Dari Venetian kami bergerak menuju ke jeti feri di Macau dengan bas shuttle. Orang tidak begitu ramai beratur, jadi cepat dapat naik bas. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 20 minit saja. Dari jeti kami mengambil teksi untuk ke Senado Square yang tidaklah begitu jauh. Negara kepulauan ini memang kecil, tapi penduduknya lebih setengah juta.
Teksi kat sini Toyota Altis, besar dan selesa.
Senado Square adalah tempat yang menjadi kemestian untuk dilawati jika ke Macau. Walaupun pada hari itu adalah hari Khamis dan waktu menunjukkan jam dua tetapi agak ramai pelancong berada di situ.
Banyak terdapat bangunan bersenibina kolonial di sekeliling Senado Square ini dan semuanya dijaga dengan baik. Warna-warna terang yang digunakan pada bangunan tersebut menyerlahkan lagi rekabentuknya.
Jalan menuju ke Ruins of St Paul Cathedral dipenuhi dengan kedai-kedai yang menjual barang berjenama. Lokasinya terletak kira-kira 100 meter dari Senado Square.
The Ruins of St. Paul's (Portuguese: Ruínas de São Paulo, Chinese: pinyin: Dàsānbā Páifāng) refers to the ruins of a 16th century complex in Macau including of what was originally St. Paul's College and the Cathedral of St. Paul also known as "Mater Dei", a 17th century Portuguese cathedral dedicated to Saint Paul the Apostle. Today, the ruins are one of Macau's most famous landmarks. In 2005, they were officially enlisted as part of the UNESCO World Heritage Site Historic Centre of Macau.
Kami berada di Senado Square lebih kurang dua jam. Malas nak fikir banyak soal pengangkutan, kami ambil teksi saja dan pergi semula ke jeti feri Macau untuk mengambil bas ke Venetian. Sesampai di Venetian orang sudah agak ramai beratur menunggu bas untuk ke jeti feri Taipa. Nasib baik bas banyak disediakan, jadi tak perlu menungu lama.
Hotel Grand Lisboa setinggi 58 tingkat dengan rekabentuknya yang unik adalah bangunan yang tertinggi di Macau.
Sampai di jeti jam 4.45 petang dan terus ke kaunter untuk menukar baucer bagi perjalanan balik. Terpaksa bergegas kerana trip seterusnya adalah jam lima petang. Jeti agak panjang, tapi alhamdulillah sempat juga kami sampai.
Feri yang kami naiki berlabuh di jeti Hong Kong bukan di Kowloon seperti perjalanan pergi. Mula-mula agak keliru sebab keadaan sudah gelap. Ia terletak berhampiran stesyen Sheung Wan. Dari sini ambil MTR ke Central dan tukar train untuk ke hotel di Tsim Sha Tsui.
cuma first ferry jek dock kat kowloon, yg lain kat hk island. selalu nye org dok kat kowloon sbb murah lagi.
ReplyDeleteTapi kat Kowloon feri berlepas setiap sejam, cuma waktu balik je feri tu stop kat HK island. Saya pun agak keliru sebenarnya dgn jadual feri tu... :)
ReplyDeletesalam abg mie..
ReplyDeletemeroyan dah..berangan pegi sini... ahaha
Sabor Kemang. Gi India dulu.. harap2 takde halangan dengan jadual study. Kalau ada, kau kowtim ngan lecturer tu... :)
ReplyDeletesalam mie..,
ReplyDeletememang intresting HK - Kowloon ni.., kena menabung dari sekarnag utk AR HK-KWL-SHZN ni.... lamo algi tu..huhuhu..
azmnor,
ReplyDeleteAku kalau nak repeat boleh je kalau kena harga dan masanya. Tunggu aje la. Group AR kita pun no problem...