Tuesday, October 13, 2020

Tamarind Suites Cyberjaya

Bulan Oktober ni macam tak ada apa-apa aktiviti jalan-jalan tapi takkan nak memerap je kat rumah. Kebetulan hari jadi sekecik jatuh pada minggu pertama bulan Oktober jadi kami bercadang nak sambut ringkas-ringkas kat luar. Lokasi yang dipilih dekat saja dari rumah dalam 20 minit memandu.

Booking tempat ini melalui booking.com tapi konsepnya macam Airbnb sebab kena jumpa wakil tuan punya rumah dan bayar secara tunai. Tempat parkirnya agak mudah dan boleh terus masuk tanpa melalui sekuriti bagai. Suite dua tingkat ini terletak di tingkat paling atas iaitu di tingkat 23. Agak menarik kedudukanya kerana ada pemandangan depan dan belakang dari tingkat bawah dan atas.

Tamarind Suites at Tamarind Square Cyberjaya.