Thursday, April 28, 2016

Trip Kansai Area Pt 12 - Universal Studio City Walk

Senang tinggal di Shin Imamiya ni sebab adanya Loop Line yang boleh berhenti di mana-mana interchange. Dari sini kami berhenti di stesyen Nishikujo dan seterusnya menyambung perjalanan ke stesyen Universal City yang terletak cuma dua stesyen dari sini. Tujuan ke sini cuma nak meronda di Universal Studio City Walk.

Kereta api bertema Universal Studio di stesyen Nishikujo.

Thursday, April 21, 2016

Trip Kansai Area Pt 11 - Kobe Harborland

Dari Masjid Kobe kami balik ke stesyen Kobe-Sannomiya melalui jalan yang sama. Terasa cepat pulak sampainya berbanding masa perginya. Destinasi kami seterusnya ialah untuk ke Kobe Harborland. Sekali lagi kami tersilap di sini sebab main naik je train yang menuju ke Kobe. Stesyen Kobe berada di perhentian kedua bagi laluan Hamakaze line. Bila train berhenti untuk kali pertama, kami buat tak tau je sebab beranggapan belum sampai lagi. Rupanya kereta api yang kami naiki adalah semi ekspres juga dan Kobe adalah perhentian pertamanya. Perhentian seterusnya ialah di stesyen Akashi yang sangat jauh dari Kobe, melepasi hampir sepuluh stesyen. Pasrah aje lah...
 
Rasa macam nak batalkan saja untuk ke Harborland tu, tapi rasa rugi pulak.

Shopping Street berhampiran stesyen Kobe-Sannomiya.

Friday, April 15, 2016

Trip Kansai Area Pt 10 - Masjid Kobe

Dari stesyen Rokko kami bergerak ke stesyen Kobe Sannomiya iaitu perhentian terakhir bagi kereta api Hankyu.  Tujuannya ialah hendak ke Masjid Kobe dan makan tengah hari yang sudah agak terlewat. Masjid ini merupakan destinasi wajib singgah bila ke Kobe. Antara masjid tertua di Jepun.

Laluan ke Masjid Kobe. Lebih satu kilometer rasanya. Peta cilok dari sini.

Friday, April 8, 2016

Trip Kansai Area Pt 9 - Mount Rokko Snow Park

Hari ini hari keempat kami berada di daerah Kansai. Rancangan hari ini ialah untuk ke Mount Rokko Snow Park. Dari Shin Imamiya kami ambil Loop line untuk ke Osaka Station. Dari Osaka station kami bergerak ke Osaka Umeda station yang terletak bersebelahan. Kereta api untuk ke Rokko station ada di Osaka Umeda station. Bangunan Osaka station ini amatlah besar jadi memang banyak kali juga tersalah laluan untuk ke sana. Ada laluan melalui dalam bangunan tapi kami ke sana ikut laluan bahagian luar.

Osaka Station.

Sunday, April 3, 2016

Trip Kansai Area Pt 8 - Sampai di Osaka | Glico Man | Dotonbori

Kami sampai di Osaka (stesyen Tennoji) pada jam 1.00 tengah hari. Di Osaka kami akan menginap di apartment yang di booking melalui expedia. Apartment ni konsepnya lebih kurang macam AirBnB juga. Kita kena ambil sendiri kunci dari pemilik rumah. Masa check out kunci tu cuma perlu dimasukkan ke dalam peti surat yang ada di apartment.

Cuma masalahnya kunci kena ambil di stesyen lain dan apartmentnya di stesyen lain. Jenuh mengheret beg ke sana sini. Kalau stesyen tu terletak di line yang sama boleh tahan juga tapi di line lain dan terpaksa menukar train walaupun dekat. Sampai di tempat mengambil kunci (diwakilkan kepada penjual di kedai takoyaki) baru jam dua petang. Kunci hanya diberikan pada jam tiga petang padahal kita perlu ambil train dua kali baru sampai di apartment di Shin Imamiya. Ingatkan kena tunggu tuan rumah apartment sampai, rupanya dia yang terlebih tegas.

Macam-macam ada kat sini... memang terbaik.