Dari Shenzhen Ke Hong Kong
Tempahan tiket ke China untuk percutian kali ini telah dibuat beberapa bulan terdahulu. Masa buat tempahan, semua main booking sahaja tanpa merujuk kepada kalendar. Nasib baiklah tarikh baliknya sehari sebelum Hari Raya Eidul Adha. Kalau tidak terpaksalah beraya di luar negara. Kami tak ada masalah, tapi kasihanlah dengan anak-anak.
Tempahan tiket ke China untuk percutian kali ini telah dibuat beberapa bulan terdahulu. Masa buat tempahan, semua main booking sahaja tanpa merujuk kepada kalendar. Nasib baiklah tarikh baliknya sehari sebelum Hari Raya Eidul Adha. Kalau tidak terpaksalah beraya di luar negara. Kami tak ada masalah, tapi kasihanlah dengan anak-anak.
Pada mulanya cuma nak ke Shenzhen, China saja. Tapi kedudukannya yang telah hampir sangat dengan Hong Kong dan Macau maka kami ambil keputusan akan pergi ke sana juga. Percutian kali ini hanya disertai empat orang ahli. Oleh kerana kami akan ke Hong Kong dan Macau, maka visa double entry terpaksa disediakan untuk masuk, keluar dan masuk semula ke China.
Penerbangan berlepas jam 6.25 pagi dan sampai di Shenzhen Bao An International Airport hampir empat jam kemudian. Pada hari pertama kami bercadang untuk terus ke Hong Kong. Ada beberapa pilihan perjalanan untuk sampai ke sempadan China dan Hong Kong. Cara yang paling mudah mungkin dengan subway, tapi kita tak dapat melihat pemandangan di sepanjang perjalanan. Boleh juga menaiki teksi tapi tambangnya mungkin lebih mahal. Alternatif lain ialah dengan menggunakan bas. Selain dapat melihat pemandangan tambangnya juga sederhana. Jika mahu menaiki bas, ambil bas bernombor 330 dengan tambang CNY20 (RM10 sahaja). Kaunternya terdapat di luar kawasan ketibaan. Perjalanan ke Luo Hu (pos imigresen China) mengambil masa lebih kurang 45 minit.
Bas bernombor 330 ke Luo Hu
Untuk melepasi sempadan perlu banyak berjalan kerana menyelesaikan urusan kastam dan imigresen. Bagi yang berumur beg beroda sesuai digunakan. Di bahagian China kebanyakan eskalator adalah untuk naik sahaja. Bagi orang muda cara backpack mungkin tiada masalah.
Bandar Shenzhen yang pesat membangun.
Selepas melepasi imigresen Hong Kong, kami membeli Octopus Card iaitu satu kad integrasi yang boleh digunakan untuk subway, MTR, bas dan membayar untuk belian di sesetengah kedai. Kad ini boleh ditambah nilai seperti kad Touch n Go di Malaysia. Masing-masing membeli satu kad dengan harga HK150 di mana HK50 sebagai deposit dan nilai prabayar HK100. Deposit boleh dituntut balik sebelum keluar dari Hong Kong di mana-mana kaunter khidmat pelanggan yang terdapat di semua stesyen.
Contoh Kad Octopus
salam mie..,
ReplyDeletenampak macam singapore pula shenzhen ni...., macam nak lawan kepesatan di HK gayanya....
bagus gunakan card tu utk semua perkhidmatan.... yg ptg boleh redeem balik deposit...hehehehe
salam abg mie ;)
ReplyDeletejap nk tanye ni..currency die mcm mane eh? duit kita mahal @ duit kite murah... mcm best je ni... kalo x nak gi sini pulak lah ! heehhee ;)
Salam Man,
ReplyDeleteShenzhen memang sangat pesat membangun, nampak mcm lebih besar dari KL. Cuma airportnya lebih banyak penerbangan domestik berbanding KL. Ini dapat dilihat dari terminal antarabangsanya yg agak kecil.
Kad Octopus memang direkomen utk dibeli jika ke sana...
Salam Kemang~,
ReplyDeletePertukaran matawang:
RM1 = CNY2
RM1 = HKD2.5
Sekali pandang memang duit kita nampak besar, tapi kalau di HK semua barang adalah lebih mahal harganya berbanding dgn di Malaysia. Di China pula, barang dan hotel adalah lebih murah.
Trip ni boleh Kemang buat kerana dapat pergi 3 negara sekaligus... :)
aha baru nak setat baca dah habes. ok menarik gak cina ni kan.
ReplyDeletetu la..tapi since die pakai HK DOLLAR , jadi seram pulak...
ReplyDeleteJanggel,
ReplyDeleteSorry la entry saya mmg tak panjang mcm org lain sbb banyak direct to the point je, takde nasi tambah.
Tapi kat situ ada sedikit point yang berguna yg boleh dijadikan panduan kpd yang hendak ke sana... :)
Memang direkomen untuk ke sana...
Yup bagus ., str8 to the point. Mudah org nak baca.
ReplyDeleteDari segi accomodation ok tak?
Ok je Kemang, anggap mcm pergi Singapore yg juga guna dollar.
ReplyDeleteKemang pun dah pernah dating dgn Janggel kan, dia tu rajin ke sana...
Janggel,
ReplyDeleteDi HK hotel agak mahal, dan kecil banget, lebih2 lagi di kaw. Tsim Sha Tsui di pusat bandar. Kalau nak yg lebih murah mungkin ada di Chung King Mansion berhampiran masjid Kowloon di Nathan Road.
Hotel di China jauh lebih murah dan biliknya pun besar...
tak pegi,dpt kongsi pglmn awak pun ok la..
ReplyDeletemaju rupanya shenzhen tu.
aiyo..hehe..kalo bawak rm700 pegi macau-hk-shenzen, cukup x? hihihi
ReplyDeleteUjie, satu masa nanti boleh sampai tu. Rajin-rajin melawat website AA, bila ada offer sambar je... :)
ReplyDeleteKemang~, kalau untuk belanja souvenir dan tambang pengangkutan cukup rasanya. Tak termasuk hotel...
ReplyDeleteMakanan memang susah di sana(HK). Kalau ada pun harganya boleh tahan. Sekarang ni dah banyak makanan segera siap pack spt nasi goreng, briani dll, bawa je dari Malaysia...
Salam abg mie tewww.. sonoknnyerr jalan2 hongkong ghiteewww
ReplyDeleteSalam Tuan Haji_me,
ReplyDeleteAmbil kesempatan utk jln2 sementara ada kelapangan ni. Nak gi ke Tanah Suci mcm en_me, giliran lambat lagi...
Salam,
ReplyDeleteLepas baca entry Hong Kong nie,cik-anne macam nak pi pulak..
Cik-Anne kan kaki jalan, rasanya takde masalah kalau nak ke sana... :D
Delete