Thursday, May 26, 2016

Pulau Perhentian Pt 1

Trip ini dah sebulan lebih berlalu iaitu pada awal bulan April lepas. Malas nak fikir soal booking penginapan jadi kami pilih untuk ambil pakej saja dari Anjung Holidays Sdn Bhd. Harga pakej agak OK, RM355 untuk quad room untuk tempoh 3H2M. Untuk twin room cajnya RM405. Pakej termasuk tambang bot pergi balik dari jeti, makan tiga kali sehari dan dua trip snorkeling. Pengangkutan ke jeti kena uruskan sendiri.

Untuk ke Pulau Perhentian jetinya ialah di Kuala Besut. Kalau nak guna flight, airport terdekat ialah Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan. Kami memilih untuk memandu sendiri. Jam sepuluh malam kami dah mula gerak dari rumah. Keluar awal sikit sebab tak mahu terkejar-kejar sangat. Sempat berhenti di beberapa kawasan R&R untuk berehat sekejap. Sampai di Jerteh menjelang subuh. Singgah sebentar di surau Petronas. Selepas itu baru ke Kuala Besut dan bersarapan di sana. Perjalanan bot ialah pada jam lapan pagi. 

Parking untuk kereta ada berhampiran jeti. Caj yang dikenakan ialah RM10 sehari.

Selamat datang ke Kuala Besut.

Monday, May 23, 2016

Trip Kansai Area Pt 15 - Shinsaibashi | Tsutenkaku Tower | Pulang

Sebelah petangnya kami meronda-ronda di Shinsaibashi shopping street. Ke sini sebab nak mencari barang yang dikirim oleh orang yang tinggal di rumah. Keluar je dari stesyen Shinsaibashi dan ternampak kedainya. Kononnya nak cari kasut sport made in Japan punya. Tapi harga semua kasutnya  mahal nak mampus. Harga minimum pun hampir RM500. Puaslah berwasap macam-macam design kasut yang ada kat kedai tu, tapi akhirnya tak jadi beli. Over budget katanya.

Panjang yakamat shopping street ni. Tak perasan jalan punya jalan hingga sampai di Namba iaitu satu stesyen berikutnya.

Kedai kasut Onitsuka Tiger.

Friday, May 13, 2016

Trip Kansai Area Pt 14 - Tempozan Harbor Village

Hari ini adalah hari yang paling cerah sepanjang kami berada di Osaka. Destinasi kami hari ini ialah Tempozan Harbour Village yang terletak di sebuah pulau menghadap ke Osaka Bay. Laluan ke sini ialah Chuo Line dan stesyennya ialah Osakako. Antara tarikan yang ada di sini ialah Tempozan Market Place, Tempozan Ferris Wheel dan Osaka Aquarium Kaiyukan iaitu akuarium yang terbesar di dunia.

Jalan kaki lebih kurang 10 minit untuk sampai.

Thursday, May 5, 2016

Trip Kansai Area Pt 13 - Osaka Castle

Stesyen Osakajokoen di mana terletaknya Osaka Castle juga berada di Loop Line. Oleh kerana laluannya sepusingan jadi kenalah buat anggaran sendiri arah mana yang lebih dekat. Rel bagi Loop line juga dikongsi oleh beberapa line yang lain. Perlu lebih berhati-hati supaya tak terambil train yang salah.

Stesyen Osakajokoen.