Thursday, June 28, 2018

Siem Reap Pt 4 - Melawat madrasah

Hari ketiga Nasir cadangkan kami melawat madrasah anak-anak orang Cham yang terletak tidak jauh dari Tasik Tonle Sap iaitu tasik air tawar yang terbesar di Asia Tenggara. Tanya pada Nasir apa barang yang perlu di bawa untuk ke sana sebab takkan ke sana dengan tangan kosong. Nasir cadangkan bawa alat tulis dan sedikit makanan. Jadi sebelum ke sana Nasir bawa kami singgah di kedai alat tulis. Ada lebih kurang 40 orang pelajar di sana, jadi kami pastikan setiap orang akan dapat dua set alat tulis ie buku tulis, pensil, pemadam, pembaris dan pengasah pensil.

Untuk makanan kami singgah di sebuah kedai borong dalam perjalanan ke sana untuk beli sedikit makanan dan minuman.

Masjid Ar Raafe'ah dan madrasah d sebelahnya.

Tuesday, June 26, 2018

Siem Reap Pt 3 - Cambodian Cultural Village

Sebelah petangnya kami ke Cambodian Cultural Village. Tempat ini merupakan sebuah taman tema dan juga muzum etnik-etnik yang ada di negara Kemboja. Mula dibina pada tahun 2001 dan dibuka secara rasminya pada September tahun 2003. Terdapat tujuh kawasan yang mewakili 19 kumpulan etnik di dalam taman ini. Antara pertunjukan yang di adakan di sini ialah apsara dancing, tradisional wedding, permainan rakyat, akrobat dan lain-lain.

Waktu lawatannya dari jam 8.00 pagi hingga 6.30 petang untuk hari Isnin hingga Khamis dan 8.00 pagi hingga lapan malam untuk hari Jumaat hingga Ahad. Kawasannya memang sangat luas jadi jika kita berhajat nak pergi ke semua tempat kenalah datang awal pagi. Sesetengah acara hanya di adakan pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad saja bukan setiap hari.


Tuesday, June 19, 2018

Siem Reap Pt 2 - War Museum

Pagi ini kami nak ke War Museum. Keluar pun agak lewat sikit sebab kedudukannya tidak jauh dari hotel, cuma mengambil masa 15 minit untuk sampai. Muzium ini berkonsep terbuka dan tiket masuknya cuma US$5 sahaja.

Tujuan muzium ini di buat adalah untuk mengenang serta menyimpan sejarah dan episod penting negara Kemboja dengan  mengekalkan koleksi unik peralatan dan jentera perang untuk generasi yang akan datang.

Laluan masuk ke war museum.

Monday, June 11, 2018

Siem Reap Pt 1 - Portable wifi | Silk Farm | Restoran Halal | Night Market

Trip ini merupakan trip yang kurang dipersetujui OR pada mulanya. Katanya nak buat apa ke sana kalau cuma nak tengok Angkor tu. Tapi sebab kami belum pernah ke Kemboja dan kebetulan ada tiket murah jadi kami pergilah juga. 

Sebelum pergi kami telah berhubung dengan Nasir pemandu tuk-tuk untuk menyediakan itinerary buat kami. Siap pesan pada dia tak nak pergi ke tempat-tempat yang bukan-bukan. Jadi trip kami selama 4H3M agak longgar dan banyak waktu rehat. Setiap tengah  hari kami mesti balik ke hotel dan sempat tidur sebelum keluar semula.

Pejabat Roaming Man berada di kawasan berlepas. Tak perlu booking lebih awal.