Mula-mula rasa macam nak batalkan saja percutian ini kerana dua hari sebelum pergi salah seorang abang saya meninggal dunia. Sementara abang ipar pula dimasukkan ke IJN untuk menjalani pembedahan pintasan koronari. Lepas tu jika pergi, kami di jadualkan akan balik sehari sebelum Hari Raya Eidul Adha (kes silap booking). Tentu kelam kabut nanti. Tetapi setelah difikirkan hotel telah ditempah, cuti pun dah diluluskan jadi kami ambil keputusan pergi juga.
LCCT - Noi Bai - Hanoi
Penerbangan AK870 ke Hanoi berlepas agak awal iaitu pada jam 6.30 pagi. Jadi pukul 4 pagi kami bertiga beranak sudah keluar dari rumah menuju LCCT. Alhamdulillah waktu solat subuh pun agak awal, jadi sempatlah kami menunaikan kewajipan dulu. Sehingga pengumuman terakhir diumumkan oleh pekerja AA barulah kami semua keluar di pintu perlepasan. Dah tu kapalterbang di letakkan di bahagian paling jauh sekali dari tempat menunggu dan kami orang yang terakhir sampai. Masuk je ke perut kapalterbang, baru kami menyedari cuma kami bertiga saja orang Melayu. Yang lain adalah rombongan apek dan nyonya pencen dan juga warga Vietnam. Nampak sangat Hanoi ni kurang popular kepada pelancong Muslim berbanding HCM City.

Macam-macam corak kapalterbang Airasia sekarang ni
Sempat kami bersarapan dalam penerbangan pagi itu. Selebihnya masa dihabiskan dengan menggantikan waktu tidur. Penerbangan mengambil masa lebih tiga jam. Dalam penerbangan tidak diedarkan embarkation form seperti biasa. Ingatkan kita boleh dapatkan borang itu di airport. Rupanya sekarang kita tak perlu mengisi borang itu lagi. Dikaunter imigresen orang agak ramai pagi itu dan perkhidmatannya pula agak lambat. Keluar dari airport pemandu yang kami tempah dengan pihak hotel sudah pun menunggu.
Kawasan imigresen Noi Bai International Airport.
Perjalanan ke kota Hanoi mengambil masa kurang sejam. Kami menginap di Madam Moon Guesthouse yang terletak di kawasan Old Quarter berhampiran Tasik Hoan Kiem. Kos sebilik untuk tiga orang hanya USD30 saja dengan sarapan pagi. Kedudukannya kurang seratus meter dari tasik dan jalan di hadapan hotel ini agak tenang dari gangguan kenderaan. Sarapan pagi disediakan di hotel induknya selang tiga pintu dari hotel ini. Yang bestnya ia terletak di tingkat teratas bangunan dengan pemandangan tasik.
Nisa Restaurant di kawasan Old Quarter
Sampai di hotel masih belum boleh check in lagi. Selepas meletakkan beg, kami keluar dan destinasi pertama yang kami cari ialah lokasi Nisa Restaurant yang terletak di Hang Tre Street. Agak mudah mencarinya berdasarkan peta yang kami dapat dari hotel.

Satu-satunya restoran masakan Malaysia yang ada di Hanoi buat masa ini. Restoran ini perlu dinaiktaraf supaya kelihatan lebih menarik.
Pho, Vietnamese noodle soup. Rasanya memang fuhhh... sangat sedap.
Kopi ais yang menyegarkan.
Sampai di restoran agak awal dan orang belum ramai lagi untuk makan tengahari. Kami ambil nasi campur dan mee sup Vietnam yang terkenal iaitu makanan yang patut dicuba oleh sesiapa yang berkunjung ke Vietnam. Begitu juga dengan kopinya.
Kawasan sekitar Old Quarter
Tasik Hoan Kiem
Kami balik semula ke hotel untuk check in. Alhamdulillah dapat masuk lebih awal. Petangnya kami keluar semula untuk meronda di sekitar Tasik Hoan Kiem. Agak ramai orang di sekitar tasik ini terutamanya pelancong dari Barat. Agak besar juga tasik ini. Saya berdua dengan anak ambil keputusan untuk berjalan mengelilingi tasik ini. Cik wife pula tak larat katanya dan menunggu di satu tempat.
Jambatan untuk ke Ngoc Son Temple di tengah Tasik Hoan Kiem. Bayaran masuk VND20K.
Hehe... mana ada autumn...
Laluan sebelum sampai ke jambatan.
Bangunan di tepian tasik
Pagoda lama di tengah tasik