Saturday, February 15, 2020

Dalat Datanla Pt 2 - Sekitar hotel penginapan

Dalat berada di kedudukan 1500m dari aras laut. Suhu hariannya agak sekata sepanjang tahun seperti di Cameron Highlands iaitu antara 15-25 darjah Celcius. Kawasan ini telah diterokai oleh penjajah Peranchis untuk mendapatkan tempat kediaman yang lebih nyaman dan selesa. Oleh sebab itu banyak bangunan di sini yang mempunyai pengaruh senibina Peranchis.

Petang hari pertama ni kami cuma jalan-jalan sekitar hotel penginapan.

Salah sebuah hotel di Dalat. Bunga terdapat merata-rata di sini. Kat mana-mana dah boleh jumpa orang Malaysia sekarang ni.