Wednesday, September 23, 2020

Midhill Genting Highlands

Minggu lepas kami ada jemputan majlis kahwin di Ulu Yam Baru. Masa kehadiran kami sudah disetkan pada jam 2.00 hingga 3.00 petang. Keluar rumah lebih awal kerana nak melayan sikecik mandi sungai dulu. Di sekitar Ulu Yam ini memang banyak sungai yang bersih dan cantik untuk kita bersantai.

Kedudukan Ulu Yam ni tak berapa jauh dari Genting Highlands. Jadi selepas habis kenduri kami bercadang nak naik ke sana. Keputusan dibuat beberapa hari sebelumnya jadi memang susah nak cari tempat penginapan yang sesuai. Maklumlah sekarang ni musim cuti-cuti dalam negeri.

Midhills Luxe Suite by Dream Scape.

Monday, September 14, 2020

B5 Johor Street Market

Akhir bulan Ogos lalu sempena Hari Kemerdekaan kami sekeluarga sempat ke Johor Bahru menemani anak yang ada event di sana. Kami bermalam di sebuah hotel di Skudai berhampiran Paradigm Mall. Masa nak keluar makan malam kami sempat bertanya kepada penjaga kaunter hotel di mana tempat makan-makan yang best di JB. Dia cadangkan kami ke B5 Johor Street Market yang merupakan satu tempat bersantai, makan dan minum yang terbaru di JB. Kilang Bateri yang dulunya popular telah ditutup sepenuhnya.

Foto Google