Monday, September 22, 2014

Cara menghantar wang melalui Western Union

Mungkin ramai yang pernah menghantar wang ke luar negara dengan menggunakan perkhidmatan Western Union. Bagi saya inilah kali pertama. Entry ini mungkin berguna kepada mereka yang belum pernah menggunakannya.

Sebenarnya saya ada satu trip ke negara seberang pada bulan Oktober nanti. Jadi sebagai persediaan awal kenalah mencari supir untuk bergerak ke sesuatu tempat bila di sana nanti. Setelah berkomunikasi dengannya melalui facebook akhirnya persetujuan telah dicapai. Mas supir di sana mahukan wang cengkeram supaya dia boleh block tarikh yang kita orang kehendaki.

Boleh percaya ke? InsyaAllah boleh, sebab melalui facebook beliau banyak orang dari Malaysia yang menggunakan perkhidmatannya.

Perkhidmatan Western Union ini boleh didapati di bank-bank tertentu atau melalui cawangan Western Union itu sendiri. Saya menggunakan perkhidmatan ini di Western Union cawangan Mydin Mall USJ1. Untuk menghantar wang, apa yang diperlukan ialah nama dan alamat penerima berserta nombor hp. Itu saja. Bagi pihak penghantar pula cuma sediakan duit dan kad pengenalan. Tak perlu isi borang. Semuanya diuruskan oleh kerani di kaunter. Caj perkhidmatannya ialah RM10 sahaja.

Penghantaran wang melalui Western Union ini sangat popular kepada jutaan pekerja asing yang berkerja di Malaysia.

Resit yang kita dapat

Langkah seterusnya ialah memaklumkan penerima nombor transaksi iaitu seperti contoh di atas MTCN : 701-611-8568. Beritahu sekali nama penuh pengirim sebagai rujukan.

*Prosidur ini mungkin berlainan jika kita menggunakan perkhidmatan Western Union di cawangan bank atau Pejabat Pos.