Friday, December 28, 2018

Guilin Pt 2 - Elephant Trunk Hill | Sun and Moon Pagodas | Central Square | Zhengyang Pedestrian Street

Boleh dikatakan setiap pagi adalah waktu hujan di Guilin. Menjelang jam sepuluh pagi barulah agak reda sedikit. Memang malas rasanya nak keluar bila hujan ni. Tapi kalau tunggu lama-lama tak ke mana jadinya. Mulanya ingat nak beli payung tapi alhamdulilah pekerja hotel bagi pinjamkan dua payung sepanjang tempoh di sana. 

Hujan renyai yang memanjang setiap pagi.

Friday, December 21, 2018

Anjung Senibong Seafood

Awal Disember lalu kami ada jemputan kahwin anak saudara di Bandar Baru Uda, Johor Bahru. Sebab esokya hari Ahad jadi kami ambil kesempatan untuk bermalam di sana. Jadi malam itu anak-anak cadangkan untuk makan di kawasan Senibong yang popular dengan restoran makanan lautnya. Senibong merupakan sebuah kampung yang terletak di tepil laut di berhampiran kawasan perumahan Permas Jaya. Semua restoran di sini menghadap Selat Tebrau.

Bandar raya Johor Bahru dilihat dari Kampung Senibong. Astaka kondominium setinggi 70 tingkat mendominasi langit JB. Kondo tertinggi di Malaysia.

Tuesday, December 4, 2018

Guilin Pt 1 - Hampir terlepas penerbangan | Sekitar hotel penginapan

Penerbangan ke Guilin pada hari kejadian ialah pada jam 7.15 pagi. Jadi seperti biasa kalau penerbangan yang guna kod AK ini memang cukup kalau kita peruntukan masa tiga jam termasuk perjalanan dari rumah. Biasanya lebih kurang 30 minit kami boleh sampai di airport. Tapi pada hari kejadian ada pula kerja-kerja penurapan jalan di atas jejambat yang menuju masuk ke kawasan perlepasan. Laluan tiga lorong tinggal satu lorong saja yang boleh digunakan. Jalan sesak punyalah panjang. Lebih-lebih lagi waktu pagi adalah waktu penerbangan yang paling sibuk di Klia2. Perasaan dah mula cemas waktu ini.

Lepas tu banyak pula urusan yang kita nak selesaikan. Mana nak solat subuh, self check in bagasi, semak dokumen dan ambil mobile wifi. Tempat perlepasan pula terletak di seberang jambatan udara dan di gate paling hujung. Di tempat check in bagasi ada pula rombongan pakej ke sana dengan bagasi yang berderet. Oleh kerana penerbangan ke China perlukan visa jadi pemeriksaan dokumen juga perlu dilakukan. Ini penting kerana ada kawan yang pergi dengan pakej ke China gagal untuk pergi kerana tersalah ejaan nama pada visa. Masalahnya  pasport hanya diserahkan kepada peserta pakej semasa di airport. Jadi itu memang salah pehak agen lah.

Liangjang International Airport Guilin China.