksa bergerak untuk ke Klia2. Walaupun masih awal pagi tapi Klia2 sekarang dah semakin meriah. Berlepas ikut waktu tapi sampai di Bangkok masih terasa masih pagi sangat kerana waktu di Thailand sejam lewat dari Malaysia.

Berlengah-lengah dulu di airport sambil mencari sim card. Selesai semuanya barulah bergerak ke hotel untuk tinggalkan beg. Boleh check in dan dapat nombor bilik tapi kena tunggu jam tiga petang untuk masuk. 

Penginapan kami selama tiga malam di Bangkok. Hotel ini disambungkan terus dengan stesyen BTS Skytrain Ratchatewi melalui tingkat dua. Jadi bila kita keluar masuk hotel tak perlu melalui lobinya.

Wednesday, March 8, 2023

Umrah Musim Sejuk

Pada mulanya tarikh sebenar berlepas adalah pada awal bulan Februari, tapi bila disemak semula dengan Travel Agent (TA) hotel yang diberikan agak kurang memuaskan lokasinya. Jadi TA berikan opsyen lain iaitu berangkat sebulan lebih awal dengan lokasi hotel yang lebih baik. Harga pakej pun boleh dianggap paling murah iaitu kurang RM7K berbanding pakej dari TA lain yang lebih mahal. Suhu harian di sana pun sangat-sangatlah nyaman.

Untuk pergerakan dari Madinah ke Mekah diberikan dua pilihan sama ada dengan bas atau dengan kereta api laju HSR. Kami pilih HSR dengan sedikit caj tambahan. TA yang kami ikuti memang ramai jemaahnya. Satu kapal terbang habis diborongnya iaitu sebanyak tujuh kumpulan. Satu kumpulan terdapat antara 35 hingga 40 orang jemaah.

Untuk menempah slot Umrah dan memasuki Raudhah perlu dibuat semasa di Malaysia lagi. Slot Umrah ditempah lebih dahulu kerana itulah tujuan utama kita ke sana. Kalau tak dapat slot susah jadinya nanti.

Tempoh : 7 - 19/1/2023 (13H 10 M)
Travel Agent : Tiram Travel 
Penerbangan : AMAL by MAS (KUL - MED & JED - KUL)
Penginapan : Madinah (Movenpick) Mekah (Al Safwah)
Suhu Terendah : 7⁰C di Madinah
Suhu tertinggi : 24⁰C di Mekah
Apps yang digunakan : Nusuk

Hotel Movenpick Madinah berada di penjuru kanan Masjid Nabawi. Antara hotel yang terdekat dengan masjid terutama untuk jemaah wanita.