Sunday, May 1, 2011

Jalan Broga

Saya memang tak pernah sampai ke kawasan ini. Datang ke sini secara kebetulan kerana menghadiri undangan perkahwinan saudara kepada isteri di rumah barunya di Taman Tasik Semenyih di Jalan Broga. Majlis diadakan pada waktu malam. Kami sekeluarga mengambil kesempatan datang lebih awal ke sini untuk meronda-ronda kawasan Jalan Broga hingga ke pekan. Pekannya kecil sahaja  dan  terletak di sempadan negeri Selangor dan Negeri Sembilan. Penanda sempadan negeri juga terletak di tengah-tengah pekan.

Apa yang ada di Jalan Broga..



Kawasan naik ke Bukit Broga yang terkenal itu. Saya bercadang hendak mendaki bukit ini bersama-sama keluarga satu hati nanti.

The University of Nottingham Malaysia Campus. Universiti yang berpangkalan di United Kingdom ini membuka cawangannya di Malaysia pada tahun 1999. Keterangan lanjut di sini.

Pintu utama UNMC