Monday, December 30, 2013

Cameron Highlands - S Corner Central Market dan Rumah Peranginan Persekutuan.

Cameron Highlands menjadi trip penutup kami untuk tahun 2013. Asyik trip keluar negara je, trip dalam negara di lupa jangan. Jadilah walau cuma ke CH saja kerana nak ber'winter' katanya. Awal pagi dah kena keluar kerana hari tu cuti Hari Krismas. Risau juga banyak kenderaan nanti. Perjalanan agak lancar pagi tu, sehingga nampak kenderaan di hadapan mula membrek. Masa tu kami sudah berada di kawasan antara Tapah dan Gopeng.

Pada mulanya nak ikut jalan Tapah untuk ke sana, tapi tukar disaat akhir untuk ikut jalan Simpang Pulai sebab jalannya kurang berliku dan lebar. Kami terperangkap dalam kesesakan sepanjang hampir sepuluh kilometer selama hampir dua jam. Kenderaan memang melekat dan tak bergerak langsung. Ada yang keluar dari kenderaan untuk merokok dan kencing kat tepi lebuhraya tu. Nak buat macam mana kan... dah tak tahan. 

Terperangkap selama dua jam dan terpaksa keluar di plaza tol Gopeng sebab minyak dan tahap kritikal. Sepatutnya keluar di Simpang Pulai.

Thursday, December 5, 2013

Jakarta Bandung Pt 5 - Pasar Baru dan Trans Studio

DAY 4

Program untuk hari terakhir kami di Bandung cuma nak pergi dua tempat je iaitu ke Pasar Baru Trade Centre dan Trans Studio sebelum bertolak semula ke Jakarta pada keesokan harinya. Seperti biasa ambil saja teksi yang memang ada di hadapan mall.

Walaupun sampai agak awal di sini tapi orang sudah agak ramai. Kat sini boleh kita berjumpa orang Malaysia kat segenap pelusuk. Patutlah susah nak dapat free seat untuk ke Bandung.

 Nak memilih juga..