Selamat Tahun Baru 2014 buat semua. Terlambat sudah...
Sambung hari kedua
Cuaca agak baik hari ini. Selepas sarapan pagi kami berehat sebentar. Jam 9.00 pagi baru keluar. Kali ini destinasinya ialah Gunung Brinchang. Belum pernah sampai ke kawasan menara tinjaunya walaupun sudah banyak kali ke Cameron Highlands. Waktu ini belum banyak kenderaan yang menuju ke sana, jadi agak mudah perjalanannya. Tapi di sini kecekapan menggunakan gear amat diperlukan kerana jalannya yang berliku dan berbukit serta sempit. Di setengah-setengah bahagian memang tak boleh berselisih langsung, jadi perlu toleransi terhadap kenderaan yang datang.
Simpang untuk ke Gunung Brinchang dan Sungai Palas Boh Tea Centre terletak tidak jauh selepas Kea Farm iaitu arah ke Tringkap dari pekan Brinchang.